Thursday, April 9, 2009

Bolehkah PR menang undi kampung?

Tumpuan perbincangan saya di sini adalah terhadap sejauhmana sokongan Melayu terhadap PR atau PAS di kampung-kampung tradisional.

Setelah menatap angka-angka undi (walaupun bukan rasmi, tetapi coraknya tetap begitu) di PRK Bukit Gantang, terasa dukacitanya. Dikhabarkan hanya 43% sahaja Melayu yang menyokong PAS walaupun calon yang dipertaruhkan bertaraf MB. 57% Melayu masih tetap setia dengan UMNO. Pola pengundian di DUN Trong menceritakan kepada kita tentang kekuatan UMNO di luar bandar. DUN Trong masih dikuasai oleh UMNO. Di manakah silapnya PAS sehingga masih gagal meraih undi Melayu di kawasan-kawasan sebegini. Kenapa penyokong PAS setempat yang juga merupakan sanak saudara merekapun masih gagal menambat hati mereka.

Ruang waktu selama 10 bulan ketika memerintah Perak gagal dimanfaatkan oleh PR. PR seolah-olah terlupa atau sengaja membiarkan dahulu orang-orang Melayu yang berwakil rakyat UMNO terasa yang mereka dianaktirikan oleh PR. Penyelia DUN dan ketua kampung gagal berfungsi dengan baik. Penyelia DUN seperti tidak mengerti akan tanggungjawabnya. Pimpinan parti pula sibuk memikirkan pengagihan tanah-tanah kurniaan dan pingat-pingat hari keputeraan. Sekarang apa dah jadi? Semuanya hilang begitu sahaja.

Selama PR memimpin negeri, anak buah di kampung terabai. Anak buah UMNO dilupa terus. Mula mencipta kroni. Mula ada perasaan tamak hakap haloba. Tidak sabar dan tidak nyempat-nyempat. Sekiranya DUN Perak dibubarkan, mampukah PR mencuri satu atau dua daripada 27 DUN milik UMNO? 27 DUN milik UMNO itu terletak di kawasan luar bandar. Sekiranya trend pengundi Melayu di DUN Trong diambilkira, memang sukar untuk PR menang di DUN milik UMNO.

Sekiranya benar DUN Perak akan bubar dalam masa 40 hari ini, apakah PR telah cukup bersedia? Sejauhmanakah program-program kemasyarakatan itu berkesan kepada penyokong UMNO. Seronokkah PR jikalau yang hadir di setiap program itu adalah mereka yang sememangnya mengundi PR? Tetapi inilah yang berlaku. Indah khabar dari rupa!

PR kurang dan terlalu kurang melakukan sentuhan hati kepada kumpulan umur 60-an. Tidak bolehkah PR lakukan ziarah berkala. Ziarah secara individu, bukannya secara berkumpulan. Libatkan yang ada hubungan kekeluargaan. Mula-mula tanya khabar. Mintak yangat secawan. Hulurkan biskut merry. Cicah. Tulat datang lagi. Minum yangat bancuh sendiri. Gorengkan pisang di dapurnya. Minggu depan datang lagi. Janjikan nak bawak pergi berkelah bersama keluarga di Ulu Licin, Beruas. Sebulan kemudian datang lagi. Datang dengan keluarga. Mesrakan anak kecil kita kepada mereka. Tolong kemaskan rumahnya lebih kurang mana yang patut. Insya Allah mereka akan rindukan kita. Apabila mereka telah rindukan kita, barulah kita sembang sikit-sikit tentang PR. Cara ini lebih berkesan daripada kita jemput mereka menghadiri majlis sambutan hari raya di premis-premis yang PR kena sewa. Masalahnya PR kurang sabar. Mahukan hasil segera. Cepat menyalahkan mereka yang tidak mahu mengundi PR.

Ada pimpinan PR yang kata, “Sumber kewangan kita terhad”.

