Wednesday, April 1, 2009

UMNO mohon restu rakyat, PAS mohon restu Illahi

Rindu bebenor teman pada Bukit Gantang. Kalo boleh nak jejak kaki setiap hari di Bukit Gantang. Kalo boleh teman nak berkampung di sana sehingga hari penggundian. Tapi sekadar kalo jer ler. Petang tadi teman sempat berlabun perihal PRK bersama sepasang petugas PAS yang baru balik daripada Sg. Rotan. Empat lima hari sekali deme balik jenguk ayam itik. Balik bersama bekal gandum ayam yang dibeli di Pekan Trong. Bekal yang akan ditinggalkan kepada jiran supaya ayamnya mempunyai alas perut sebelum mencakar dan mencari makanan sendiri. Esok pagi mereka akan kembali menyambung kerja di Bukit Gantang.

Mereka begitu ceria dan yakin yang MB Nizar akan menang dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK ini. Mereka dapat merasakan kelainannya. Mereka mempunyai pengalaman bertugas di PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Mereka yakin menang dengan majoriti yang kurang di Permatang Pauh, tetapi DSAI menang besar. Mereka kurang yakin PAS boleh menang di KT, tetapi pengundi memenangkan Wahid Endut. Ada enam hari lagi sebelum pengundi mengundi. Sehingga ke hari ini, UMNO masih gagal menyerlahkan diri. UMNO masih gagal meyakinkan majoriti pengundi Bukit Gantang bahawa parti itu masih relevan. UMNO semakin lemah sebaik mendapat presiden baru. Dijangkakan UMNO akan lebih parah lagi sebaik Najib menjadi PM.

Pasangan itu menyatakan keyakinan mereka bahawa DUN Kuala Sepetang dan DUN Changkat Jering akan memihak kepada PR. Majoriti di kedua-dua DUN ini akan bertambah berbanding PRU 12. Pengundi Cina telah sebulat kata untuk menghukum UMNO. UMNO telah dilihat sebagai parti perkauman. Lagipun calon MB Nizar semasa mengemudi Perak dilihat begitu adil kepada semua rakyat di negeri ini. Terlalu sukar untuk orang Cina mengundi calon UMNO dalam PRK ini. Lebih separuh pengundi Melayu dan India di kedua-dua DUN ini akan mengundi MB Nizar. Ini kerana pengundi Melayu di Changkat Jering adalah golongan pertengahan yang telah terdedah dengan sumber-sumber maklumat terkini.

PR perlu bekerja keras di DUN Trong. Dijangka UMNO kalo menangpun, menang dengan majoriti yang kecil sahaja. Kemenangan yang tidak mampu mengatasi majoriti Kuala Sepetang dan Changkat Jering. Walau bagaimanapun PR mesti cuba untuk memenangi DUN Trong. Kemenangan PR di DUN Trong akan melumpuhkan terus kekuatan UMNO di kampung-kampung Melayu tradisional. Memang agak sukar untuk PR menembusi pengundi veteran terutamanya wanita di DUN ini. Mereka telah secara terbuka menyatakan sokongan kepada UMNO. Hanya anak dan saudara mara terdekat mereka sahaja yang diharapkan mampu mengubah persepsi mereka terhadap PR.

Pasangan itu juga menambah, “Kalo kite duduk tepi jalan, keter ker lori ker yang lalu akan bunyikan hon bila deme nampak kite dengan bendera PAS. Kalo yang bawak bendera kite, lagi kuatler honnye. Tapi deme idak pulak tekan hon bile lalu depan bilik UMNO. Orang UMNOpun malu nak taruh bendera UMNO pada keter deme. Orang UMNO tak pulak tekan hon bila lalu depan bilik deme. Dedulu mane ade macam ini yeop”.

UMNO mohon restu rakyat, PAS mohon restu Illahi. UMNO mohon restu rakyat melalui banner, PAS mohon restu Illahi melalui doa dan munajat.

“Esok malam ada DSAI di Sg. Tinggi. Datangler”, ajak deme.


5 comments:

  1. Tumpang tanya, Sg. Tinggi tu belah mana?

    ReplyDelete
  2. teman jangkakan undi melayu atas pagar akan menentukan kemenangan atau pertambahan majoriti pas berbnading pru 12. teman setuju dan yakin undi bukan melayu hampir pasti lebih 80% berpihak pada pas. ini kerana tindakan dan mainan jahat amno itu sendiri membuatkan bukan melayu terus membenci amno.

    jadi kempen mesti ditumpukan pada org melayu yg duduk diatas pagar dan termakan dakyah derhaka yg dinyanyikan oleh amno. jika ini dapat dilaksanakan InsyaAllah kemenangan akan berpihak pada pas.

    ReplyDelete
  3. Elok beno bunyi tu...mohon restu rakyat.

    Kalau beno nak mohon restu rakyat, kotakan kata-kata itu. Perok udah jadi tak menentu.

    Bubar saja dan tengok rakyat restu yang mane!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Dema amno ni pandai cakap weh... Jangan tersalah langkah kita, dulu dema pernah buat helah mcm ni..... Susah nak percaya dgn dema tu, maklumlah dah lama kawan dgn Sammy Velu......

    ReplyDelete