Kisah berlaku pada kurun ke 16
Di Bagan Datoh. Selepas Raja Muzaffar melepasi Beting Beras Basah, baginda disambut oleh dua pembesar Perak yang dikenali sebagai Mendeleka Tok Temong dan Mendeleka Tun Saban. Mereka berdua adalah amanah Sultan Melaka menjaga Perak. Di kalangan rakyat mereka berdua lebih dihormati berbanding dengan Sultan Melaka. Maklumlah mereka lebih hampir dengan rakyat. Mendeleka Tok Temong berkuasa di sebelah kiri Sungai Perak, manakala Mendeleka Tun Saban menguasai utara Sauk hingga ke sempadan Siam di Pengkalan Hulu.
Apabila Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka tumbang kepada Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud telah menjadikan Johor sebagai pengganti Melaka. Sultan Mahmud mengkehendaki seorang puteranya iaitu Raja Muzaffar ditabalkan sebagai sultan di Perak. Raja Muzaffar telah belayar menyusuri Selat Melaka menuju ke Bagan Datoh dengan bekalan semangat Keris Taming Sari.
“Ampun tuanku, daulat tuanku”, sembah kedua-dua mendeleka. Sembah hormat mendeleka ini menandakan telah bermulalah Kerajaan Kesultanan Melayu Perak. Raja Muzaffar digelar Sultan Muzaffar Shah, iaitu Sultan Perak yang pertama.
“Ampun tuanku. Tuanku tidak boleh membina istana di sebelah kiri Sungai Perak. Patik dan keturunan patik berkuasa di kiri Sungai Perak”, sembah Mendeleka Tok Temong.
“Ampun tuanku. Patik dan anak cucu patik pula berkuasa di sebelah Ulu Perak”, sembah Mendeleka Tun Saban.
“Oleh itu tuanku hanya boleh mendirikan istana dan memerintah di sebelah kanan Sungai Perak sahaja”, sambung Mendeleka Tok Temong.
…. kat kat .. langkau lagi …
Istana Sultan Perak hanya mula dibina di sebelah kiri sungai setelah terjadinya peristiwa kehilangan Gajah Diraja Seri Chandan. Gajah diraja ini telah dijumpai di Gunung Bubu (Gunung Bubu adalah sempadan Parlimen Padang Rengas dengan Parlimen Bukit Gantang). Bermula daripada peristiwa ini, Sultan Perak telah menguasai seluruh negeri Perak. Istana didirikan di sebelah kiri sungai. Istana Hinggap atau Muzium Diraja Bukit Chandan adalah istana kayu pertama yang didirikan di sebelah kiri sungai. Serentak dengan itu juga sultan dan kerabat yang mangkat telah dimakamkan di sebelah kiri sungai.
… bersambung
No comments:
Post a Comment