Petang Ahad, 8 Feb. 2009. Teman menjenguk kampung halaman di Manong. Udah sebulan teman tak jenguk. Banyak kenangan teman di zaman bebudak di kampung ini. Main buluh pede, main galah panjang dengan bebudak pompuan, main ngantor2 di bulan pose, panjat pokok langsat, rambutan, manggis, rambai, ceropu, menier, bahkan pokok berangan, jering petaipun teman panjat. Pokok nyor, teman tak berani nak panjat. Kalo nak nyor muda teman kait jer. Kampung teman ini kuat UMNOnya. Tapi hari ini UMNO semakin lemah. Semakin lesu, semakin nazak. Cuma beberapa kerat jer orang UMNO totok yang tidak mahu menerima hakikat yang parti mereka sedang menunggu masa ke liang lahat.
Tok Aji Alang (bukan gelaran/nama sebenar) adalah bekas ketua kampung lima tahun lalu. Tok Aji juga adalah bekas ketua UMNO cawangan dan bekas AJK UMNO Bahagian Kuala Kangsar. Tok Aji mengundur diri sebagai ketua kampung dan ketua UMNO cawangan kerana faktor usia dan kesihatan. Tok Aji mahu menambah bekal ibadat sementara masa masih ada. Tok Aji mahu berjemaah setiap waktu di masjid atau di surau.
“Udah jarang bebeno aku tengak kamu ni”, tegur Tok Aji Alang ketika teman tunduk mematahkan buah nenas dari tangkainye.
“Apa khabo Tok Aji?”, balas teman sambil menghulur tangan.
“Aku macam iniler. Kekadang sihat kekadang tak berapa. Maklumler udah tua”, balas Tok Aji sambil tangan kirinya di letak atas bahu teman .
Kami duduk di anak tangga rumah yang telah ditinggalkan. Di situ redup. Teman ambil dua botol air mineral di dalam kereta.
“MinumTok Aji”.
“Aku dengor dan tengak kat tv, ghamei oghang di kuala Jumaat lepaih. Kamu tak pegi ker?”
“Tak pegi Tok Aji. Saya ambik anak di Taayah Ipoh. Bini saya tak berani bawak kereta di Ipoh masa itu, kut2 jalan jem. Kalo ikut hati nak juga pergi kuala, tapi takde rezeki”.
“Dulu aku ghiso apa akan jadi pada oghang Melayu bila PAS dan DAP merintah. Ghiso aku kut-kut negeri ini lepaih pada cina. Udah lebih 10 bulan deme merintah, aku tengak takde masalahpun. Yang aku tahu yang ada masalah hanya UMNO jer. Apa yang UMNO buat semua serba tak kena. Bebudak muda UMNO hari ni bukan gheti nak buat apa2 macam bebudak muda UMNO dedulu. Bebudak UMNO dedulu kalo takde kojer deme ambik upah nebaih tali ayor, deme nanam jagung, mela ayam. Bebudak muda hari ini hanya pandai nganga dan gayut dengan Li Zahari jer.Dulu bolehler Li Zahari bagi macam2. Ler ni apa dia nak bagi, semuanye udah tak mandang”.
“Aku tahu kamu lebih tahu daripada aku. Aku cuma tengak dalam tv. Tapi percayaler apa yang UMNO buat ini hanya akan menjahanamkan UMNO balik. Aku udah berlabun dengan kawan2 lama dan keme yakin PAS dan Nuar akan menang akhirnye. Yang derhaka ialah UMNO. UMNO adalah batu api yang kerojernye menghangatkan oghang lain untuk jadi derhaka. Aku puji Nizar sebab tak serah bulat2 MB itu pada UMNO. Kalo kamu ada peluang bercakap dengan PAS, khabokan pada deme yang aku sokong deme. Cuma jangan kaco sangat istana tu. Semalam aku tengak kat tv UMNO udah buat report polis. Bila udah tua ini, aku dapat tengak ayor muka deme. Beza bebenor. Muka UMNO serabut macam samseng, macam oghang jahat, gelojoh tak tentu arah. Muka PAS aku tengak baik bebenor. Jujur dan seghonok pulak aku tengak. Elok jer pakat dengan Cina. Patutnye UMNO yang elok pakat dengan Cina dan India sebab UMNO udah merintah lama, tapi terbalik pulak. PAS yang baru 10 bulan merintah udah boleh disokong oleh Cina dan India. Maknanya PAS dan Nuar lebih ke depan daripada UMNO”.
“Kamu takde ker hajat nak duduk di kampung?”
“Hajat itu ada, tapi rumah udah beli di tempat lain”.
.....
Malam semalam teman di Ipoh bersama lautan manusia di luar kediaman MB Nizar. Ramai weh. Parking kereta di laluan belakang Ipoh Specialist. Sajer tak nak kaco MSK dan kengkawan di bilik media.
Teman parking belakang Produe. Tak ape, exercise. Tak ponoh dapat jalan kaki tengoh2 main road ! Dah tu polih yang jage ! Mak oi macam orang beso2. Siap tangkap gambo dekat ayo pancut. Seronoh tengok orang cine and india mengaminkan doa yang Hj Hadi bace. Lepah tu melayu pun panda cakap cine... entah ape yang deme paham.
ReplyDelete