Friday, May 29, 2009

5 Ulasan

Ulasan 1

Perak terus gelita. Pentadbiran negeri lintang pukang. Majlis angkat sumpah ahli majlis telah diadakan secara tergesa-gesa di setiap daerah. Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat tidak boleh dilantik sebagai ahli majlis. Tetapi UMNO tetap UMNO. UMNO dikecualikan daripada mematuhi peraturan. Mahkamah akan membela UMNO walau dengan apa cara sekalipun. Perkhabaran yang sampai ke cuping telinga saya memaklumkan bahawa seorang guru siswazah telah dilantik sebagai ahli majlis. Mungkin pihak PBT di Seri Iskandar atau PBT Pasir Salak boleh menafikannya.

Ulasan 2

Apakah nasib yang akan menyebelahi ketua-ketua kampung di Perak? Pada 27 Mei 2009, seramai 817 ketua kampung telah memfailkan saman ke atas MB DPulau di Mahkamah Tinggi Ipoh. Mereka memohon kepada mahkamah untuk mengistiharkan bahawa tindakan MB DPulau menamatkan perkhidmatan mereka adalah tidak sah. Tetapi sehingga ke hari ini mahkamah masih belum menetapkan tarikh sebutan kes tersebut. Ternyata slogan Satu Malaysia rakyat didahulukan hanyalah indah khabar dari rupa. Pedulikan anak-anak buah ketua kampung yang mewakili 54% rakyat Perak. Yang mesti didahulukan ialah anak buah UMNO walaupun UMNO hanyalah minoriti di Perak. Lebih tepat dikatakan bahawa UMNO adalah perompak moden. Jikalau perompak terdesak, pelbagai senjata akan digunakan termasuklah C4.

Ulasan 3

Sudah lebih seminggu Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan MB Nizar sebagai MB Perak. Mahkamah Rayuan begitu cepat mendengar rayuan UMNO. Keputusannya juga begitu cepat sehingga berjaya memecahkan rekod penghakiman mahkamah-mahkamah di dunia. Tetapi sayang tiada alasan kehakiman dikeluarkan hingga ke hari ini. Pelik sungguh perihal mahkamah ini. Perihal UMNO sepantas kilat. Perihal PR lebih lembab daripada kekura. Satu Malaysia pencapaian diutamakan. Pirahh .. mahkamahpun hilang kredibiliti angkara Satu Malaysia.

Ulasan 4

Dango CERIA akan didirikan. Tapak dango telah dibersih dan dirata. Dango kayu yang berukuran 20’x30’ dengan satu bilik air akan menjadi tempat persinggahan pengasasnya, Dr. Abdul Wahab Arbain serta kru-kru CERIAnya. Di keliling dango ini sedang dan akan ditanam dengan pohon-pohon sutera berselang seli dengan anak pohon putat. Beberapa pohon sutera telah ditanam di sini. Semoga pohon ini hidup subur. Sebaik sahaja dango ini siap dibina, landskapnya akan diwarnai oleh pepohonan anggur. CERIA akan merealisasikan kehebatan produk sutera sebaik sahaja PR kembali menerajui Perak. Sutera berpotensi untuk dikomersialkan sebagai pertanian bentuk baru di Perak. Sutera berkhasiat mencegah penyakit gout. Kapsul sutera mungkin boleh dihasilkan suatu hari nanti. Satu rumah satu sutera. Jikalau setiap hari kita mengamalkan memakan mentah sehelai daun muda sutera, insya Allah kita bebas daripada penyakit gout

Ulasan 5

Blog saya tidak akan dikemaskini selama lima hari. Esok saya akan berada di satu lokasi di Daerah Hulu Terengganu. Saya tidak membawa laptop ke sana. Saya juga tidak membawa alat memancing. Saya hanya membawa diri …



Wednesday, May 27, 2009

Lepaih ini, YB BN

Tetiba jer teman terpikio pasai mati. Lepaih ni YB mane pulak yang akan meninggalkan kita. Meninggalkan kita untuk selama2nye. Bukan YB yang lompat2 tu. Di bawah ni, teman senaraikan YB yang udah meninggal dunia. Udah empat YB dah.

1. AP Kuala Terengganu (BN)
2. AP Bukit Gantang (PR)
3. ADUN Batang Ai (BN)
4. ADUN Manek Urai (PR)
5. AP BN?
6. AP PR?

YB mana pulak lepaih ni. Nampak gayanya giliran YB belah BN. Tak lama lagi. Mungkin paling lamapun selang tiga bulan. Silap2 tak sempat 40 hari ..

Tunggu jer ler!

Tuesday, May 26, 2009

Bubar DUN Perak .. tak payahler baca

Betui ker idak ini weh? Heboh dikampung teman yang DUN Perak akan dibubarkan. Sebelum tu dalam blog ada ditulih yang Husam kata DUN Perak akan dibubar dalam minggu ini. Deme tanya teman betui ker? Teman jawab ikut kata Husam, betui ler. Lepaih tu ade pulak sorang pak cik kata, betui ler tu.

