Wednesday, April 29, 2009

Hina besi kerana karat, hina Melayu kerana UMNO

Cambah Minda

1. Rakyat pelik dan hairan tentang helah kebudak-budakan yang digunakan oleh UMNO untuk menghadapi PR. Tindakan UMNO tidak langsung menggambarkan bahawa UMNO adalah sebuah parti tertua, matang dan berkuasa di Malaysia.

2. Rakyat telah jemu dan bosan dengan kerenah pemimpin UMNO. UMNO lebih banyak sembang politik daripada membantu menyelesaikan masalah Melayu. UMNO menyalahkan Melayu sekiranya Melayu bermasalah. Melayu miskin kerana malas. Melayu hilang kerja dan kehabisan wang, Melayu juga dipersalahkan kerana tidak menabung semasa bekerja.

Gantung Hadir Sidang Dewan

1. Speaker Sivakumar telah menggantung bergaji tujuh ADUN UMNO di Perak antara 12 bulan hingga 18 bulan kerana bertindak merampas kuasa. Setelah tujuh ADUN ini membawa kes mereka ke mahkamah, mahkamah telah mengistiharkan bahawa penggantungan mereka dibatalkan.

2. Speaker Pandikar Amin pula telah menggantung Govind Deo selama 12 bulan tanpa gaji kerana tindakan beraninya meminta Najib membersihkan nama secara perundangan akan tuduhan Liberation yang mengatakan bahawa Najib bersubahat membunuh Altantuya. Govind Deo telah memfailkan permohonan di mahkamah meminta mahkamah membatalkan penggantungan ke atasnya. Apakah mahkamah akan membatalkan penggantungan ke atas Govind Deo?

Cadangan Usul Di Dewan

1. Speaker Melaka telah menolak usul undi tidak percaya terhadap KM Melaka. Speaker berkuasa menerima atau menolak sebarang usul yang dibawa ke dewan. Hanya speaker sahaja yang boleh memanggil Sidang Dewan.

2. Setiausaha DUN Perak yang telah digantung jawatannya oleh speaker lebih berkuasa dan begitu yakin menghantar Notis Usul Memecat Speaker tanpa melalui speakernya. SU ini juga yang telah menghantar notis Sidang Dewan tanpa pengetahuan speaker.

Rumusan

1. Amalan politik ‘double standard’ di Malaysia telah berjaya dibuktikan. Speaker UMNO mempunyai perisai undang-undang tambahan, manakala speaker PR kelihatan begitu sukar dilindungi oleh undang-undang. Speaker UMNO sentiasa betul dan speaker PR sentiasa salah walaupun tindakan dan keputusan mereka adalah sama.

2. Alhamdulillah kerana semakin ramai rakyat telah mampu menggunakan minda kurniaan Allah untuk berfikir tentang penganiyaan politik perkauman di negara ini. UMNO tidak membenarkan kemesraan antara kaum wujud di negara ini. Bahkan UMNO amat berbangga melanggar perlembagaan negara atas nama Melayu. Melayu tidak tertakluk dengan perlembagaan. Hebatnya UMNO mengangkat martabat Melayu.

3. UMNO telah memalukan Melayu.



1 comment: