Sunday, February 8, 2009

Kesian mike Dr. Zambry … nasi udah jadi bubur .. tawor lesor

Petang Rabu 4 Februari 2009, seluruh rakyat khususnya di Perak berada dalam kejutan yang amat sangat. MB Nizar merafak sembah mohon perkenan bubarkan DUN, manakala TPM Najib mengusulkan pula undi tidak percaya kepada MB Nizar di Putrajaya. Esoknya tergesa-gesa Najib dan rombongan 31 ADUN Perak campur Zahid ke Istana Kinta. PM Lah pula mundar mandir di Perak. Pagi di Bagan Serai, petang di Slim River sebelum ke istana lewat petang hari yang sama. Memang satu perancangan yang cukup licik. Tahniah UMNO. Tahniah TPM Najib.

PM Lah tidak mengumumkan nama MB baru. Sebaliknya tergesa-gesa ke airport Ipoh untuk pulang ke Putrajaya. Semasa di ruang udara, PM Lah memanggil sidang media sebaik tiba di KLIA. Tergesa-gesa pula pihak media menghantar petugas ke KLIA menunggu PM Lah mengumumkan calon MB Perak yang baru. Pelik. PM Lah seorang sahaja. Tiada calon MB bersamanya. Kebiasaan PM akan umumkan seseorang calon yang semestinya telah ada disebelah. Kali ini PM Lah seorang diri. TPM Najibpun tidak sempat hadir. PM Lah umumkan Dr. Zambry sebagai bakal MB Perak. Malam itu tiada lagi ceria di wajah TPM Najib dan Zahid. Dr. Zambry bukan calon mereka. Calon mereka ialah Ramly Zahari ataupun Wan Khairil. Wan Khairil adalah calon proksi Zahid sebelum Zahid menjadi MB Perak selepas PRU 13 nanti.

Hari Khamis juga istana telah mengumumkan perlucutan jawatan MB Nizar. Keputusan istana diragui oleh rakyat khususnya pimpinan dan penyokong PR. Keraguan yang tiada penjelasan daripada istana ini telah membuatkan rakyat berkumpul dan berkampung di kediaman MB Nizar dan esoknya berarak ke istana selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah dan Masjid Iskandariah di Kuala Kangsar. Rakyat mohon penjelasan akan kekeliruan peruntukan undang-undang tubuh yang digunapakai oleh istana dalam perihal perlucutan jawatan seseorang MB. Tingkah laku rakyat seolah-olah menderhaka, tetapi di sudut hati mereka tetap sayangkan institusi istana. Rakyat cuma mahukan penjelasan terperinci. Jikalau rakyat boleh difahamkan akan situasi perundangan yang sebenar, rakyat akan terima dengan hati terbuka bahawa MB Nizar bukan lagi MB Perak. Pihak istana telah menyaksikan sendiri bagaimana rakyat merayu dan menyembah memohon agar majlis angkat sumpah MB baru ditangguhkan sehari dua lagi.

Semalam hari Sabtu 7 Februari 2009, TPM Najib dijadualkan bersama Dr. Zambry di Ipoh untuk satu sidang media bersama sebelum menghadiri jamuan tahun baru bersama masyarakat Cina Ipoh. TPM Najib tidak muncul seperti yang dijadualkan. Apa sudah jadi Dr. Zambry? Zahidpun tidak lagi sepetah selalu.

Dua tiga hari ini terdengar cerita entah betul entah tidak bahawa ketiga-tiga ADUN yang melompat sedang dicari dan ditunggu oleh pengundi mereka. Ada yang takat nak tengak muka jer. Ada yang takat nak meludah. Ada juga yang kata macam-macam. Ada yang guna bomoh dukun pawang. Macam-macam lagi. Berapa lama UMNO boleh simpan mereka di ‘syurga’ UMNO? Didengari juga kedai adik@anak Jelapang yang berniaga di Pantai Remis tidak lagi dikunjungi pembeli. Mungkin sekarang mereka bertiga sedang dalam keadaan ‘libanglibu’ dengan kesan doa, yassin dan solat hajat rakyat.

