Hari ini 3 Februari 2009 adalah hari cuti di seluruh negeri Perak. Cuti sempena Hari Jubli Perak Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Teman gunakan sepenuhnya hari ini untuk memindahkan anak-anak pokok sutera dan anggur ke dalam pasu. Keratan-keratan pokok sutera dan anggur ini adalah pemberian Dr. Wahab untuk CERIA. Hari ini teman begitu tenang dan ceria bersama anak-anak CERIA.
Lebih kurang sebulan keratan anak-anak pokok ini telah disemai di dalam polybag. MSK kutuk teman kerana cucuk sebatang jer dalam setiap polybag. Polybag itu masih elok untuk digunakan semula setelah anak-anak pokok dipindahkan ke dalam pasu. Walaupun teman ada tanah pusaka yang boleh ditanam dengan anak-anak sutera, teman tak daya nak menjaga dan menjenguknya setiap hari. Buat permulaan ini teman gunakan pasu yang sedia ada. Tak cukup pasu teman beli pasu yang murah, RM2.50 jer. Bahagian bawah taruh pasir seinci, kemudian taruh tanah kompos campur cebisan sabut. Bahagian atas taruh pasir supaya nampak cerah. Teman susun pasu-pasu itu di bahagian belakang dango. Bahagian belakang dango teman redup selepas pukui 12.00 tengahari. Nampak CERIA belakang dango teman.
CERIA adalah ilham Dr. Wahab dan MSK. Center of Economic Research an Innovation Agriculture. Betui ke salah maksud dan ejaannya, teman tak tahu. Janji CERIA. Pokok sutera adalah tanaman baru yang mahu diperkenalkan di negeri Pakatan Rakyat. Daun pokok sutera begitu sinonim sebagai makanan ulat sutera yang boleh menghasilkan kain sutera. CERIA bukan bertujuan untuk menternak ulat sutera. Jauh panggang daripada api untuk menghasilkan kain sutera. Tetapi hasil sutera apabila dipasarkan akan mampu membeli kain sutera. Nah, dua tiga tahun lagi makcik dan opah di kampung-kampung tradisional berpakaian sutera bertandang dan ziarah ke rumah jiran.
Sebagai promosi permulaan, pokok sutera ini boleh berbuah. Bermula dengan buah muda yang hijau, kemudian menjadi merah sebelum masak ranum berwarna hitam. Dr. Wahab dengan yakin memberitahu bahawa buah yang berwarna hitam boleh terus dimakan. Manis. Boleh juga dibuat jus sutera. Berkhasiat mencegah kencing manis jikalau dijadikan sebagai minuman rutin. Bertuah sungguh tetamu yang datang dijamu dengan buah dan jus sutera. Boleh petik sendiri. Khasiat daun .. citer lain kali. Kalau tak sabar sila baca di http://kebunpokoksutera.blogspot.com/
Pokok sutera adalah tanaman baru untuk rakyat. Pokok sutera seharusnya ditaja tanam oleh setiap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Dr. Wahab sudi mencurahkan ilmunya. Dr. Wahab belum bersedia untuk menjual ilmunya kepada pihak persendirian walaupun pernah ditawarkan ratusan ribu. Beliau mahukan jutaan rupiah. Dr. Wahab mahu agar pokok sutera menjadi antara sumber ekonomi masyarakat kampung. Masyarakat Melayu. Bermula sebagai pemakan buah dan peminum jus sekeluarga kepada membekal dan memasarkan buah dan daun ke kilang-kilang untuk diproses sebagai jus dan teh. Mungkin juga boleh menghasilkan kapsul sutera.
CERIA mengharapkan kerajaan negeri khususnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat membantu memperkenalkan pokok sutera sebagai tanaman baru Pakatan Rakyat. Tidak perlu kami memperkenalkan diri dan menjaja CERIA di SUK. Itu cara kerajaan terdahulu. Sepatutnya pembesar-pembesar di SUK mencari dan menemui kami bertanya akan CERIA. Sebab jikalau CERIA yang mengadap pembesar SUK, CERIA akan diminta sediakan kertas kerja atau proposal. CERIA tidak mahu membuang masa menyediakan proposal kerana itu bukan kepakaran kami. Kepakaran kami melalui Dr. Wahab ialah memastikan pokok sutera yang sihat lagi subur.
CERIA mengharapkan kerajaan negeri menyediakan tapak tanah dua atau tiga ekar untuk tanaman sutera. Gembur tanah dengan traktor. Pagar keliling tanah untuk elak gangguan babi. Paip air bergetah panjang dan bil air ditanggung oleh kerajaan. Sebahagian tanah hendaklah dibumbung dengan plastik hitam penahan cahaya. Sediakan upah RM1000.00 sebulan untuk dua orang pekerja sepenuh masa. Itu sahaja. Membazirker? Elaun untuk kami dua tiga orang ini iaitu teman,MSK dan Dr. Wahab tidak perlu disediakan. Kami akan latih dan jenguk pokok sutera dan pekerja sekali sekala di pusat CERIA. Tapi jikalau kerajaan negeri menyediakan elaun perbatuan, kami boleh kerap datang.
Lain kali sambung …
Salam Mamamat,
ReplyDeleteBuah yang ada tu sebulan lebih lagi dah boleh petik. Secawan buah dicampur dengan 4 cawan air, rebus dan kacau. Nak tambah gula atau madu pun boleh. Itulah jus buah sutera. Senang aje.
Tahniah.
Puh!!!
ReplyDeleteHang beli pasu 2.50 sebiji? Apa la anak kuala beli pasu mahai sangat? Pi beli kat depan Restoran Kak Bitah tu...sengget je.
Lanterajiwa
ReplyDeleteMerata hang tempek hang punya iklan TShirt. marketing ada tapi kurang strategi.
Buat cerita gempak/ bagi komen panas kemudian buat Link ke iklan hang tu. ...tak payah ganggu ruangan
orang lain.
MM
ReplyDeleteUsaha itu tangga kejajaan. Terus Berusaha dan semoga berjaya.
Rm2.50 satu pasu..mahal tu yop. Pi cari pasu reject kat Jalan Kuala boleh dapat kurang dari sengget... mungkin lima-tujuh kupang aje.. tapi kena beli satu lori. ... lagi jimat.
salam mamamat,
ReplyDeletekalo mcm teman ni berminat setakat nak tnm 2,3 pokok sutera camaner yer?
teman setakat ni tak penah lagi beli pasu.. suami cari @ jumpa yang org buang.. setakat sopek sikit tak ngaper.