Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Pening teman memikiokannya. Tinggi benor base Najib ni. Kalo teman yang sekolah atap inipun tak berapa nak paham, macam maneler agaknye daya pahaman tok ngah dan opah wan di kampung. Tapi deme tetap sengeh dan lagut bebenor nengor Najib berwawasan di tv 14 inci . Lagi deme tak paham, lagi kuat deme nyokong Najib. Isk, takkanler Najib nak bagi slogan macam base orang kampung. Takkanler Najib nak bagi slogan ‘Moh kite ngundi UMNO weh’. Nanti nampak sangatler yang Najib ngaji tak tinggi.
Teman cubaler pahamkan slogan Najib tu. Betui ker tak betui, komeler yang tolong betuikan. Kalo Najib yang tolong betuikan, lagi baguih.
Satu Malaysia
Satu Malaysia udah tahu dan heboh yang Najib dituduh bersubahat munuh Altantuya. Satu Malaysia tahu yang Najib udah jawab tak kenai Altantuya. Satu Malaysia perasan yang Najib tak berani saman dan tak berani report orang yang nuduh Najib munuh Altantuya. Satu Malaysia tahu yang Najib hanya berani nafi di mulut, bukannya di mahkamah. Satu Malaysia tahu UMNO kalah dalam PRK. PR menang majoriti. Majoriti membawa maksud satu Malaysia. Satu Malaysia mahu Najib menyaman Liberation.
Sekarang bukan lagi satu Malaysia yang tahu. Satu dunia udah tahu. Satu dunia mahu Najib mengheret pihak yang menuduhnya ke mahkamah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Udah lebih seminggu Najib jadi PM, tetapi takde pemimpin negara lain yang ucap tahniah secara rasmi pada Najib. Rakyat satu Malaysia teramat sedih kerana Altantuya dibunuh ketika sedang mengandung. Ringkasnya rakyat satu Malaysia merasa malu dan hilang maruah kepada satu dunia kerana berPMkan Najib.
Rakyat didahulukan
Takkan Najib tak paham-paham. Takkan Najib buat-buat tak paham. Takkan Najib tak tahu yang rakyat mahukan penjelasan siapa Altantuya. Kenapa celupar bebenor Bala menuduh yang Najib meronjang Altantuya depan dan belakang. Rakyat nak tahu kemana hilangnya Bala. Takkan polis Malaysia tak gheti cari orang hilang. Takkan Najib tak nak dahulukan kehendak ingin tahu rakyat. Najibpun udah janji yang kehendak rakyat mesti didahulukan. Inilah kehendak rakyat. Rakyat bukan mintak projek juta-juta RM. Rakyat bukan mintak komisen kapai selam. Rakyat cuma mintak sape yang nyuruh Sirul dan Azilah munuh Altantuya itu sama-sama digantung hingga mati. Itu jer. Susahker?
Pencapaian diutamakan
Pencapaian ini maksudnya kualiti. Kalo takat udah tercapai tapi takde kualiti, buat peronjang aper. Kalo takat jatuhkan hukuman gantung pada Sirul dan Azilah kerana munuh Altantuya, ianya tak selesaikan masalah. Takkanler Sirul dan Azilah yang tak peghonah berurusan dengan Altantuya tetiba sajer-sajer nak munuh Altantuya. Ape pekdah deme munuh Altantuya. Takkan mudah bebenor deme mawak keluar C4 tanpa kebenaran menterinya. Ternyata hukuman yang dijatuhkan tiada kualiti. Patutler satu Malaysia dan satu dunia ternganga kehairanan. Hairan kenapa mahkamah tak mahu siasat orang yang nyuruh deme berdua munuh Altantuya. Jikalau Najib mengutamakan kualiti, cepatler arahkan polis siasat semula sape yang nyuruh deme munuh Altantuya. Kalo Najib tak buat camni, satu Malaysia dan satu dunia akan percaya yang PM Malaysia bersubahat membunuh Altantuya.
Kalo teman sorang jer yang tak puashati takper. Tapi kalo kome semua udah puashati tentang hukuman kes Altantuya ni, biorler teman terojun dengan labu-labu teman ke Sungai Peghak.
"Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".
ReplyDeleteSelalu orang baru memegang sesuatu jawatan akan membuka eranya dengan slogan. Mahathir bermula dengan "Bersih, Cekap, Amanah" tapi sehingga Che Det selesai jadi PM semua bersih kerana sungguh cekap menjalankan amanah.
Pak Lah dengan Islam Hadhari - tetapi banyak orang lari dari Islam - gerakan Islam Liberal berkembang.
Jadi slogan ini mungkin tinggal slogan sahaja kot.....
bang mat..
ReplyDeletesebok bebenor teman keghoje sejak 2 menjak ni!
timakasih la atas segala komen. ni online kejap je ni..
Ater, sebelumni ade 2 Malaysia ke? Ater sebelumni raykat dibelakangkan le ye? Ater sebelumni pencapaian dicorotkan ke? Ater udah 52 tahun merdeka kerajaan UMNO_BN buat ape?
ReplyDelete