Sehingga ke hari ini hari Ahad Dr. Zambry tiada teman yang datang berkunjung. Tiada TPM Najib dan Zahid sebagai penguat semangat. Kerajaan belum lagi dibentuk. Cadangnya hari Rabu. Begitu lama menunggu hari Rabu. Dua tiga hari ini macam-macam boleh jadi. MB Nizar tetap mahu datang ke pejabat MB hari Selasa ini. SUK mungkin akan menengking lagi. Polis mungkin akan menghalang MB Nizar daripada merapati pejabat SUK. SUK dan polis serba salah dengan permainan yang dimulakan oleh UMNO ini.

Semoga Allah terus melindungi negeri ini. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada raja dan sultan kami. Semoga kami juga dilimpahi dengan petunjuk dan limpahan keberkatan daripada Allah s.w.t.

10 comments:

  1. lama benor teman tak dengo libanglibu ni. mak teman dulu cukup guna pekataan ini.

    apa pun yg teman tahu memang masalah kerajaan amno perak ni tak akan aman. mca mic gerakan pun soh pehana. langsung diam.

    ReplyDelete
  2. Beb,, den org nogori apo bondo err LIBANGLIBU tu,,?

    ReplyDelete
  3. Salam semua ..
    Libanglibu .. perasaan tidak tenteram. Rasa semacam jer. Tak boleh tidur. Sentiasa rungsing. Badan rasa panas walaupun dalam aircond atau sejuk menggigil walaupun di bawah panas terik matahari. Pergi hospital doktor kata fizikal sihat .. silap2 boleh pi TR

    ReplyDelete
  4. Hehe libanglibu hangat pijor kulu tak kena keyor tak kene..ngelupur yop

    ReplyDelete
  5. Makin ramailah pemimpin2 umno libanglibu (ungolan)
    termasuklah sultan dan telah menjangkit kpd...
    Tuan Mufti Perak.....................
    P/s: "Ungolan" - boleh tanya mufti perak.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Ada beberapa fakta yang salah kena betulkan.

    1. Episod beli membeli sebenarnya TIDAK wujud. Jamaluddin & Othman menerima tekanan dalam kes mereka, ianya juga menerima tekanan dari PKR & Pakatan Rakyat. Sokongan rakan2 PKR dan Pakatan Rakyat meleset dan mereka dianggap `exceeded baggage' dalam PR. Hee sememangnya telah hilang keyakinan dengan DAP dan Pakatan Rakyat. Nasarudin keluar parti atas kekecewaan beliau apabila kalah Ketua Bahagian dan menerima kesan `terpinggir' atas kekalahan beliau. Atas kepentingan masadepan beliau, beliau nekad bersama PKR. UMNO mengambil pendekatan memujuk dan memberi jaminan bahawa masalah Nasaruddin akan diatasi, komitmen pertama, Tajol Rosli melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan.

    2. Dr. Zamry Abd. Kadir adalah antara beberapa nama yang berpotensi dicadangkan oleh DS Najib dan DS Zahid setalah beberapa nama dipersetujui oleh PakLah untuk dipersembahkan kepada Tuanku Sultan. Urutan 3 nama tidak diketahui.. Tuanku memperkenankan Sdra. Zamri. Realiti politik tak memungkinkan beberapa tokoh politik perak yang pernah disebut2 spt Zahid sendiri, Hamzah Zainuddin, Husni Hanazlah, Ramly Zahari, Nazri dan ramai lagi. barangkali sudah tercatit Lauhul Maffudz Zamri Abd Kadir akan kesitu.

    3. Zamri Kadir telah dimaklumkan akan dinamakan antara dicalunkan sejak Tuanku memohon nama-nama yang dicadangkan untuk Perkenan Tuanku.

