Wednesday, February 25, 2009

Salam & Cium

Selepas ini, giliran teman pula bersalam dengan MB Nizar

Malam ini teman nak relaks dari menulih yang berat2. Udah empat lima hari teman hanya tido antara dua ker tiga jam jer sari. Dua tiga hari ni pantang teman dapat nyandor, mesti terkelolor dua tiga minit. Nak megholoh awai lagi. Jari ni nak nekan2 button komputer jer. Tapi apa mende teman nak citer? Aaaa .. citer pasai salam dan cium tangan orang2 besar.

Seingat teman, teman ni amat bertuah kerana dalam usia belum setengah abad ini, Allah izinkan teman bersalam dan mencium tangan pemimpin2 negara. Teman pernah salam dengan Sultan Idris, Raja Muda Nazrin, TYT Hamdan, Tun Madey, Tun Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz dan MB Nizar. Dan seingat teman, bukan teman yang ghairah nak salam dengan mereka. Dan bukan juga mereka yang ghairah nak salam dengan teman. Mereka langsung tak kenai teman. Tapi Allah melorongkan teman berada di laluan yang memudahkan teman bersalam dengan mereka.

Semasa teman dalam awal belasan tahun, gambo teman ada keluar dalam Utusan Malaysia. Teman udah tak ingat tarikhnya. Teman cuma ingat hari Khamis jer. Tahun 70-an. Dalam gambo, teman berdiri di baris depan. Di belakang teman ialah Almarhum Sultan Idris. Lokasi di Kolam Air Panas, Ara Panjang, Manong. Hari itu teman tak sekolah sebab tuanku sultan datang merasmi kolam air panas. Lepas bergambo, sultan santap di khemah yang disediakan. Teman dan kawan2 sebaya kulu kelo keliling khemah semasa tuanku santap. Tuanku bagi lauk keli lebih santapnya pada teman. Abih teman ratah. Lepaih tu tuanku sultan berangkat pulang. Pada masa itu tuanku hulur tangan untuk bersalam dengan sesape sajer. Temanpun dapat salam. Siap cium tangan lagi. Bau keli goreng. Tuanku naik keter plat kuning macam Tropper, AJ 1. Tuanku memang betui2 mencemar duli.

Ya Allah, izinkan teman datang lagi

Lebih kurang setahun kemudian, teman berpeluang bersalam dengan Arwah Tun Ghaffar Baba. Arwah masa itu datang untuk merasmikan Bangunan UMNO Kuala Kangsar. Teman tak ingat hari apa. Teman cuma ingat sebelah petang. Waktu itu teman tengah meneman kakak teman belajor trengkas. Masa nunggu kakak teman abih kelasnye, teman merayo ler. Nampak ramai orang. Teman menyelinap ler ikut celah orang2 tua. Lagipun teman tak cukup tinggi nak nengak apa ker mendenyer di depan. Elok2 jer sampai depan, arwah turun dari keter lalu salam dengan orang ramai termasukler teman. Teman tak sempat nak cium tangan arwah. Masa itu arwah adalah TPM.

Ketika umur teman udah nak masuk suku abad, teman dapat bersalam pula dengan Arwah TYT Hamdan Sheikh Tahir di Dewan Tunku Syed Putra. Masa itu teman memang duduk di tepi barisan tengah tempat TYT lalu. Jadi mudahler teman salam dan cium tangan dia.

Tahun 1991, teman diperkenankan ke Istana Iskandariah. Hari Selasa bulan Mac. Teman diminta menulih nama dalam buku tetamu. Kena guna pen istana. Punyaler besor. Lepaih teman sain buku itu, teman nampak ada sorang pompuan lawa gelek apa yang teman tulih dan sain. Macam orang sain MOU pulak. Kemudian teman diajor dan ditunjuk cara menyembah Raja Muda, Raja Nazrin Shah. Kedua2 tapak tangan mesti dirapatkan lurus ke atas tidak melepasi dahi. Kalau melepasi dahi, itu menyembah sultan. Setengah jam lepaih itu teman dibawa mengadap Raja Muda dibalai santapan. Lepaih sembah, Tuanku Raja Muda hulur tangan. Teman salam dan kucup. Ringkas citer, majlis titah ucapan tidakler lama , 10 minit jer. Tapi santapan tengahari lebih sejam .. punyaler lama. Teman duduk di sebelah DO kuale.

Teman pula salam selepas dia

Apabila berlaku Peristiwa 1998, teman berpeluang bersalam dengan Tun Madey. Masa itu Tun Madey turun ke Stadium Ipoh untuk road show bahawa Anwar adalah pengkhianat negara. Anwarler antara punca utama ekonomi Malaysia merudum. Secara tak dirancang bila dah masuk stadium, teman memang cari tempat Tun Madey akan lalu. Bukan niat nak salam, tapi nak nengak dari dekat mana rupa Tun Madey ni. Teman betui2 berdiri di tepi karpet merah. Madey hulur tangan, teman salam ler. Tengak orang lain cium, temanpun ciumler. Dalam geram2 tu, teman salam dan cium juga tangan Madey.

Dua tiga bulan selepaih Anwar Ibrahim keluar penjara, teman dapat salam dengan dia di rumahnya di Bukit Damansara. Memang teman selalu dapat peluang bersalam dengannya. Salam jer, tak pernah cium tangan. Mungkin agaknya teman rasa teman udah tua untuk cium tangan.

Semasa Tok Guru Nik Aziz datang ke Stadium Ipoh meraikan 100 hari pemerintahan PR, teman dapat juga bersalam dengannya. Salam dan tengak muka jer. Lidah kelu untuk berkata. Ituler pertama kali dan terakhir kali buat masa ini. Teman harap teman dapat salam dengan dia lagi. Teringin nak cium tangan Tok Guru.

Dua tiga hari lepaih, untuk pertama kalinya teman dapat bersalam tengak mata dengan MB Nizar. Teman berada di lokasi yang betui untuk membolehkan teman bersalam dengannya. Syukurnya teman ke hadrat Allah s.w.t kerana dalam waktu2 begini, teman dapat juga bersalam dengan MB Nizar.

Semasa teman mengerjakan umrah tahun lepaih, ada kawan teman tanya, “Tak teringin ker nak ngucup hajarul aswad?”. “Sape tak teringin, memang teman teringin. Tapi ustaz ada pesan, mengucup tu sunat jer. Kalo nak ngucup kita kena tolak orang, kena dapat dosa dulu, baik tak payah kucup dari dekat”, ulas teman. Kawan teman kata, “Ce cuba kut2 dapat”.

Dua hari sebelum balik ke Malaysia, teman diizinkan Allah mengucup hajarul aswadNya. Masa tu hujan lebat. Teringin bebenor teman nak ngucup hajarul aswad. Semasa tawaf sunat lepaih maghrib, dalam pusingan pertama lagi teman udah dapat mengucup hajarul aswad dengan begitu mudah. Teman tak tolak orang, cuma orang yang tolak teman. Begitu juga Allah telah memudahkan teman sembahyang sunat di Hijr Ismail. Insya Allah lain kaliler teman citer …

Allhamdulillah.



No comments:

Post a Comment