Sunday, April 5, 2009

Piem .. esok masih ada

Setelah teman membaca dan paham teks ucapan TG Hadi Awang dan komentar Cikgu Bard …

Malu teman weih. Malu teman berpiemkan Najib. Tapi Najib udah jadi piem. Piem Malaysia. Duniapun heran macam mane Najib mudah jer jadi piem. Kalo teman sebagai rakyat biasepun terase malunye, tak tahuler macam mane pulak malunye deme-deme yang memimpin kami. Satu dunia udah tahu akan tuduhan akhbar Perancis, Liberation. Liberation begitu berani dan penuh yakin mengatakan bahawa Najib bersubahat menggunakan C4 membunuh wanita Monggolia, Altantuya.

Teman tak berapa heran dengan tuduhan rasuah dan komisen kapal selam yang melibatkan Najib. Walaupun Najib mungkin betui bersalah, ianya masih boleh dimaafkan jikalau Najib mampu memacu ekonomi negara sehingga Obama dari USpun datang belajar daripada Najib tentang tata cara memulihkan ekonomi negaranya. Pada masa itu wang rakyat yang Najib udah ambik boleh dipulangkan balik.

Tapi isu Altantuya ini melibatkan nyawa. Jasadnya hancur berkecai. Tinggallah anak, tinggallah ayah di Monggolia. Saban hari mereka menghitung nasib malang bertanyakan sesiapa sahaja yang lalu lalang, bilakah pembunuh sebenar Altantuya akan dihukum mati?

Rasuah dan komisen yang diambil boleh diganti dan dipulangkan. Tetapi nyawa Altantuya tidak boleh dipulangkan kepada keluarganya. Altantuya telah mati. Kisah tragisnya tetap subur di hati rakyat Malaysia. Bahkan rakyat seantero duniapun mampu menyebut dan menulis perkataan ‘Najib Altantuya’. Apakah piem Malaysia telah hilang rasa malunya? Apakah piem Malaysia hanya berani di pentas tetapi kecut di mahkamah? Pepatah Melayu silam dengan tegas memfalsafahkan, ‘berani kerana benar, takut kerana salah’. Jikalau Najib tidak membunuh Altantuya, kenapa takut untuk menyaman Liberation? Biar Liberation bangkrap kerana berani menuduh piemku. Kepada akhbar Liberation, berani buat beranilah tanggung.

Esoklah masa yang sesuai untuk piemku memulakan saman ke atas akhbar Liberation. Bukan lusa bukan tulat. Tetapi esok dan tetap esok. Esok Isnin 6 April 2009. Rakyat tanpa mengira fahaman politik akan bangun berdiri mengiringi piem menyaman akhbar Liberation. Lupakan sahaja PRK di dua bukit satu batang. Selamatkan rakyat daripada pening muntah kerana memikirkan, betulkah piem membunuh Altantuya? Jikalau esok piem pergi memfailkan saman ke atas Liberation, BN akan menang di semua PRK. PR yang sedang berlatih bertepuk tangan akhirnya akan tepuk dahi.

Sekiranya esok berlalu begitu sahaja, jangan salahkan majoriti rakyat mengundi PR dalam PRK pada lusanya. Jangan salahkan rakyat kerana mula mempercayai bahawa piemnya bersubahat membunuh Altantuya. Rakyat bukan mahu melihat dan mendengar ucapan Tun Madey secara langsung di Bukit Selambau. Rakyat hanya mahukan piem mereka memulakan saman ke atas akhbar Perancis, Liberation. Itu sahaja.



2 comments:

  1. Duit scorpen ke duit sukhoi ke....semua tu aku tak halal dunia akhirat.

    ReplyDelete