    4. Zamri telah dibertahu secara SULIT keputusan Tuanku untuk favour kepada beliau oleh DS Najib & DS Zahid sejam 4.20ptg lagi. Tetapi tentulah pengumuman itu dibuat oleh PakLah sebagi orang No. 1. Takkan DS Najib pula mengistiharkan... ini bukan nak istihar siapa calun piliharaya kecil. Ini bakal Menteri Besar.

    5. DS Najib telah dinasihatkan oleh pihak Keselamatan untuk TIDAK Hadir.. kerana maklumat mereka dikatakan ada usaha radikal pihak pelampau politik pembangkang yang sedang mengatur rancangan yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini. Tentulah ketidakhadiran DS Najib mengakibatkan sedikit `demoralised' kpd yang hadir... itu Normal.. jadi `tawo leshor'lah..

    6. Kata2 mike `Polis mungkin akan menghalang MB Nizar daripada merapati pejabat SUK. SUK dan polis serba salah dengan permainan yang dimulakan oleh UMNO ini'... Silap tu, Game ini bukan Game UMNO, game ini game Pak Sheikh Anwar Maksumi wal Liwwati yang mulakan. Karpal pun kata Anwar yang mulakan dan cuba membudayakan dalam PR.

    Politic is about opportunity, good politician cannot wait oppurtunity, smart politician will create oppurtunity and grab it' smartly... Anwar pakar dalam bab ini, boleh belajar dari dia. tapi kadang-kadang dia terkena juga... apa nak hairankan, bukankah kita ini insan yang kadang terlupa, terleka lalu terkena... orang tua2 selalu berkata, kalau seronok jangan ingke bebenor sampai lupa dunia... esok `mara'(maghe) datang.

    Itulah gamaknyer... he he..

    Tumbukrusuk

    ReplyDelete
  8. tumbuk rusuk,
    aku nak betulkan juga pandangan hang.

    lompat parti ni dah diniatkan oleh UMNO sejak PR menang kat bbrp negeri ini. Apatah lagi di Perak, UStaz Ahmad Awang lagi dah bbrp kali nak diculik oleh Zahid Hamidi dan kuncu2nya.Apatah lagi Ir Nizar.

    kalau ikut agama Islam, sesuatu perbuatan tidak baik hanya akan dikira malaikat dapat dosa kalau dah terjadi, kalau sekadar niat tak jadi apa. Jadi UMNO dah dikira berdosa ler bukan Anwar Ibrahim,ada paham?

    Lagi satu katanya ketuanan melayu, apasal bagi kat mamak pulak?

    Aku orang Bagan Datoh

    ReplyDelete
  9. lompat parti tak wujud,???!!!!
    hoi tumbuk rusuk, bahlol...!!kalau dah hilang berhari2 lepas tu wujud dlm sidang media dgn najib...tu apa ke jadahnya?

    ReplyDelete
  10. Sdra. Irris & abu Abbas

    Izinkan saya menjawab dari sudut pandang saya,

    Memang selepas 8 Mac ada usaha untuk bawa bincang Kerajaan campuran PAS & UMNO. usaha untuk bertemu Ahmad Awang dan Adun2 PAS telah dilakukan, namun PAS dah kuarantin mereka. Ahmad Awang keluarkan kenyataan `daripada bersekongkol dengan UMNO, lebih baik berkawan dengan DAP' walhal UMNO sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar kepada PAS dan terpulanglah ahli MMK yang lain dipilih oleh PAS untuk diberikan kepada UMNO. Kerana itulah Tuanku sendiri melengahkan perlantikan Menteri Besar untuk memberikan laluan agar pemimpin orang melayu ada perundingan.

    PAS pada pandangan UMNO hanyalah saingan politik. Tapi bagi saya PAS melihat UMNO sebagai seteru politik bahkan lebih dasyat dari itu, ada yang melayan UMNO seperti kafirun yang halal darahnya.

