Sudahlah .. jangan disentuh lagi isu bekas dua exco itu. Mereka telah ‘mati’ dalam sistem pemerintahan negeri Perak. Speaker telah mengumumkannya. Mereka bukan lagi ADUN Changkat Jering atau ADUN Behrang. Kedua-dua kerusi DUN itu telah kosong. Cuma SPR sahaja yang tidak mahu mengadakan pilihanraya. Jikalau bekas dua exco itu tidak puas hati, mereka boleh cabar di mahkamah. Gerenti tertangguh jer kesnya. Pedulikan mereka. Jangan buang masa membincangkan hal mereka. Ingat siapa sebenarnya yang ampunya angkara? Saya ulangi kedua bekas exco itu telah tiada nilai di sisi UMNO. Mereka bukan sahaja telah terlepas tawaran berjuta, tetapi juga telah kehilangan gaji wakil rakyat. Dijangka kes rasuah mereka akan tertangguh atau dibiarkan berlalu tanpa bicara kerana perbicaraannya telah tidak mendatangkan faedah kepada UMNO.
Mereka telah jatuh ditimpa tangga. Tiada lagi gaji mulai bulan Februari ini. Tidak sempat merasa pencen wakil rakyat kerana tidak cukup 36 bulan perkhidmatan. Tidak berpeluang untuk bertanding lagi. Jikalau berpeluangpun, tentu terlalu sukar untuk menang. Mereka telah kembali seperti asal, bahkan semakin berkeluh kisah. Sekelip mata jatuh miskin.
Tumpuan Pakatan Rakyat seharusnya kepada rakyat. Gunakan sisa baki tempoh yang sedia ada untuk merencana kembali dan seterusnya pantas melaksanakan program-program yang boleh membantu membanyakkan sumber ekonomi rakyat Perak khususnya di kampung-kampung tradisional. Kalau rasa resah gelisah memikirkan bolehkah bertahan sampai PRU 13, bubarkan sahaja DUN Perak. Jangan biarkan rakyat terabai. Serahkan kembali kuasa kepada rakyat melalui pilihanraya. Biar rakyat yang menentukan sama ada Pakatan Rakyat masih layak atau tidak diberi mandat baru. Sebenarnya UMNO cukup takut DUN Perak dibubarkan ketika ini. UMNO tahu mereka akan kalah besar di Perak menjelang pengistiharan Najib sebagai Presiden UMNO.
Heboh di sana sini tidak mahu bubar DUN Perak ketika ini kerana letih lama belum pulih. Sejak bila Pakatan Rakyat mengenal erti letih. Sebelum ini sentiasa mencabar lawan mendesak bubarkan parlimen. Sebelum dapat kuasa tidak kenal erti letih. Tetapi bila berada dalam kuasa pandai pula beralasan letih. Siapa jadi MB selepas ini biar takdir yang menentukan.
Saya setuju MB NIzar dikekalkan sebagai MB Perak, tetapi pegawai-pegawai kanannya mesti ditentukan sendiri oleh Pakatan Rakyat, bukan oleh MB atau PAS.
No comments:
Post a Comment