Friday, April 17, 2009

UMNO Boleh

14 April 2009.

Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa MB DPulau dan enam exconya telah mengikut prosedur yang betul untuk mencabar keputusan Speaker DUN Perak menggantung mereka daripada menghadiri Sidang DUN Perak

16 April 2009

Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa penggantungan MB DPulau dan enam exconya oleh Speaker DUN Perak adalah tidak sah.

17 April 2009

Abdullah Untung telah menghantar notis Sidang DUN yang akan diadakan pada 7 Mei 2009 kepada semua ADUN Perak. Untuk makluman, Abdullah Untung telah digantung tugasnya sebagai Setiausaha DUN Perak oleh YB. Speaker. Tempoh penggantungannya masih berkuatkuasa. Dalam tempoh penggantungan ini, Misbahul Munir Masduki adalah Setiausaha DUN Perak yang sah.

Persoalannya, sahihkah Abdullah Untung sebagai Setiausaha DUN Perak? Apakah istana telah memberi perkenan akan Sidang DUN ini? Bilakah masanya MB DPulau dan Abdullah Untung mengadap memohon perkenan istana bagi mengadakan Sidang DUN pada 7 Mei 2009 ini? Apakah status Speaker, YB. Sivakumar dalam situasi ini? Sekiranya YB. Sivakumar masih Speaker, tidakkah menjadi kesalahan MB DPulau dan Abdullah Untung mengistiharkan Sidang DUN tanpa pengesahan Speaker. Tidakkah nanti Speaker akan menggantung semula MB DPulau kerana mencampuri urusan kerja rasmi Speaker?

MB Nizar diberitakan telah menghantar faks kepada istana pada jam 3.40 petang. MB Nizar memohon mengadap untuk mempersembahkan semula keputusan Sidang DUN bawah pokok. Demi kesejahteraan negeri dan rakyat, MB Nizar juga memohon perkenan untuk membubarkan DUN Perak.

19 April 2009

MB Nizar dan MB DPulau serta semua ADUN Perak dijemput menghadiri Majlis Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Jemputan istana ini telah menolak segala tuduhan liar UMNO yang MB Nizar telah derhaka kepada istana. Jemputan ini juga seolah-olah menyatakan bahawa istana masih memberi ruang kepada MB Nizar untuk terus ‘mendekati’ istana.

23 April 2009

Mahkamah Persekutuan akan mula membicarakan akan status MB Nizar. Sukar untuk diharapkan keputusan yang menyebelahi MB Nizar.

Rumusan

Apakah Sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 akan menjadi kenyataan? Kerajaan PR Perak hanya ada satu peluang sahaja. Istana yang memulakan, istana juga yang boleh mengakhirinya.

Tetapi halangan besarnya ialah UMNO Boleh!



3 comments:

  1. welcome to BolehLand Bonanza. everything is here, cheap dan available. we sell judiciary system for a special discount. gov servants at a half price. parliament / state legislative assembly for some buck$.

    what? the whole country ? - hohoho. negotiable.

    ReplyDelete
  2. berhati2 lah wahai pemimpin PR kerana umno adalah paksi kejahatan!

    ReplyDelete
  3. yop,

    teman baca tulisan hanipa maidin bahawa mahkamah persekutuan hanya membenarkan 2 daripada 10 permohonan zambry. kalau ikut penjelasan hanipa tiada keputusan yg membenarkan zambry boleh hadir sidang dun.

    tapi amno boleh hehehehe belasah je la

    ReplyDelete