Udah tahu terhad, janganlah buat program yang grand-grand. Banyakkah duit yang diperlukan untuk beli biskut merry dan berkelah di Ulu Licin? Lagipun duit itu diperabihkan kepada sanak saudara sendiri. Bukannya orang lain. Takkan itupun nak berkira.

Tapi bolehkah PR lakukannya sekarang? Tepuk dada tanya selera!

9 comments:

  1. Bro Mat.,

    Yg.payahnya sesama keluarga pon ada yang tak ngam.,umpama nya adek abang,sepupu sesakat.

    Punca bukan apa,benda yang remeh.,

    Yang selalu jadi punca pasal pembahagian tanah pesaka,pasal pinjam duit nak hantar anak masuk IPT.,malah pasal anak anak ,yg.tak masuk akal bole jadi isu.,tak bertegor sapa.

    Yang lain nya ada lah pasal yg.tak ke Masjid,surau.,konon mereka yg.tak termasuk dalam Jemaah Masjid,tak bole dapat layanan bila ada keduri kendara.,malah bila ada kematian itu jadi agenda utama.

    Habis tur macam mana nak satu kan orang Melayu kalau benda ni masih bersarang di kepala.

    Wal hal tiap Jumaat tok Khatib wajib membaca ayat ayat yang memperingatkan tentang perlunya kita takut kan Allah,dan beriman dengan sasungguh nya.serta perlu nya mengiratkan hubungan suraturrahim sesama seagama.

    Tapi bila balik smuer lupa.

    Penyakit aku aku,engkau engkau sudah menular serta menebal di kalangan orang orang kampong.

    Jadi jika ada usaha untuk melakukan seperti yg.di saran , ia nya sangat baik.,.

    Ketepikan dulu soal politik.

    Lebe afdal jika kita niat menyatukan msyarakat kampung kerana Allah.

    Selebih nya nanti biar Allah yg.mengaturkan kejayaannya.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Perkasakan tarbiah,
    Suburkan usrah,
    Rutinkan ziarah,
    inshaAllah....

    ReplyDelete
  3. Saudara Mat,

    Apa yg saudara nukilkan memang ada benarnya.

    Saya nak tambah sikit.

    Pertama. Oleh kerana golongan kampung hanya bergantung pada media massa perdana (TV, Radio, Akhbar)yang dikawal oleh BN untuk mendapatkan maklumat, maka adalah wajar PAS membentuk satu sistem yang membolehkan maklumat media alternatif sampai kepada mereka. Saya tak tahu caranya, tapi hal ini perlu dilaksanakan segera dan secara serius.

    Kedua. Banyakkan aktiviti untuk membangunkan ekonomi orang kampung melalui program industri kampung, pasar tani, pemodenan pertanian dsbnya. Langkah ini membolehkan anak-anak muda kampung mempunyai peluang pekerjaan di kampung sendiri.

    Ketiga. Program-program pendidikan, terutama pendidikan akademik seperti tuisyen, seminar persediaan peperiksaan, pemberiaan buku dan alat bantu-ajar, bantuan yuran sekolah dan PIBG, dsbnya. Dana & bantuan untuk anak-anak kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran perlu disediakan.

    Keempat. Pendedahan teknologi ICT kepada penduduk kampung perlu dititikberatkan. Sumbangan komputer, pendidikan ICT perlu dilaksanakan. Pendedahan kepada dunia internet turut dititikberatkan. Sekurang-kurangnya, orang kampung mampu dan tahu mendapat maklumat terkini dan alternatif dalam pelbagai bidang.

    Kelima. Khidmat sosial mesti diadakan. Contohnya, datangkan seorang doktor untuk khidmat kesihatan & perubatan percuma (check darah tinggi, kencing manis, kandungan kolesterol, penyediaan makanan berkhasiat dsbnya); sukan - bawa jurulatih untuk mengajar anak-anak muda; masakan - ini untuk kaum wanita, panggil cef untuk tunjuk pelbagai jenis masakan. Pendek kata, apa saja aktiviti yang bernilai kepadada masyarakat kampung.

