Sunday, February 15, 2009

Petik sana .. petik sini ..

Petik 1

Bekas PM Tun Madey dan bekas lawan Tun Madey, Kuli berpendapat bahawa tindakan UMNO merampas kuasa dengan mengenepikan perundangan yang biasa digunakan di Perak hanya akan memerangkap UMNO itu sendiri. Lebih parah lagi apabila mereka berdua berkeyakinan bahawa UMNO bukan sahaja akan mati di Perak, tetapi juga di Malaysia. UMNO telah mencipta wabaknya sendiri. Setakat ini pakar-pakar perang saraf dan politik UMNO belum lagi menjumpai penawar penyakit bawaan UMNO. Penawar yang digunakan hanya mampu menambahkan dos kekuatan kepada pihak lawan iaitu PR.

Dengan kehendak Allah, berlaku pula kekosongan kerusi di Parlimen Bukit Gantang. UMNO sememangnya belum lagi bersedia untuk berhadapan dengan PR, apatah lagi menemui penyokongnya di Bukit Gantang untuk majlis road show Osman Jailu. UMNO hanya mampu menaikkan bendera parti sebelum penamaan calon. Sebaik sahaja berlangsungnya penamaan calon pada 29 Mac 2009 nanti, diyakini bahawa UMNO tidak lagi mempunyai petugas-petugas yang diharapkan untuk menjaga benderanya. Sekiranya pengalaman PRU Permatang Pauh diambil kira, iaitu hanya petugas tempatan/kampung sahaja yang dibenarkan menggantung bendera atau poster, UMNO memang nazak di Bukit Gantang. Hanya masyarakat/pengundi di Kampung A sahaja yang boleh menghiasi kampung dengan bendera atau poster di Kampung A. Orang luar hanya tolong-tolong tengak sahaja.

Petik 2

Speaker DUN Perak, YB. Sivakumar telah menghantar notis saman hadir kepada Dr. Zambry Kadir , Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin. Notis saman itu telah dihantar kepada mereka pada pagi Jumaat 13 Februari 2009. Kesemua mereka dikehendaki hadir memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari Rabu, 18 Februari 2009 ini. Tindakan mereka mengangkat sumpah jawatan telah didapati menghina kesucian Dewan Undangan Negeri Perak.

Sekiranya ada di kalangan mereka yang tidak hadir untuk memberi keterangan dihadapan jawatankuasa ini tanpa sebab yang jelas, speaker dengan kuasa yang diperuntukkan boleh mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam exco berkenaan. Antara bentuk hukuman yang boleh dikenakan ialah menggantung keahlian mereka sebagai ADUN Perak. Sekiranya mereka digantung keahlian DUN, bermakna mereka tiada hak untuk mengurus dan mentadbir negeri Perak.

Petik 3

MB Perak, MB Nizar telah memfailkan saman dan memohon injuksi mahkamah untuk mengistiharkan bahawa kerajaan BN di Perak adalah kerajaan yang tidak sah. Saman ini telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui panel 12 peguam yang diketuai oleh Raja Aziz Idruse. Kerajaan baru BN hanya boleh dibentuk setelah melalui proses-proses perundangan bersama Speaker DUN Perak. Kerajaan yang terbentuk tanpa melalui speaker boleh diistiharkan telah tidak menghormati Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. TPM Najib telah memberi nasihat yang salah kepada istana. TPM Najib dan MB baru UMNO telah tidak merujuk kepada kemuliaan Dewan Undangan Negeri Perak terlebih dahulu sebelum mengangkat sumpah jawatan.

Tindakan terburu-buru UMNO melalui TPM Najib telah menambah rumitkan lagi situasi pentadbiran dan pemerintahan di Perak. Rakyat menjadi mangsa kerakusan UMNO. UMNO semakin gila dengan perkaumannya. UMNO semakin nyanyuk di usia tuanya. UMNO telah jauh tersasar merenung masa depannya. UMNO lupa mengtransformasikan dirinya. Sesungguhnya UMNO sedang menderita dan hanya mengharapkan keajaiban untuk memberikannya tenaga baru. Tetapi siapa lagi yang sudi bersama UMNO? Ahlinya dikatakan berjuta, tetapi pengundinya semakin berkurangan ….

Selamat tinggal UMNO.Selamat datang PR.

No comments:

Post a Comment