Pak cik tu kata macam ini. Setelah Mahkamah Tinggi kata MB NIzar adalah MB Perak yang sah, pihak istana rasa malu. Malu kerana MB DPulau bukan MB Perak yang sah. Pihak istana telah setuju nak bubarkan DUN, tetapi bukan di bawah pentadbiran MB Nizar. Maluler istana jikalau memperkenankan kehendak MB Nizar. Takkan istana nak jilat balik ludahnya. Takkan istana nak terima balik MB yang telah dilucutkan jawatannya. Takkan istana nak ngaku akan kesilapannya. Lalu berundingler istana dengan UMNO. Pihak PRpun telah dimaklumkan akan kehendak istana itu.

Bincang punya bincang, maka kata putuspun diambil. MB DPulau akan kekal sebagai MB Perak. Sebaik sahaja Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, MB DPulau akan memohon perkenan istana untuk bubarkan DUN Perak. Sebab itulah UMNO melalui jentera KEMASnya telah menyusun gerak kerja pilihanraya. PRpun sibuk bermesyuarat mengatur rentak mengekalkan kemenangan dalam PRU Perak.

Tapi UMNO tetap UMNO. UMNO masih nak bermain dengan janjinya. Mahkamah Rayuan tidak menetapkan tarikh sebutan penangguhan sehinggalah MB Nizar memfailkan kesnya di mahkamah yang sama. Mahu tak mahu Mahkamah Rayuan terpaksa juga menetapkan tarikh pendengaran dan keputusan status MB Perak. Dan keputusannya adalah seperti kehendak istana.

Sehingga ke hari ini MB DPulau masih belum memohon perkenan istana untuk membubarkan DUN Perak. Pada waktu yang sama juga Mahkamah Rayuan belum mengemukakan alasan kehakiman bagi membolehkan MB Nizar memfailkan kesnya di Mahkamah Persekutuan. Kata hari Isnin, tetapi udah nak masuk Rabu takde apapun perkembangan sama ada di istana ataupun di Mahkamah Persekutuan.

Mungkin PR melanjutkan tempoh janji itu sehingga Khamis ini agaknya. Hari Khamis adalah tarikh akhir puasa sunat dan mogok lapar di Perak. Lapan AP dan ADUN Perak telah ditahan oleh polis pagi tadi. Nak jimat duit tak makan 72 jampun salah.

MB Nizarpun masih sabar untuk memfailkan rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Pada waktu yang sama juga semua ketua kampung di Perak menyaman MB DPulau. Hanya pembubaran DUN sahaja yang boleh menamatkan tindakan-tindakan berstrategi PR ini.

Kalo betuiler keputusan itu atas kehendak istana berdasarkan kata putus antara UMNO dan PR, MB DPulau mesti menyegerakan pembubaran DUN Perak. Kalo MB DPulau sengaja melewatkannya, MB DPulau adalah penderhaka kelas pertama bersama Satu Malaysia.

Minggu ini ada tiga hari lagi hari bekerja. Sabor ler weh.



Senarai YB bersalah kerana tak lalu makan ..

Senarai YB yang ditahan di Majlis Perasmian Puasa Sunat & Mogok Lapar di Wisma DAP Ipoh, 26 Mei 2009

1. Speaker DUN Perak, YB. V.Sivakumar

2. Ahli Parlimen Ipoh Barat, YB. Kulasegaran

3. ADUN Malim Nawar, YB. Khesvinder Singh

4. ADUN Teja, YB. Chan Lih Kang

5. ADUN Menglembu, YB. Lim Phek Her

6. ADUN Jalong, YB. Leong Mee Ming

7. ADUN Pasir Pinji, YB. Thomas Su

8. ADUN Simpang Pulai, YB. Chang Ming Kai

Sebelum itu, lima orang petugas majlis telah ditahan oleh polis.

Monday, May 25, 2009

Penanti : Tiga calon bebas tajaan UMNO?

Setelah UMNO mengumumkan penarikan diri daripada bertanding di PRK Penanti, saya merasakan bahawa UMNO tidak mahu mengambil risiko kalah dengan majoriti yang lebih besar. Saya juga merasakan yang UMNO amat kecewa apabila calon PR tidak diberikan kemenangan percuma. Lantas saya terfikir apakah PR yang menaja calon-calon bebas bagi memastikan akan adanya pilihanraya. PR tentu mahu membuktikan bahawa pengundinya akan bertambah di Penanti. Pertambahan jumlah undi yang diterima oleh PR akan menambahkan kesengsaraan UMNO.

