Thursday, April 30, 2009

Tumpo yeop .. Sultan belum perkenan lagi

IPOH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan walaupun menerima pelbagai ancaman pakatan pembangkang termasuk kemungkinan memulaukannya, kerana tarikh berkenaan sudah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kerajaan negeri hanya memberi cadangan mengenai bila sidang DUN akan diadakan tetapi keputusan terakhir dan muktamad dalam menentukan tarikh persidangan berkenaan adalah dalam bidang kuasa Sultan Perak.

Ulasan

Mane satu yang betui ni? Ayat ataih kata udah dapat perkenan. Ayat bawah pulak memberitahu kite yang seolah2 sultanpun pening. Sultanpun belum dapat tentukan lagi tarikh yang muktamad. Senang citer ayat2 MB DPulau ni membawa maksud bahawa perkenan istana sebenornye belum dapat lagi. Berbelit betui MB DPulau ni. Tapi teman pikio macam ini jer ler ..

Hampaih betui MB DPulau ni. Beria2ler kata Sidang DUN Perak tetap diadakan pada 7 Mei 2009. Patutler Speaker Sivakumar ada kata yang Abdullah Antong Sabri telah gagal menunjukkan bukti secara hitam putih akan perkenan istana perihal sidang ini. Kegagalan Abdullah Antong menunjukkan bukti perkenan istana ini telah menyebabkan Sivakumar melanjutkan lagi penggantungan jawatannya sebagai Setiausaha DUN Perak.

… keputusan terakhir dan muktamad dalam menentukan tarikh persidangan berkenaan adalah dalam bidang kuasa Sultan Perak. Tinggai seminggu lagi. Perkenan istana masih belum diperolehi lagi. Usul udah ade. Usul nukor speaker dan lantik speaker baru. Itu jer. Tapi macam mane nak buat usul jikalau perkenanpun belum dapat. Katakanler last minute dapat juge perkenan istana, adakah semudah itu usul ini diterima oleh speaker? Pening.

Lebih pening lagi, katakanler sidang tak jadi sehingga 15 Mei 2009. Speaker pulak hantar notis pada SPR untuk memaklumkan bahawa telah berlaku kekosongan kerusi di 24 DUN Perak atas alasan mereka telah tidak hadir Sidang DUN sehingga melebihi tempoh enam bulan. 28 ADUN PR dan 7 ADUN UMNO selamat kerana mereka telah hadir dalam sidang bawah pokok dan ada yang sedang digantung daripada menghadiri Sidang DUN untuk tempoh antara 12 hingga 18 bulan. Nayaler MB DPulau sekiranya ada PRK di 24 DUN, iaitu 20 DUN UMNO, 1 DUN MCA dan 3 DUN lompat. Ituler elok2 MB Nizar mintak supaya dibubarkan DUN, UMNO tolak. Last2 PRK pulak di kawasan DUN UMNO.

Tumpo yeop!

Wednesday, April 29, 2009

Hina besi kerana karat, hina Melayu kerana UMNO

Cambah Minda

1. Rakyat pelik dan hairan tentang helah kebudak-budakan yang digunakan oleh UMNO untuk menghadapi PR. Tindakan UMNO tidak langsung menggambarkan bahawa UMNO adalah sebuah parti tertua, matang dan berkuasa di Malaysia.

2. Rakyat telah jemu dan bosan dengan kerenah pemimpin UMNO. UMNO lebih banyak sembang politik daripada membantu menyelesaikan masalah Melayu. UMNO menyalahkan Melayu sekiranya Melayu bermasalah. Melayu miskin kerana malas. Melayu hilang kerja dan kehabisan wang, Melayu juga dipersalahkan kerana tidak menabung semasa bekerja.

Gantung Hadir Sidang Dewan

1. Speaker Sivakumar telah menggantung bergaji tujuh ADUN UMNO di Perak antara 12 bulan hingga 18 bulan kerana bertindak merampas kuasa. Setelah tujuh ADUN ini membawa kes mereka ke mahkamah, mahkamah telah mengistiharkan bahawa penggantungan mereka dibatalkan.

2. Speaker Pandikar Amin pula telah menggantung Govind Deo selama 12 bulan tanpa gaji kerana tindakan beraninya meminta Najib membersihkan nama secara perundangan akan tuduhan Liberation yang mengatakan bahawa Najib bersubahat membunuh Altantuya. Govind Deo telah memfailkan permohonan di mahkamah meminta mahkamah membatalkan penggantungan ke atasnya. Apakah mahkamah akan membatalkan penggantungan ke atas Govind Deo?

