PM Najib telah mengumumkan kabinet barunya. Kabinet yang telah diperkenankan oleh YDPA. Tiada kejutan besar kepada rakyat dan UMNO kerana barisan kabinetnya hampir menepati jangkaan awal. Rakyat akan terkejut jikalau Khairy Jamaludin dilantik sebagai menteri. Rakyat akan terkejut jikalau Pak Lah dilantik sebagai Menteri Kanan. Dan rakyat akan lebih terkejut jikalau Abdul Razak Baginda dilantik senator.
Kita dimaklumkan bahawa KJ tidak kecewa. KJ diamanahkan oleh Najib supaya memperkuat dan memperkasakan lagi pemuda UMNO. KJ akan mendekati dan memujuk pengundi muda supaya mengundi BN. KJ akan turun menemui pemuda untuk agenda parti. Persoalannya mampukah KJ bekerja tanpa kuasa? Banyakkah wang halal UMNO untuk membiayai program-program pemuda? Selama ini program UMNO berlindung atas nama program kementerian. Bermakna sebelum ini program UMNO akan menggunakan sumber peruntukan kementerian. Tetapi KJ tiada kementerian. KJ tiada dana untuk diluluskan. Wang mana KJ nak songlap?
Apa masalahnya? Bukankah Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan? Gunakan peruntukan belia. Tapi malulah kerana ketua pemuda terpaksa mengemis memohon belas ehsan daripada naibnya. Dan lebih malu lagi apabila setiap program pemuda yang dihadiri oleh KJ dan Datuk Razali dirasmikan oleh Datuk Razali. Secara protokolnya, KJ tidak boleh merasmikan program yang menggunakan wang kementerian kerana KJ bukan menteri. Jikalau KJ dipanggil merasmikan program kerajaan atas tiket APnya, KJ adalah bertaraf wakil sahaja. Wakil kepada Datuk Razali. Dijemput YB KJ, wakil Timbalan Menteri Belia untuk merasmikan program..…. Pelik, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia mewakilkan ketuanya untuk merasmikan program pemuda.
Kenapa KJ yang berwatak agresif begitu setia menurut perintah Najib? KJ tidak kecewa. KJ akur. Akur atau takut? Mungkinkah KJ telah diberi amaran keras oleh Najib? Mungkinkah KJ telah ‘dijanjikan’ akan disoal siasat oleh SPRM. Atau ‘dijanji’ akan dihilangkan. Dahulu KJ hanya dikenakan amaran sahaja oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana merasuah perwakilan. Itu semasa Pak Mertua masih PM. Sekarang Pak Mertua tempat mengadu telah tidak dipedulikan oleh Najib. Najib lebih selesa dengan Tun Madey. Mukhriz yang kalahpun diberi penghormatan MITI oleh Najib.
KJ menyesal? KJ Masih ada masa. Ajaklah Pak Mertua jumpa Kuli. Kut-kut masih ada masa depan.
KJ sebnarya telah berubah selepas PRK Prmtg Pauh..beliau kini telah mengamalkan politik matang dan sederhana..
ReplyDeletedulu mmg dia agresif tetapi kini sederhana..di bukit gantang pun dia turun padang berkempen tetapi tidak keterlaluan spt dahulu di prmtg pauh .
haha. sebenarnya KJ dah diberi amaran jgn lebih-lebih sangat. sbb dah byk kali bg BN kalah. tp kali ni najib kantoi.
ReplyDeletetp skg KJ tgh bengang ni. aku geng tingkat 4 yg dulu. aku tau la cite dlm spenda ni