Kemelut politik di Perak telah membuatkan bertambahnya peminat cerita dan kisah politik di Malaysia. Minat yang bertambah ini telah mengulangi perasaan ingin tahu rakyat selepas penghinaan Madey terhadap DSAI pada tahun 1998 lalu. Akibat daripada tragedi 1998, lebih separuh pengundi Melayu tidak lagi mengundi UMNO pada PRU 1999 atau PRU 10. UMNO telah diselamatkan oleh pengundi bukan Melayu. Terima kasih yang tidak terhingga daripada UMNO kepada MCA, MIC dan Gerakan ketika itu. Kebimbangan UMNO terhadap merosotnya sokongan Melayu telah mengilhamkan persempadanan semula kawasan pilihanraya. Kubu-kubu kuat UMNO terutama di Johor telah ditambah bilangan kerusinya walaupun tidak banyak pertambahan bilangan pengundi baru. Manakala kubu-kubu kuat PAS di Kelantan dikekalkan jumlah kerusinya walaupun jumlah pengundi baru telah bertambah dengan angka yang begitu besar. Jumlah pengundi bukan Melayu pula ditambah di kawasan yang peluang kemenangan UMNO di bawah 50%.
Dalam PRU 11 pula, UMNO telah menang besar. Isu DSAI telah luntur kerana ramai pemimpin keADILan dan anak-anak muda yang dikaitkan dengan Taliban telah diISAkan. DSAIpun masih dalam penjara. PAS begitu yakin akan menang besar sehingga tidak memerlukan bantuan tambahan. PAS menolak Syed Hussin Ali sebagai calon BA di Kota Bharu. PAS memperkecilkan pimpinan DAP. Pak Lah pula kelihatan begitu clean dan gagah dengan Islam Hadharinya. Mufti Perak merupakan penyokong tegar konsep Islam Hadhari. Kesudahannya UMNO menang besar. PAS pula nyaris kalah di Kelantan.
Sebaik sahaja DSAI dibebaskan daripada penjara, BA semakin mantap. KeADILan yang lesu tiba-tiba bingkas bangun. BA pula semakin perkasa setelah DSAI pulih daripada rawatan tulang belakang di Jerman. Menjelang 2007, BA telah bersedia untuk menghadapi PRU 12. DSAI menjadi orang tengah mendamai dan memesrakan hubungan PAS dengan DAP. UMNO pula sedang mengelupur kerana satu demi satu idea dan dasarnya tidak mesra rakyat. Sokongan bukan Melayu yang sebelum ini merupakan nyawa kepada UMNO telah berputar 270 darjah.
Dalam PRU 12, UMNO kalah teruk melalui rakan-rakan komponennya. Sokongan bukan Melayu bukan lagi untuk UMNO. Pengundi bukan Melayu telah menghukum MCA, MIC dan Gerakan kerana parti-parti ini masih berkiblat kepada UMNO. UMNO pula sekadar memperolehi kemenangan tipis di luar bandar. Itupun dengan sokongan pengundi wanita. Melalui dua PRK dalam tempoh kurang setahun, jumlah yang mengundi UMNO semakin berkurangan. Keluarga PR pula semakin mesra, mantap dan perkasa.
Sebenarnya nasib PR dalam PRU 13 belum pasti. Orang Melayu mudah memberi peluang untuk PM baru membuktikan keluarbiasaan sebagaimana peluang dan ruang sokongan yang diberi kepada PM Pak Lah pada PRU 11 yang lalu. Tetapi dengan tindakan TPM Najib merampas kuasa di Perak, yang kurang minat untuk mengetahui kisah politik tiba-tiba lebih berminat daripada mereka yang sememangnya telah berminat pada politik. Dari sehari ke sehari cerita dan kisah rampasan ala penyamun ini telah mula difahami oleh rakyat di seluruh negara, khususnya di kalangan rakyat Perak sendiri. Minggu pertama dicanangkan melalui media dan lilit kuning di kepala bahawa PR telah menderhaka kepada istana. Minggu kedua, penyokong PR dan UMNO telah mula berfikir secara rasional tentang apa yang sebenarnya berlaku di negeri Perak. Minggu ketiga majoriti rakyat telah faham bahawa UMNO telah memerangkap istana dengan helahnya. UMNOlah yang derhaka kepada istana. Rakyat Perak sedang menunggu akan bentuk hukuman yang bakal dijatuhkan kepada TPM Najib. Mungkin TPM Najib akan dihalang daripada memasuki negeri ini …
Terima kasih TPM Najib kerana merampas kuasa di Perak. Terima kasih TPM Najib kerana membantu memperkuatkan PR. Terima kasih TPM Najib kerana memudahkan rakyat tahu dan memahami isu pemberian hak milik tanah dan lain-lain isu di Perak. Terima kasih TPM Najib kerana membantu membuktikan bahawa MB Nizar bukanlah MB Boneka DAP sebagaimana yang diwarwarkan oleh UMNO lebih 10 bulan yang lalu. Terima kasih TPM Najib kerana sudi menerima dua exco PKR yang tidak pandai memimpin. Terima kasih TPM Najib kerana berjaya mempermainkan PR melalui ADUN Bota. Terima kasih TPM Najib kerana derhaka kepada Sultan Perak.
