4 April 2009
Teman baru balik dari Bukit Gantang. Teman melancong sorang diri jer. Senang. Teman berada di sana selama empat waktu solat. Subuh jer idak. Di Trong, hujan turun dengan lebatnya sebelum asar. Dalam pukui enam, teman lajakler jumpa sifu teman MSK & the gang. Kemudian deme angkut teman ke kedai Zamri. Teman ngikut jer. Deme bagitahu, di siniler tempat MB Nizar melancarkan Banner Rakyat. Ramainyer yeop. Kalo macam iniler, tumpo UMNO yeop.
Tengah syok-syok nyembang, datang pulak mamat ni. Duduk depan teman pulak tu. Kome kenai ker? Tu ha, mamat yang dalam gambor tu. Sama patern jer susuk badan deme dua orang ni. Nak kata gelap, ada cerahnye. Nak kata cerah, cerah lagi teman. Lagut bebenor teman nengak kemesraan deme ni. Hujan pulak lebat. Maghribpun kat situ. Agaknya oleh kerana panjang bebenor wirid teman, deme teruih balik. Wak Banjar udah nak tercirit. Tinggai ler teman. Alang-alang udah kena tinggai, baik teman nunggu isyak dulu. Lepaih isyak, hujanpun sidang. Teman paksa Ajijoi hantar teman balik ke Maya 1. Tima kasih Ajijoi. Tima kasih juga kepada kawan Ajijoi. Udah deme takde pulak kat rumah. Nasib baik ada kunci keter. Start keter terus jalan.
Jalan Simpang menghala ke Changkat Jering sungguh sesak. Jenuhler polis trafik jadi lampu isyarat. Ituler, sape suruh datang ramai-ramai. Sepanjang tempoh kempen ini, hujan nyemedang jer turun. Agaknya pos polis di MATREK mesti berbau hapak. Sian kat polis. Tapi apa nak buat, demi negara mereka mesti ikut perintah.
Sepanjang jalan sebelum simpang ke tol, ramai sungguh pelancong politik menghadiri program di bilik gerakan PR. Bilik gerakan UMNO sunyi sepi. Deme yakin UMNO akan menang. Itu sebab deme tak meriahkan bilik gerakan deme. Lagipun bilik ni terbukak jer. UMNO mana gheti guna bilik terbukak. UMNO hanya berfungsi setelah bilik ditutup. PR pulak tak berapa gerenti nak menang. Sebab itu pulun semacam jer. Tak kira hujan ker ribut. Janji kempen sehingga ke keringat terakhir.
Teman nak singgah tapi tak jumpa parking. Kalo adapun jauh. Baik teman terus jalan. Tak merasaler teman nak nengar ceramah TG Nik Aziz. Sedor-sedor teman udah menghala ke Trong. Jalannya sunyi sepi. Jalan kampung. Tak peghonah teman lalu malam ikut jalan ini. Janganler kamu ngocah teman malam ni. Teman nak balik.
Selepaih Pekan Trong, teman singgah di satu ceramah. Teman tak tahu apa nama kampungnya. Ceramah PAS di bilik gerakannya. Pembesar suara ditalakan ke bilik gerakan UMNO di seberang jalan. Adaler beberapa orang di situ. Tak buat apa-apa. Demepun sama-sama mendengar ceramah PAS. Moga-moga mereka boleh berfikir secara rasional selepas mendengar ceramah PAS.
Kemudian teman jalan lagi. Singgah. Itu suara YB. Zuraida. Majoriti pendengar ialah orang India. Ngekek bebenor deme bila YB Zuraida cakap Tamil. Deme pahamler tu. Kalo tak paham buat apa ngekek. Di sebelah ada bilik gerakan UMNO. Ada tiga orang jer. Pompuan belaka. Dua Melayu, satu India. Teman lalu depan deme. Mana lagi yang lain? Tak datang. Abih tak rasa malu ker? Malu, tapi kalo tak tunggu sini, deme marah. Oooo…
Teman terus jalan lagi. Di sini best. Di Kg. Air Terjun. Ada lawan. Lawan suara kuat. Polispun ada. Setentang kiri kanan jalan. UMNO belah kiri, PAS belah kanan. UMNO dalam dewan, PAS bawah pokok. Lama teman di sini. Polispun tengak teman semacam jer. Walaupun hari ni teman pakai serebeh jer, tapi teman boleh duduk bawah pokok dengar ceramah PAS dan masuk dalam dewan dengar ceramah UMNO. Di tempat ceramah UMNO, kalo tunggu sampai abih boleh makan.
Di tepi-tepi jalan, takler banyak sangat keter. Maklumler kawasan kampung. Tapi yang banyak tu keter PAS sebab ada lambang PAS. Motor banyak dekat ceramah PAS. Takdepun motor dekat ceramah UMNO. Keter UMNOpun takler banyak mana. Tapi cukupler untuk ngambik dan nganto balik sape yang datang ke ceramah UMNO.
Jalan lagi. Di Kg. Baru Sg. Rotan, ada program PAS di dalam kawasan kongsi Cina. Ramai orang Cina yang datang. Di seberang jalan, UMNO terus sunyi. Lampu terang tapi muka malap.
Bagiler teman mengholoh jap.
Tajuknya kembor.. Mamamat tak kempen sama? Bagus juga teman tak yang tak pergi ni, dapat juga kabaran di sana.
ReplyDeleteSalam BP
ReplyDeleteTeman kempen ikut cara teman. Takde kad petugas. Tapi syok. Ate, mike bila nak turun BG?