Walaupun UMNO tidak bertanding di Penanti, PR masih tetap berkempen mendedahkan kelemahan UMNO dan PM Satu Malaysia. PR seolah-olah tidak pedulikan kelibat calon-calon bebas sehinggalah apabila Aminah Abdullah mula bersuara. Calon bebas cap kunci ini begitu berani menyerang PKR. Calon kunci ini diberitakan akan/telah membuat laporan kepada polis, SPRM dan SPR dengan menyertakan bukti yang kononnya PKR telah merasuahnya supaya tidak bertanding. Pada waktu yang sama juga calon ini ditawarkan jawatan KM1 oleh PKR sekiranya berjaya menewaskan calon PR dengan syarat kembali kepada PKR. Begitu celaru jalan ceritanya. PKR merasuah RM80k supaya calon ini tidak bertanding. Apabila calon ini masih berkeras mahu bertanding, ditawarkan pula jawatan KM1 apabila menang nanti. Nampak sangat yang PR tidak yakin akan menang di Penanti. Nampak sangat yang calon bebas ini lebih bertenaga daripada UMNO.

Lebih menarik lagi apabila SPR amat berminat melayani helah politik calon cap kunci. Pengerusi SPR begitu cepat menyambut permainan calon kunci sebagaimana cepatnya SPR menyambut permainan UMNO di dalam setiap pilihanraya yang membabitkan calon UMNO. Hati kecil saya membisikkan bahawa semua calon bebas ini ada penajanya. Hati kecil saya berani membisikkan bahawa penajanya ialah UMNO.

Sekiranya calon kunci itu ditaja oleh PKR semata-mata untuk mewujudkan pilihanraya, sudah tentu calon itu tidak akan menyusahkan PR. Tetapi sekarang calon itu telah dan sedang menyusahkan PR sehingga melibatkan polis, SPRM dan SPR. Kes ini sedikit sebanyak telah berjaya menenggelamkan isu-isu yang bersabit dengan UMNO. Secara tidak langsung UMNO berjaya juga menyerang PKR melalui calon kuncinya. Saya ingatkan Satu Malaysia takutkan Aminah Abdullah, rupa-rupanya Aminah Abdullah ini adalah spesis Altantuya belaan UMNO.

Kehadiran bekas calon cap payung Bukit Gantang, Kamarul Ramizu adalah sebagai pelengkap untuk menunjukkan sesiapa sahaja bebas bertanding. Kononnya amalan demokrasi di Malaysia masih subur. Apalah yang diharapkan oleh calon ini setelah memperolehi 62 undi di Bukit Gantang. Di Bukit Gantang sebagai peniaga. Di Penanti pula sebagai pakar motivasi. Di Bukit Gantang dihebohkan sebagai calon PEKIDA bertaraf ayahanda. Setelah saya meneliti setiap organisasi PEKIDA peringkat negeri atau Malaysia, langsung tidak terdapatpun nama beliau. Mungkin beliau ahli PEKIDA tanpa kad keahlian. Kehidupan sehariannyapun tidak sesempurna mana, tetapi masih mampu bertanding walaupun telah kehilangan wang pertaruhan dalam PRK Bukit Gantang. Betulkah calon ini bebas tanpa penaja? Bukankah calon ini pernah berkata bahawa beliau akan memperolehi sekurang-kurangnya 6200 undi UMNO di Penanti? Rugi besarlah PKR jikalau menaja calon cap payung ini.

Seorang lagi calon bebas ialah Nai Khan Ari yang berketurunan Siam. Apa yang diharapkan oleh UMNO ialah calon ini mampu mencuri undi pengundi bukan Melayu. Seterusnya pengundi yang mengundi calon PR akan merosot bilangannya. Inilah yang diharapkan oleh UMNO. Secara jujurnya adakah calon ini yakin yang dia akan menjadi wakil rakyat di Penanti? Adakah calon ini begitu pemurah sehingga sanggup mengeluarkan belanja yang banyak demi Penanti?

Insya Allah calon PR, Dr. Mansor Othman akan memenangi PRK Penanti dengan bilangan undi yang lebih besar. Melalui pembacaan, saya juga dimaklumkan bahawa Dr. Mansor akan diamanahkan jawatan KM1 Pulau Pinang. Tahniah.

Akhir bicara, saya gunakan kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih atas segala ilmu yang prof telah sampaikan kepada saya. Prof adalah pensyarah SAU 405 - Isu-Isu Dalam Masyarakat Tani. Saya adalah salah seorang pelajar prof pada tahun akhir 80-an. Prof amat baik dan sentiasa bersedia membantu saya menyelesaikan tugasan berkaitan. Walaupun tugasan saya A, gred keseluruhannya B kerana saya gagal memberikan jawapan terbaik dalam peperiksaan akhir.

Prof tetap guru saya walaupun hanya untuk tempoh satu semester ataupun 17 minggu. Khas untuk Dr. Mansor Othman, Selamat Hari Guru.