Terima kasih TPM Najib kerana pemberitaan ala blogger mula dirindu dan dipercayai oleh pengundi …
salam semua,
ReplyDeletelebih lama krisis diperak berlarutan, maka banyaklah tembelang bn akan diketahui oleh rakyat. inilah angkara mengangkat pemimpin yang tak amanah memerintah. terima kasih kepada bloggers yang tak jemu menyampaikan maklumat yang sahih.
Sdra. Mamamat...
ReplyDeleteAgak lama juga tak menjenguk ke dango mike. Hari Ahad peas teman ke Kuala menjengok dua orang anak teman di Koleq... bawa keluar makan di Medan Selera ditepi Sungai Perak.. dan makan Mee Rebus Mamak Yaakob.
Tengah makan datang sorang yang menegur teman dengan panggilan sekejap Tuan sekejap Dato'. Teman kata tak payahler bertuan-tuan berdatuk-datuk, cakap jer teman mike. Ramai mata sekeliling memerhati kami, mungkin sebab saya melayan orang ini yg pada agakan teman berumur sekitar 40'an. Cara dia berlabun, berpakaian, pandangan mata, keluh kesahnya memberikan gambaran kepada teman, orang berkenaan tak beberapa stabil emosinya. Pun demikian, setelah dia menegur teman, tanpa saya kenali walaupun cuba mengingati kot-kot teman kenal,.. saya pelawanya untuk duduk dan makan. Dimeja yang muat empat orang tersebut dia terus duduk bersebelahan anak teman dan menghadap muka ke teman.
Teman tanya dia dari mana? Teman dari Lempor, Manong. Ate ngapa rupa ini, nampak berserabai je! Saya baru keluar Tanjung Rambuatan belum balik rumah lagi,.... laparr. `Makan-makan-makan!" pelawa saya.
Dalam pada itu teman tanya lagi, `Jiwa kacau ker.." "ya tuan" balasnya. `Lamaker dah masuk?" Dah dua kali masuk, mula-mula bulan 9 tahun dulu, lepaih itu sekali lagi bulan 6 enam hari itu."
Ngapa? tanya teman. `saya masuk Keadilan.. lepas itu Li Zahari tak kalah... teman tak boleh ( sambil mengeleng-geleng kepala)...`tak kan Dato Ramly menang mike tertekan jiwa"...` Bukan!!" jawabnya pantas".. "Habis?".tanya teman. `Saya jadi gila sebab ikut Anwar Ibrahim!! separuh bentak. Semua orang jadi gila!!... ikut Anwar Ibrahim".... " tak kan kot" balas teman sedikit tak bersetuju... diam terdiam, airmatanya bergenang.. saya pun terdiam cuba menangkap apa yang bermain dalam fikiran dan emosinya. `Dia Gila!!! tinggi suaranya"... " Siapa?"... Anwarlah!!..."Heh!!" bantah saya. Dia mengangkat mangkok cendol yang diminumnya dan menghempaskan kelantai..pecah berderai, terkena sedikit percikan kepada seluar sekolah putih anak kedua teman. Semua mata tertumpu pada teman. " Mungkin teman gila!! tapi teman tak gila nak kata dia gila, dan siapa yang ikut dia ..gila!!..
Tanpa menghabiskan Rojak yang sedang dimakannya... terus meninggalkan teman dan anak-anak.
Mamak Cendol dan perkerja Yaakob Rojak bertanya teman.. bertanya.. Siapa dia tu?... Entah?!!tak kenal... Dia kenal bossker?... tak juga.. Oooo ingatkan Boss kenal dia?... dia tegur, kita sahut, tengah makan kita pelawa jer... lagipun dia nak makan.. rezki dia ada.. Saya bertanya `dia selalu kemari ker?.. `tak pernah'... lalu saya memaklumkan dia baru keluar Tanjong.
Siapa yang gila?.... tanya mamak cendol?.. Saya jawab `Entah.. Anwar Ibrahim katanya..
Ini bukan Kisah rekaan... ianya benar berlaku pada Ahad, 22 Februari 2009 yang lalu...
Tumbuk Rusuk
Terima kasih UMNO kerana mempercepatkan ajal mu sendiri. Sunatullah itu tidak akan berubah.
ReplyDelete