Cadangan Usul Di Dewan

1. Speaker Melaka telah menolak usul undi tidak percaya terhadap KM Melaka. Speaker berkuasa menerima atau menolak sebarang usul yang dibawa ke dewan. Hanya speaker sahaja yang boleh memanggil Sidang Dewan.

2. Setiausaha DUN Perak yang telah digantung jawatannya oleh speaker lebih berkuasa dan begitu yakin menghantar Notis Usul Memecat Speaker tanpa melalui speakernya. SU ini juga yang telah menghantar notis Sidang Dewan tanpa pengetahuan speaker.

Rumusan

1. Amalan politik ‘double standard’ di Malaysia telah berjaya dibuktikan. Speaker UMNO mempunyai perisai undang-undang tambahan, manakala speaker PR kelihatan begitu sukar dilindungi oleh undang-undang. Speaker UMNO sentiasa betul dan speaker PR sentiasa salah walaupun tindakan dan keputusan mereka adalah sama.

2. Alhamdulillah kerana semakin ramai rakyat telah mampu menggunakan minda kurniaan Allah untuk berfikir tentang penganiyaan politik perkauman di negara ini. UMNO tidak membenarkan kemesraan antara kaum wujud di negara ini. Bahkan UMNO amat berbangga melanggar perlembagaan negara atas nama Melayu. Melayu tidak tertakluk dengan perlembagaan. Hebatnya UMNO mengangkat martabat Melayu.

3. UMNO telah memalukan Melayu.



MB DPulau memalukan Sultan Perak?

Tindakan MB DPulau yang memohon agar Mahkamah Persekutuan mengistiharkan yang beliau adalah MB Perak yang sah bolehlah ditafsirkan bahawa beliau telah hilang kepercayaannya kepada kuasa Sultan. Sekiranya MB DPulau percaya kepada keesahan kuasa Sultan,beliau tidak perlu memohon mana-mana mahkamah untuk mengistiharkan siapa MB Perak yang sah. MB DPulau hanya perlu berdiam diri sahaja melayani kerenah MB Nizar. MB DPulau mesti yakin bahawa mahkamah akan menyebelahinya walaupun berpuluh kali MB Nizar membawa kes jawatannya di mahkamah.

Apabila diperhalusi lagi, MB DPulau sebenarnya telah turut menderhaka kepada sultan. MB DPulau telah tidak percaya kepada keputusan dan kuasa sultan. MB DPulau telah ragu-ragu tentang statusnya sebagai MB Perak. Majoriti rakyat pelbagai kaum telah tidak menghormatinya sebagai MB. MB DPulau terpaksa memohon bantuan mahkamah. Tetapi mahkamah masih bermain sorong papan tarik papan. Walaupun mungkin mahkamah telah ditentukan keputusannya, hakim seolah-olah tidak sanggup membacakan keputusan yang bukan daripada ilmu dan hukum hakam perundangan sebenar. Kes ini di luar bidang kuasa Mahkamah Persekutuan. Ini kes Mahkamah Tinggi. Mahkamah Persekutuan menolak untuk mengistiharkan bahawa MB DPulau adalah MB Perak yang sah. Ternganga mulut MB DPulau!

Daripada sudut bicara politik kepartian, keputusan Mahkamah Persekutuan ini telah membantu menambahkan kekuatan PR. UMNO pula semakin parah. UMNO pula semakin hilang peminatnya. Peminat UMNO telah getik kepada pemimpinnya. Dahulu UMNO begitu percaya bahawa PR sahaja yang menderhaka kerana engkar kepada titah sultan. Hari ini pemimpin UMNO pula yang memalukan sultan kerana mempertikaikan keputusan sultan di mahkamah. Rupa-rupanya barulah orang UMNO sedar bahawa mahkamah lebih besar lagi kuasanya daripada sultan.

Di Perlis, Shahidan masih mengeluh kerana Raja Perlis tidak melantiknya sebagai MB Perlis. Di Terengganu, kumpulan Wahid Rosol masih mempertikaikan perlantikan MB pilihan Sultan Terengganu. Di Perak pula, MB DPulau mahukan mahkamah mengistiharkan dirinya sebagai MB Perak yang sah. Pengistiharan Sultan Perak bahawa MB DPulau adalah MB Perak rupa-rupanya belum disahkan lagi. Tindakan MB DPulau membawa kes ini ke mahkamah telah secara langsung mencabar keesahan kuasa yang ada pada Sultan Perak.

