Saturday, February 21, 2009

UMNO sedang 'Tendang Pesaka'

http://lubokkawah.blogspot.com/

Orang kampong saya menggelarkan "tendang pesaka" apabila seekor lembu atau kambing meronta hebat menghadapi saat kematian setelah disembelih. Disaat itu iaitu diambang kematian itu jangan sekali-kali ada sesiapa berdiri dibelakang kakinya kerana tendangan terakhirnya itu amat kuat dan boleh mencabut nyawa yang kena tendang.

UMNO pun kini sedang berada didalam keadaan "tendang pesaka". UMNO berada didalam keadaan sangat nazak.

Parti itu guna rasuah, guna kekayaan negara, guna polis, guna SPRM, guna SPR, guna jabatan-jabatan kerajaan, guna ugut, guna mahkamah untuk mempertahankan kuasanya. Namun, mereka telah kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

UMNO amat takut menghadapi Pilihanraya. Mereka akan cari 1001 macam helah supaya Pilihanraya tidak berlaku di Negeri Perak. Mereka tidak dapat bertahan di Negeri Perak, dan ramalan awal menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi tidak kurang dari 75% jika pilihanraya Negeri itu dijalankan sekarang.

Bukit Gantang merupakan tempat ujian yang terbaik. Ramalan keputusan di Bukit Gantang adalah PR akan menguasai lebih dari 77% undi. Mereka takut mengadakan Pilihanraya Kecil di Changkat Jering dan Behrang, kerana pengundi-pengundi akan melupuskan calon-calon UMNO disana.

Mereka kini membuat kesilapan besar di Bukit Lanjan. Khir Toyo telah bertindak tanpa berunding dengan Najib Razak. Apa yang sangat ditakuti oleh Najib Razak adalah mengadakan Pilihanaya Kecil khususnya di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor.
Apatah lagi di kawasan-kawasan yang mempunyai taburan orang bukan Melayu yang ramai seperti Bukit Lanjan. Dengan kemenangan mutlak calon Pakatan Rakyat di Bukit Lanjan nanti akan meletakkan UMNO/BN ditempat yang akan dilupai rakyat.

Walaupun menjadi harapan penulis supaya Elizabeth Wong mengekalkan kedudukannya sebagai wakil rakyat di Bukit Lanjan, kerana beliau adalah seorang wakil rakyat dan Ahli Exco yang sangat berkesan, namun terserah kepada Eli sendiri untuk membuat penentuan. Dan sekiranya pilihanraya kecil diadakan di Bukit Lanjan, pilihannya bukanlah antara PR dan BN, tetapi antara yang hak dengan yang batil, dengan UMNO/BN mewakili kebatilan.

UMNO memang sudah resah. Apa juga yang dibuat dari segi politik tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada UMNO. Rakyat sudah tidak memperdulikan UMNO, dan mereka anggap UMNO sebagai parti yang sudah dilanda penyakit yang sudah tidak dibaiki lagi. Rakyat sangat insaf bahawa UMNO telah menyalahgunakan kuasa dan UMNO sangat rasuah. Tidak lama lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung, akan berlangsung pertandingan untuk memilih pimpinan mereka yang terdiri daripada mereka yang berjaya melakukan rasuah untuk menjadi calon. Mereka akan memilih pemimpin-pemimpin yang rasuah. Dan rakyat sudah tidak mahukan pimpinan yang rasuah. Rasuah akan menjadi agenda Negara jika UMNO terus berkuasa. Kemarahan rakyat kepada UMNO kerana perkara-perkara yang dikaitkan dengan imuniti pemimpin-pemimpin mereka.

Apa sebenarnya berlaku kepada Altantuya? Tidak ada suatu kes yang pernah berlaku di Mahkamah dimana pembunuhan dilakukan oleh orang yang tidak ada kena mengena tetapi menggunakan C4 dan diletupkan dengan kejam! Dan bagaimana semua dokumen perjalanannya di Imigresen boleh dipadamkan begitu saja. Rakyat mahukan siasatan, dan mahukan jawapan segera. Rakyat tidak lagi yakin kepada Najib Tun Razak untuk memimpin Negara ini, dan selagi UMNO berpaut kepada Najib, selagi itulah UMNO ditolak oleh rakyat.

Maka UMNO yang nazak ini akan melepaskan "tendang pesaka", dan hasil tendangan pesaka ini ialah tindakan terhadap Sivakumar, Tan Sri Khalid, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Arumugam, dan Elizabeth Wong.

Tendang Pesaka biasanya tidak lama sebelum lembu itu menghempuskan nafasnya yang terakhir!

2 comments:

  1. paklah yg bayar eli tu muahahhahaha

    kalau kalah pilihanraya najib yg dapat malu muahahahaha

    ReplyDelete
  2. TERtengok biru pekat,dacing berkarat pun aku dah naik menyampah,muak dan benci betul la.. padahal masa kecik2 dulu ada pakai t-shirt lambang tu.. Tapi kepada mereka yang dah biru berkarat kat hati tu,susah nak kempen kat diorang..apa yang BN buat semuaa betul.. jadi rajin2 la kita tabur2 akhbar alternatif kat dewan atau kedai2 kopi supaya diorg dapat baca cerita sebenar..

    ReplyDelete