Saturday, February 7, 2009

Dari Dango ke Casuarina II

Teman sambung lagi sembang labun teman pagi tadi ...

Si reporter tanya teman, "Ape kejadahnyer BN beria2 benor ngambik Perak. Tempoh lebih kurang tiga tahun yang tinggai bukan boleh buat apa2. Lagipun ekonomi tengah tak menentu. Tungguler ekonomi pulih baru ambik".

Teman jawab camni jer, "UMNO tak mahu PR yang bubarkan DUN. UMNO nak deme yang bubarkan DUN. Kalo PR yang bubar DUN, UMNO akan hilang logistik. Selama ini UMNO bergantung pada majlis-majlis tempatan untuk jayakan program deme. Pekerja majlis yang gantung bendera deme. Pekerja majlis yang sediakan canopy dan bangku meja sofa karpet. Tak cukup barang, deme boleh nengking majlis. Itupun belum jamin boleh menang. Tengak jer di Kuala Terengganu. Negeri deme merintah, tapi deme kalah. Bayangkanler kalo deme takde logistik. Memang awai2 lagi deme boleh istihar kalah. Sebab itu deme tak sanggup dan cukup ghiso kalo PR yang bubar DUN".

"Satu lagi teman nak nambah, kalo PR yang bubar DUN, PR takkan guna logistik majlis. PR sendiri yang gantung bendera, PR sendiri yang angkut dan susun bangku meja. Penyokong PR pakat sama2 buat. Orang2 majlis hanya buat mende2 rasmi jer. Dalam tempoh 10 bulan ni, pegiler tanya kat majlis, adaker PR suruh deme buat macam2. Takde. Deme hanya buat kerojer yang berkaitan dengan skop kerojer deme jer. Kelmarin beberapa orang di majlis udah merungut mengeluh bila dapat tahu UMNO ambik balik Perak. Menyumpah seranah deme pada UMNO".

Teman tengak kawan teman itu angguk2 takde geleng2. Setuju benorler agaknye dengan jawapan teman.

"Ngape MB Nizar degil benor pada sultan?", udah kesitu pulak dia nyoal teman.

"Bagi teman istana udah buat silap. Tapi semalam MB Nizar nak bantu perbetuikan. Speaker telah hantar surat ke istana mohon diadakan sidang khas tergempar dulu sebelum lantik MB baru. Di sini nanti, bolehler UMNO buat usul undi tidak percaya pada MB Nizar. Kalo UMNO menang, baruler lantik MB baru. Sebab kalo lantik juga sebelum dewan bersidang, MB itu akan jadi MBH. Menteri Besar Haram. Tak kesianker pada Zambry yang udah tak dandan nak naik Camry. Tak bolehker UMNO sabor dalam dua tiga hari lagi?".

Baiknya MB Nizar. Nampak degil tapi baik hati. MB Nizar tak sanggup tengak istana dicerca caci oleh dunia. Aljazeera udah keluar berita ini. Berita istana tidak ikut perlembagaan. Dalam hal ini MB Nizar telah mengambil tanggungjawab untuk menjernihkan kembali keadaan. MB Nizar telah meminta speaker menulis surat kepada istana mohon perkenan diadakan Sidang Dewan Khas. Tetapi takat mohon perkenan jer ler, sebab istana begitu berkenan pada MBH Dr. Zambry.

Dalam hati teman, teman berharap sangat agar UMNO tolong nafikan bersama bukti akan kata2 yang teman telah ungkapkan di atas.


2 comments:

  1. tak betuilah... call teman 0163396699

    ReplyDelete
  2. Salam Mamamat,
    Dah beberapa saya tak ke sini. Asyik tunggu berita rampasan kuasa di Perak.
    Kenapa sultan buat cam tu?

    ReplyDelete