    Persoalah kenapa bagi pada mamak?... itu soalan bodoh dan pertanyaan dangkal. Malayu adalah satu kabilah bangsa (tribe) yang besar melangkaui Cape town Afrika Selatan hingga ke kepulauan Samoa di Pacific... perkampungan Melayu masih wujud di sana... Alhamdulillah saya berkesempatan sehingga ke south Afrika dan Fiji Ireland dalam membentuk jaringan Melayu Antarabangsa. Diaspora Melayu (pecahan Melayu / ethnik kecil Melayu) antara yang terbesar didunia dari jakun, sakai, jawa, banjar, bouyan, mamak, kelins, malabari,iban, malanau dan beratus lagi sub diaspora melayu. Asalnya setiap diaspora melayu ini terikat dengan qanun Melaka yang mengisyaratkan sekali Sultan memeluk Islam maka segala rakyat hambanyanya juga taat dan patuh kepada amalannya. Perlembagaan persekutuaan meletakkan `seorang Melayu itu mestilah Islam kerana ada fakta sejarahnya. Atas nama Human Rights, penganut agama lain dan bangsa pendatang yang tiada kaitan dengan kabilah Melayu atau diaspora Melayu berusaha keras mengugurkan ia dari perlembagaan, ini termasuklah Karpal Sing & Lim Kit Siang sendiri.
    Besarnya jiwa Melayu, siapa saja yang memeluk Islam, orang Melayu menggangap beliau sudah Melayu, walaupun dari Hukum Syaraknya tidak terkandung begitu, namun Hukum Melayu mengira begitu. Lim Kit Siang hendak jadi MB?..masuklah Islam... kajilah perundangan... kenali siapa dia Bangsa Melayu, diasporanya... nanti diketawakan orang tak kenal Melayu.

    Ni pasal lompat parti, saya juga TIDAK begitu berkenan lompat2 parti ini.. tetapi kita boleh faham.. ini lah politik.. inilah REALITI politik. Naib Presiden PAS Us. Nakhai pernah lompat parti, Presiden PAS Asri Muda pernah lompat parti, Pesuruhjaya PAS Perak Hassan Adli yang dikenali Singa PAS juga mati sebagai ahli UMNO... Jangan lupa hari ini pun Setiausaha Agung PAS, KJ@Kamaruddin Jaafar juga lompat parti... so what. Anwar Berahim dia tidak lompat parti, dia dinyahkan dari UMNO, UMNO menolak dia, umno ludah dia. Tuan-tuan ambil junjung dia. Dulu kalau dia tidak dibuang oleh UMNO, talak 44 pun dia masih peluk UMNO, tapi apa nak buat semua pintu tertutup. Hari ini dialah jaguh provokasi, menerima lompat parti sehala... Sejarah UMNO, siapa masuk UMNO di sanjung tapi tidak dijunjung. Jangan harap dia akan dapat tempat yang elok-elok, silap-silap duduk kat kerusi menunggu jer macam Jamaluddin & Othman (mereka pun tahu). Lain dengan PAS atau Keadilan, masuk dapat kedudukan baguz-baguz.. Dulu sekolah atapjer... alih2 masuk PAS jadi Shaikul kabir Al-Fathil Ustazzzzzzz

    Ana pun nak masuk PASlah... dapat gelaran Al-Fathil Ustazzz Tumbuk Rusuk.. Betultak Sheikh cukup mengaji kat Ceramah-ceramah Umum dan ikut Usrah dan Tarbiah... ha ustazlah dia. Zamri Qadir tu dah lalui semua ni. Kalau engkorang nak bercakap tentang marhalah tarbiah, tajnid, inqilab.. dah masak dah.. kita orang dah bukak kitab Al-Banna Usul Isyrin, buku Said hawwa, 20-30 tahun dulu... kalau setakat Usrah, tamrin, rehlah, mukhaiyamm, itu zaman kami lalui masa baru lepas aqil baligh dulu, 30 tahun dulu..

    Ha! Ha! relakla brother..
    Salam...

    ReplyDelete