Rumusannya, siapa yang sebenarnya telah dan sedang derhaka kepada sultan? PR atau UMNO?



Tuesday, April 28, 2009

Cuti tiga hari .. Ipoh tiada program untuk rakyat

Dua tiga hari lagi cuti Hari Pekerja. Cuti yang berlanjutan selama tiga hari. Tapi di negeri teman, MB DPulau yang mendakwa ada kuasa, tak buat apa2pun untuk rakyat. Hari ni teman round lagi seluruh Ipoh. Kebiasaannye kalo ada cuti begini, adeler sesuatu yang kerajaan negeri akan buat untuk menggalakkan rakyat beriadah dan melancong dalam negeri. Tapi apahpun tak mandang. Tak nampak satu bannerpun promosi program kerajaan negeri. Warga Ipoh mesti boring. Ipoh cuti secuti2nye. Pemandu teksi kurang rezeki. Bas kurang penumpang. Deme udah jemu dan tak larat nak pegi ke JJ, UO, IP, Giant, Tesco jer. Sekali sekala nak juga bercuti bersantai bersama anak2 mengunjungi apa2 ekspo yang boleh mendatangkan pekdah kepada pengunjung dan peniaga. Tiga bulan Ipoh kosong tanpa program negeri.

Pukui 4 petang, teman teruih ke Sg. Siput. Cadang teman nak singgah rumah kawan sebelum menjenguk emak di Enggor. Tapi takkan nak jenguk begitu jer. Kena cari kekudap sebagai buah tangan. Takdeler nyusahkan bininya kena masak atau pegi kedai cari biskut. Cukupler deme mancuh ayor angat jer. Kekudap tu boleh dijamu sekali. Teman juge yang melantaknye. Buruk siku betui teman ni…

Start dari Chemor teman perati kut2 ada yang juai pisang goreng. Takdeler teman nampak orang tengah goreng pisang. Yang banyaknye juai ayor nyor mude jer. Mungkin ade yang juai kekudap petang di Chemor. Teman jer yang tak jumpa. Maknenye kalo ade yang bejuai, hanya orang tempatan jer yang melinye.

Mungkin di Sg. Siput ade juai kekudap. Takkanler takde yang berjuai. Pekan tu besor. Teman pelankan keter. Selepaih balai polis ade warung. Tapi juai ayor nyor mude, juai mee goreng. Teman cari kekudap. Teman cari karipap, bengkang, atau apa2pun yang dari spesis koi. Tak mandang. Teman konar ke kiri ikut KFC. Banyak kedai2 makan yang ditutup. Pasarpun tutup. Dedulu di siniler tempat banyak koi dijuai. Mana pegi deme ni.

Oleh kerana teman tak jumpa kekudap, teman lalu jer depan rumah kawan tu. Nasib baik teman tak call dia janji nak datang. Lain kaliler teman datang. Teman teruih jumpa emak teman di Enggor. Emak teman nunggu cucunye di rumah adik teman. Adik teman tak balik lagi. Masih di Teluk Intan. Sejak adik teman menduda ni, emak temanler yang nunggu anak2nye walaupun emakpun tak berapa sihat. Teman angkut semua pegi ke lembah kuale. Kite minum cendoi dan makan laksa. Kesian deme, kecik2 lagi emak udah takde. Adik teman pulak selalu jer out station. Berserabai jer deme takde sape yang melayan. Emak teman takat layan dengan mulut jer ler. Nak bantu kederat, diapun tak larat.

Dekat Isyaq baru adik teman balik. Lega hati dapat tengak adik. Maklumler kali terakhir teman jumpa dia masa kematian isterinya awai bulan satu dulu. Dia senyum jer. Teruih dia uruskan anak2nye. Kutip baju masuk dalam mesin. “Kawinler”, teman mencadangkan.

“Adeker yang sanggup melayan empat orang ni?”, soalnye.

“Kalo cari mesti ade. Kalo tak kawin, nanti kena prostat”, celah teman.

Pukui 10 malam teman balik. Balik ikut Jalan Senggang. Gelap. Serampun ade, maklumler sengsorang. Teman cadangkan sesape yang ade kuasa, taruhler lampu jalan selang lima tiang. Sekurang2nya tempat yang takde orang, ade juge cerahnye. Sebab ketika memandu sorang2, selagi tak nampak lampu lain, selagi ituler jiwa dirundung suspens.

Sampai rumah pukui 11 malam. Malaih pulak nak pegi Titi Gantung dengar ceramah MB Nizar dan Speaker Sivakumar.