Tuesday, April 14, 2009

Menunggu malam ..

Teman menerima satu email. Dia citer pasai strategi menambat hati rakyat. Tapi teman ghase ape yang ditulihnye bukan untuk teman jer. Kalo teman soghang jer yang baca, buat penat jer dia tulih. Baik teman publishkan. Lagipun teman bukannya YB atau pimpinan PR seperti ayat2 akhirnye ..

Kome bacaler .. lepaih tu kome ulasler.

Terima kasih kepada penulih email. Semoga ada respond daripada YB atau pimpinan PR.

Strategi menambat hati rakyat

Kita selalu terfikir bagaimana nak menambat hati masyarakat terutama orang lama (warga emas) yang kita tahu hati mereka telah tertambat dengan BN dari dulu lagi dan sukar nak dipisahkan lebih-lebih lagi masyarakat kampung..dan apabila kita lihat stretegi yang adun BN buat, sebenarnya kita boleh 'ceduk' sedikit stretegi mereka untuk menarik minat masyarakat kepada mereka. Seringkali setiap kali mereka menang pilihanraya, mereka akan buat majlis kenduri kesyukuran besar-besaran dan menjemput semua masyarakat setempat untuk menjamu selera.. dan buat pulak di Dewan Orang Ramai... Dah nama orang kampung, pantang dengar kenduri, tak kira parti mana, diorang sapu jer... janji kenyang. Itulah tabiat masyarakat kampung terutamanye melibatkan memasak secara gotong-royong..

Jadi, pendapat saya kita perlu fahami tabiat masyarakat setempat terutama golongan warga emas ini.. bagi saya golongan selepas itu (orang muda) dah semakin memahami politik semasa sekarang. Oleh itu, kita 'ceduk' sikit strategi diorang dengan membuat majlis "kenduri kesyukuran besar-besaran" dengan menjemput semua masyarakat setempat... dan buat ditempat tumpuan masyarakat contohnye di Dewan Orang Ramai... dan buat 'grand-grand', jemput artis (yg sesuai).. dan pada majlis tersebut YB PR perlu turut sertai dan memberi ucapan/ceramah secara spontan.

Memang tak dinafikan, pihak PR ada membuat kenduri kesyukuran.. tetapi hanya pada peringkat markas dan yang datang hanya petugas atau penyokong PR sahaja.. jadi kita tak dapat menarik semua masyarakat setempat.

Tetapi persoalannya.. dari mana modal untuk melaksanakan majlis tersebut? Persoalan ini perlu dijawab dan difikirkan oleh YB,ketua bahagian dll...kerana ini melibatkan tarikan masyarakat ke arah PR..

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PR.

1 comment:

  1. jenuh bercakap dgn puak2 ni. kalo semua duit buat kenduri tu dihimpunkan at least ada jugak projek rakyat boleh dibuat. ni tak, mentekedarah memanjang.
    kalau duit kutip masa ceramah depa buat kenduri, teman tak halalkan.

    ReplyDelete