    Saudara Mat,

    Sekian yang dapat saya luahkan. Terpulanglah pada PAS untuk menilainya. Janganlah marahkan orang kampung kerana tidak menyokong PAS. Sebaliknya lakukan usaha-usaha terbaik, jujur dan berterusan untuk memikat hati mereka. Selebihnya kita berserah kepada tuhan melalui doa yang kita panjatkan kepadaNya.


    zainalothman04@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Sdra Mamamat,
    Saya setuju dan tidak ada yang tidak setuju. We have to reach them all and we can`t afford to waste time.

    Ahmad Zawawi

    ReplyDelete
  5. Insyallah boleh.Dgn syarat intensif kan program kebajikan.Jgn dtg atas jenama PAS.Dtg lah atas nama individu atau NGO yg menyokong PAS.Insyaallah sekali kita dah tawan hat mereka takda masalah utk mereka undi tanpa disuruh atau sekali minta shj..

    ReplyDelete
  6. Bg aku, antara cara yg berkesan adalah akhbar kita terutama harakah. Kekadang pak mentua tau kita org PR tapi dia tak tau apa kita cuba perjuangkan. Ada sahabat aku tu, bukan sorg tp 2 3 org kekadang dia rajin ziarah, ambik hati diorg, bila borak masuk skt2 bg diorg faham. Sesekali hentam bg diorg sedar.Sekali sekala tinggalkan harakah atas meja dia. Kalo best, yg ada topik bagus dan menyentuh perasaan. Bagi fikiran dia terbuka, asyik TV dan s khabar ampu BN je dia dengar dan tengok. Tak gitu. Hasilnya, ada yg menyokong dan jadi orang kuat. Ini mungkin x terpakai pada yg ada cop UMNO kat dahi. Ape2hal boleh cuba.

    ReplyDelete
  7. Semua yg hang senarai tu aku dah cuba pada jiran jiran-jiran umno, Malah lebih dari itu, tapi bila tiba je musim mengundi mereka secara tiba-tiba anggap kita musuh ( walaupun di hati mereka dgn rasa malu). Sememangnya HIDAYAH hak Allah.Kita hanya mampu berusaha, (teringat getirnya Rasulullah saw dgn bapa saudara Abu Talib). Apapun kita jangan berputus asa, Allah menilai dari segi usaha , hasil natijah adalah hakNya.

    ReplyDelete
  8. Salam semua
    Terima kasih atas komentar dan tokok tambah. Harap2 idea kita ini diberi perhatian oleh pimpinan PR.

    ReplyDelete
  9. salam.

    saranan yang bagus.
    dikawasan tempat timggal saya diselangor pun leihkurang begitu keadaannya.
    orang kampung yang berumur 60 thn keatas memang sah tak minat pasal pas. mereka ini rata2nya alegik dengan perkataan pas itu.
    ini bukan rekaan. orang tua saya sendiri tidak sefahaman politik dengan saya. dia sampai sekarang tak faham kenapa saya dan orang rumah suka baca harakah.
    walaupun kita ada cuba sikit2 pelan2 terangkan cara lembut dan berhemah, tak lut.
    fahaman umno mereka sangat tebal. bukan pun aktif sangat dalam cawangan. ramai dikalangan mereka tu, nama ketua cawangan pun tak tahu. tapi sebab dah sebati dengan nama parti umno tu maka, tak boleh diubah dah.

    pendek kata, golongan orang kamppung yang sebegini dikalangan umur yang sebegini punyai cara pemikiran yang sudah sebati dengan parti kapal layar.

    namun begitu, kita harus bersangka baik-lah.
    mudah2an dengan usaha yang bererusan dan bersungguh2 akhirnya akan memangkah pr hendaknya.

    dan saya sokong cadangan pengkomen2 yang menunjurkan supaya program dan majlis dibuat atas nama individu atau ngo yang baik dengan pas, cara ini nampak lebih menarik perhatian kepada orang kampung.

    ReplyDelete