Sebentar tadi lebih kurang pukul 10 pagi teman cadang nak pergi ke rumah MB Nizar. Pergi untuk kali pertama dan harap-harap boleh pergi lagi. Tetapi kalau teman pergi, teman cuma ada masa tiga jam sahaja. Dalam tempoh itu, apapun teman tidak boleh bantu. MSK minta bantuan tenaga dan masa. Sedangkan teman menghadapi gangguan masa. Insya Allah malam nanti teman berkampung hingga ke subuh.
Hari Khamis lalu teman dihubungi oleh rakan reporter akhbar perdana mahu berjumpa di Ipoh. Maklumlah hampir 10 tahun kami tidak berjumpa. Dia kata dia ada di Ipoh sehingga Selasa. Kebetulan telah berada di Ipoh, teman terus hubungi dia dan dia kata dia di lobi Casuarina. Sampai di bulatan kediaman MB, ada pulak sekatan trafik ke Casuarina. Huh, memang dijaga sungguh orang-orang UMNO ini. Jenuhler teman disoal tanya mengapa hendak ke Casuarina. Teman jawabler Najib suruh tunggu di Casuarina. Terus polis bagi laluan. Tetapi kereta di belakang teman, teman nampak terpaksa pusing balik. Teman rasa kereta itu tak boleh masuk kerana pemandunya pakai ketayap. Nasib baik hari ini teman bawa kereta daripada suku sakat Camry.
Sembang punya labun dan labun punya sembang, kawan teman itu beritahu yang dia sedang nunggu anak buahnya di kediaman MB Nizar. MB Nizar dikatakan sedang mempengerusikan mesyuarat exco. Lepas mesyuarat ada persidangan akhbar. Teman juga diberitahu bahawa UMNO telah buat report derhaka PR pada polis. Petang ini Najib dan Zamri Kadir akan buat sidang media di sini sebelum ke Sekolah Yuk Choy jumpa orang-orang Cina. Ada sok sek sok sek Zamri bukan pilihan Najib dan Zahid. Sebab itu Pak Lah panggil segera sidang media kat airport. Pak Lah umum dulu sebelum Najib umum. Zahid kempunan nak jadi MB akan datang kerana proksinya Bukit Chandan tak jadi MB. Dalam hati teman, lantak komeler.
Kawan teman itu tanya pasai pemberian geran rezab Melayu kepada Cina. Teman jawab mudah jer. Orang-orang Cina itu udah lama duduk tinggal berak kencing di situ. Deme udah lama tinggal di kampung-kampung baru. Deme telah ditempatkan di situ sebab nak kawal komunis dalam hutan. Deme udah mohon sejak zaman BN merintah. BN tak boleh selesaikan. Takkan kita nak halau deme keluar daripada kampung-kampung baru. Takkan Ramly Zahari boleh halau Cina Jerlun dari Jerlun. Mampuih deme tak mahu keluar.Lebih baik bagi geran. Cukai tanahpun boleh pungut lebih. Demepun boleh majukan lagi kampung deme. Oooo .. macam itu ker. Kami reporter tidak difahamkan camtu.
Ada lagi … tunggu malam
No comments:
Post a Comment