Monday, April 27, 2009

2 MB : Sape kumpul pahala, sape kumpul dosa?

Sedih teman yeop. Semalam dua tiga kali teman round depan rumah MB Perak. Pukui 12 malam teman di situ. Mula2 round dengan keter. Lepaih tu jalan kaki sorang2. Terang benderang dengan lampu2 biru yang berjuntai pada pokok. Bertambah berseri lagi rumah MB kerana berlatar belakangkan lampu biru pada puncak bangunan Ipoh Parade.

Ada sebuah kapcai sajer di luar pintu pagar rumah MB. Kapcai kawan pak guard. Rumah MB hanya ada jaga. Jagapun tak berani ronda lelebih. Tu sebab deme pasang lampu. Terasa benor sunyinye kata deme. Nasib baik tepi jalan. Boleh juge nengor2 bunyi keter motor yang lalu.

Mana MB DPulau? Kata udah jadi MB Perak. Ngaper rumah dibiarkan kosong? Rumah tu tak payah nak samak2 lagi. Boleh masuk teruih. Boleh semayang berjemaah. Boleh baca yassin tetiap malam. Antupun belum berani masuk. Pak guard cuma kata sunyi jer. Belum ade deme dengor bunyi2 dalam rumah. Kalo bunyi ataih jalan, nyemedang jer ade. Baikler MB DPulau masuk rumah MB tengah boleh masuk ni.

Tengahari tadi teman round lagi. Baruler teman perasan yang dinding pagor rumah MB kaler ijo. Ijo petronas. Maafler yeop, teman tak bawak kamera. Kalo kome nak tengak, pegiler tengak. Ntah2 esok lusa deme taruh kaler biru lak. Patutler MB DPulau takde selera nak masuk rumah tu. Tak tahan dia dengan kaler ijo tu.

Kemudian teman pegi ke pokok demokrasi. Udah penuh anak2 pokok yang udah layu ditanam di keliling pokok besor tu. Dulu boleh juge numpang teduh. Sekarang tempat tu udah berserabut . Siap pacakkan papan tanda TAMAN ISTANA pulak kat situ. Cayor lagi simennye. Pokok .. pokok.

Tapi lima anak pokok seperti Amanah, Jujur, Telus, Kebajikan dan Adil tidak dicabut oleh deme. Tahu deme takut. Kalo dicabut, udah tentu rakyat akan penuh yakin dan percaya yang UMNO tak mahukan lima maksud tu dalam mengurus negeri Perak.

Teman round lagi. Ipoh kosong tanpa ekspo2 rakyat. Patutnya Perak membanggakan rakyatnya kerana memiliki dua MB dalam satu masa. MB DPulau ada kuasa. MB Nizar ada rakyat. MB Nizar terus mendapat sokongan dan simpati rakyat. MB DPulau pula masih teraba2 mencari rentak kuasa. MB DPulau ada kuasa tanpa rakyat, manakala MB Nizar pula ada rakyat tanpa kuasa. Kome pikioler mana yang seronok dalam idup ni? Dedulu sape pegang kuasa, rakyat kerumun. Ghuper2nye ler ni rakyat udah pandai memilih. Rakyat hanya kerumun sape yang pegang kuasa yang halal jer.

Teringat teman pada kata2 satu orang tua semasa PRK Bukit Gantang. Dia kata di Perak ni, seorang MB mengumpul dosa setiap hari dan seorang lagi MB mengumpul pahala setiap hari. Tanda2 MB yang ngumpul pahala ialah rakyat suka membantunya sekiranya dia dalam kesusahan. Tanda MB yang ngumpul dosa pula ialah rakyat mencemuhnya setiap kali dia cuba menerangkan kebaikannya kepada rakyat. Untung MB yang dapat pahala. Udah tiga bulan. Banyak weh. Kesian pulak pada MB yang udah tiga bulan ngumpul dosa. Orang yang berdosa ni, walaupun banyak berbuat kebaikan udah takde makne kecuali bertaubat melepaskan jawatannye. Tapi kalo udah banyak sangat dosa, Allah payah nak bukakkan pintu hatinye. Allah bagi dulu apa yang dia ndak. Lepaih tu siapler. Nyesaipun tak guna dah.

Wallahualam.



6 comments:

  1. Memang dia sudah banyak berdosa. tapi dia nak buat juga lagi.

    Layari blog speaker perak

    www.speakforperak.blogspot.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sabda RASULULLAH S.A.W :

    IMAN SESEORANG HAMBA ALLAH TIDAK AKAN LURUS SEBELUM HATINYA LURUS DAN HATINYA TIDAK AKAN LURUS SEBELUM LIDAHNYA LURUS.

    Hadis Riwayat AHMAD.

    Sekarang ni kita boleh lihat siapa yang sebenarnya berjuang kerana AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Dari hadis diatas marilah kita renungkan sedalam dalamnya adakah pihak pembankang terutama PAS yang kononnya memperjuangkan agama yang LURUS, adakah Nik Aziz (MURSYIDUL AM PAS) mempunyai IMAN YANG LURUS sehingga LAYAK DIGELARKAN ULAMAK????? dan NIZAR Suruhan DAP juga mempunyai IMAN YANG LURUS...

    Marilah kita sama-sama renungkan....

    ReplyDelete
  3. Rajawali... hang renunglah sendiri..
    tak payah ajak orang lain renung...
    dah terang lagi bersuluh..

    Dulu.. SS Mufti Negeri Perak kata PESTA JOM HEBUH tu HARAM... tapi sekarang dah HALAL...di buat pulak tu di kawasan yang strategik... PENGKALAN TLDM LUMUT.

    Apa ke jadahnya tu.

    ReplyDelete
  4. SS Harussani tak berani nak haramkan lagi, ye la.. MB pun haram.. nanti jadi haram-haram.. payah yob..

    ReplyDelete
  5. kahkahkah...kuhkuhkuh...kohkohkoh..kihkikih...
    ini Rajawali mana ni bahalol sangat...wali senget kot..!!! banyak lagi benda lain yang gua boleh renung weii.!!! lu ajak ajerlah mak bapak lu, nenek moyang lu gi renung puas2..!!! kalau dah haram jadah tu...haram jadah jugaklah...!!! bengong punya umno...!

    ReplyDelete
  6. emmmm.....payah kalu dah mkn nasi kangkang umno/bn nih....ustaz,alim ulamak pun nak d pertikai...tapi kalau yg dah terang2 rasuah kat pemilihan tu x lak d pikir2 kan lantik jd ketua plak...ko tu yg kene pikir rajawali....oiii

    ReplyDelete