Saturday, February 21, 2009

Mungkinkah CERIA menjadi kenyataan?

Pokok kekabu .. di bawahnya akan didirikan Dango CERIA

Menung teman dengan CERIA. Tetiba jer CERIA diamanahkan kepada teman. Takde hitam putih buah butir perjanjian. Teman langsung tak bimbang kena dakwa di mahkamah kalo tak buat kojer atau songlap pokok sutera. Semuanya datang tetiba jer. Ntah dimana bekenan dan percayanya Dr. Wahab dan MSK pada teman. Teman sebenornya nak nanam dua tiga pokok jer, bukannya nak nanam beratus pokok. Teman cuma nak cuba try pandu test jer dulu nanam sutera ini. Untuk tengak-tengak. Tapi Dr. Wahab amat serius dalam santainya. MSK mintak teman terajui CERIA. Teman setuju walaupun berat hati. Berat hati sebab tak boleh tumpu sepenuh masa. Teman ni jenih suka jalan-jalan ngangkut anak bini. Tak duduk merap di rumah bila lapang.

Tali ayor tempat memancing bocat dan keli

Dalam berat hati itu teman ada sedikit keyakinan. Teman yakin boleh mintak peruntukan negeri seribu dua RM untuk upah orang jaga pokok sutera. Tut-tut Perak udah jadi macam ini. Konsep Taman Empat Rasa di Senggang mungkin gagal untuk direalisasikan dalam waktu terdekat. Tapi pokok sutera tetap hidup subur di dalam pasu di belakang dango teman.

Pucuk sutera boleh dibuat sayur .. masak lemak cili api

Dalam kulu kelo ke darat ke baroh mikio pasai sutera, tetiba ada sorang kawan offer tanah lot buat rumah. Keluasan 122’ x 104’. Murah jer. Teman khabo walaupun murah, teman takde duit sebanyak itu. Lagipun teman udah ada rumah sendiri. Kawan teman tanya, ndak ke tak ndak? Kalo ndak jom tukor nama di pejabat tanah, duit bayorler bila ada duit. Senangnye. Teman nak tengak geran dan tanah dulu. Kawan teman tunjuk geran. Teman kata teman nak yang ngadap tali ayor. Teman nak buat dango dan tanam sutera. Teman cadangkan lot itu dipecah jadi 66’ x 208’ setiap orang. Bior kita sama-sama ngadap tali ayor. Kawan teman tu setuju jer. Terima kasih tidak terhingga kepada kawan teman yang sudi mendahulukan ribuan RMnya untuk beli tapak CERIA atas nama teman. Syukur teman ke hadrat Illahi.

Jalan masuk ke Dango CERIA

Ketika teman sedang berdiskusi dengan Sang Sapurba di Bukit Seguntang, Dr. Wahab menghubungi menanyakan CERIA. Teman telah ceritakan kepada Dr. Wahab akan perkembangan CERIA setakat hari itu, tetapi belum lagi mengkhabarkan kepada MSK. Ini kira sedang bercerita kepada MSK ler. Mungkin dalam sebulan dua ini tanah itu akan dibersihkan. Teman dapat merasakan bahawa Dr. Wahab telah tidak sabar untuk merasmikan Dango CERIA dengan anggur bonsainya.

Batu sempadan Dango CERIA

Teman sedang membayangkan betapa indahnya pepohonan anggur dan kiwi memanjat, berbunga dan berbuah di Dango CERIA. Dr. Wahab pula sedang berada di beranda maya. MSK sedang tunduk menabur garam bukit di pangkal sutera. Isteri Ude bersama Sya dan Umni sedang merebus sayur sutera. Teman pula berkubang mencari bocat di tali ayor bersama Ude dan Wak Banjar. Kami sedang menunggu kehadiran Perak Bloggers Network ...



1 comment:

  1. Amat setuju kalau projek terbaru itu untuk memajukan lagi Produk Kampung dan menjadi contoh kepada Kampung-kampung lain. Selamat berusaha semoga berjaya.

    ReplyDelete