Saturday, April 25, 2009

Accident depan mata

Lupa teman yang hari ni ade Sure Heboh di Lumut. Sure Heboh yang telah mendapat sijil ‘Dijamin Halal’ daripada mufti. Tetambah pulak bila mace citer Ude Kenang dan komentarnye di Manjong Mari yang Sure Heboh kali ni memang membuka jalan ke ‘syurga’. Baguihler macam itu. Teman tak berani nak ulas lebih2. Teman belum pegi dan tak berhajatpun nak pegi. Nantiler teman dapatkan citer sebenor dari mulut Ude sendiri. Betuiker baguih atau cuma sindiran Ude jer. Kalo ikut paham ilmu teman yang cetek ini, mana boleh haram jadi halal? Udah haram, haram ler. Mana boleh ‘haram jadah’ boleh bertukor ke ‘halal dah! ‘

Sebelum asar tadi, 4.15 teman menuju ke Ipoh. Kamera teman udah dibawak oleh anak ke asramanya. Hp pulak jenih murah, takde kamera. Takderler gambo untuk membuktikan kebenaran citer teman ini.Tak payahler teman paparkan nombor plat keter2 berkenaan.

Selepas trafik light Papan, di depan teman berlakuler satu accident yang melibatkan empat buah keter. Puncanya Innova dari arah Ipoh. Dia motong double line. Tak lepaih. Laju pulak tu. Habih disagatnya Viva belah kanan. Lepaih tu Innova tu teruih manta belah kiri enjin Wira Aeroback sebelum naik dan landing ataih besi penghadang jalan. Kalo idak teruih terojun ke gaung . Mercedes yang di belakang Wira manta belah kiri belakang Wira. Nasib baik takde keter dari arah depan. Kalo idak Mercedes itupun naya. Belakang Mercedes ada Van Unit Tabung Darah Kementerian Kesihatan. Belakangnya Citra. Belakang Citra itu temanler.

Drebar Innova cedera di kepala. Begitu juga dengan drebar Wira ada darah di mulutnya. Isterinya tersepit kaki tetapi masih sedar. Anak pompuan deme yang mungkin umur lima tahun hanya luka ataih kening. Dalam Viva pulak ada empat orang anak dara. Mungkin student. Drebar dan penumpang belakang belah kanan berdarah kaki dan kepala. Terpaksa diangkat keluar. Nampaknye deme cedera parah di kaki. Deme tak boleh bangun walaupun berkeadaan sedor. Drebar dan penumpang Mercedes semua okey. Teman dan yang lelain berusaha untuk mengeluarkan kakak yang tersepit kakinya di dalam Wira. Jenuhler kami menarik dan menyepak terajang pintu dan dashboard untuk kuarkan kaki kakak itu. Bomba pulak belum sampai. Dekat setengah jam juge ler. Kakak tu relaks jer menahan sakit. Tapi akhirnya dia menjerit kuat ketika kami berjaya menariknya kuar. Alhamdulillah.

Dalam teman membantu mengeluarkan kakak, teman menyaksikan bantuan marhaen pelbagai bangsa tanpa menunggu bomba, polis dan ambulan. Ada yang menjaga kelancaran lalu lintas. Ternampak juga drebar sebuah hilux memaki hamun petugas marhaen. Kita nak tolong dia, dia maki kita pulak. Ituler manusia yang kekadang otaknye taruh di lutut. Sapeler nak accident. Tak bolehker sabor?

Teman juge sempat memerhatikan keter2 mewah Cina membantu membawa yang cedera ke hospital. Sanggup patah balik ke arah Batu Gajah. Masa kakak tu berjaya dikeluarkan, memang udah ada keter yang menanti untuk mawaknya ke hospital. Apabila semuanye telah selesai, baruler bomba, ambulan dan polis sampai. Pegawai bomba mengucapkan terima kasih kepada kami semua. Yang hairannye, kenapa ambulan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun yang datang? Mana pegi ambulan Hospital Batu Gajah? Bukankah Hospital Batu Gajah lebih dekat berbanding Ipoh? Mungkin semua keter ambulan Batu Gajah sedang digunakan.

Teman teruih ke Ipoh. Sampai di Menglembu kedengaran siren ambulan di belakang. Teman bagi laluan. Ambulan tadi ghupernya. Pada pikio teman, mungkin dia nak cepat sebab mungkin ada kecemasan yang lain. Teman ikut belakang. Di Silibin, ambulan tadi tutup sirennya. Kemudian ambulan itu mengesot bersama kenderaan lain menuju ke bulatan Taman DR. Heran juge teman, pasai per tak bunyi siren? Ooo.. takde pesakit dalam ambulan tu.

Teman bersihkan kesan2 darah di Masjid Muhibbudin Shah ketika singgah untuk semayang asar. Semoga mangsa2 kemalangan tadi cepat sembuh.

8 comments:

  1. salam

    mulie sungguh mike InsyaAllah, Allah aje le yg berhak membalas jase mike tu

    ReplyDelete
  2. banyak betui moral of the story dalam kejadian nih abg mamamat...

    Patut jadi pedoman kepada semua...

    ReplyDelete
  3. bila nengok eksiden camni, insap le kejap kite. dah lelame, lupe le balik. hehe

    ReplyDelete
  4. Tu yang teman tabik kat mikani yop pelbagai cerita mika leh lapokan.ate arini nak kemana hala tujunya jalan-jalan cari bahan.

    ReplyDelete
  5. Pengalaman melihat kemalangan didepan mata memang menakutkan dan beruntung kalau mampu membantu...kalau kamera dapat ambil gambar'

    Penting untuk sentiasa membawa kamera ...sekurang-kurangnya handphone yang ada kamera. Pengalaman tiada ulang-tayang.

    Teknologi dicipta untuk digunakan.Kita diberi pilihan yang murah dan yang mahal....alasan untuk berjimat guna handphone tanpa kamera merugikan...sebab kita ada pilihan.

    ReplyDelete
  6. cuma 1 jer tertinggal.. patutnya bagi dushum dulu kat muka pemandu innova tu sebelum membantu yg lain..!! lain kali kena ingat tuh..!!

    ReplyDelete
  7. Salam..bagi teman moral yang teramat baik dan indahnya kita rakyat Malaysia yang aman damai saling bantu membantu terkira warna kulit yang di jadikan Allah Taala..dan sesungguhanya apa yang dijadikan bukannya sia-sia. DIA yang lebih mengetahui.

    ReplyDelete
  8. Salam Mamamat,

    Teman turut berbangga di atas kepedulian mike. Harap-harap kawan-kawan lain mencontohi kasih sayang mike terhadap hamba tuhan yang sedang dalam kesusahan.

    ReplyDelete