Friday, January 2, 2009

Datangler ke Senggang 4

Terbitan awal di http://perakexpress.com/

Oleh: Mamamat

Datangler ke Senggang

Siri 4, Senggang Makmur Sejahtera

Alhamdulillah, dah subuh. Terdengar oghang ngaji Quran melalui empat corong pembesar suara masjid yang ditale ke rumah penduduk kampung. Opps .. baru pukui 5.00. Ada lebih kurang setengah jam lagi masuk subuh. Tapi takkan nak sambung tido. Memang macam iniler kat kampung ni. Sejak kampung ni dinaiktarafkan sebagai kampung pelancongan, kehidupan masyarakat dan suasana sekitaran kampung berubah serta merta. Berubah ikut kehendak JKKK dengan memakmurkan masjid. Masjid adalah pusat pentadbiran kampung. Setiap bulan JKK Kg. Senggang akan bermesyuarat di masjid. Lebih berkat, lebih afdal. Deme memutuskan bahawa setiap pukui 5.00 pagi, mp3 ngaji secara otomatik akan mengejutkan sesiapa yang masih tido untuk bersiap diri ke mana-mana. Oghang jantan kena pegi subuh di masjid, semayang berjemaah. Oghang pompuan yang mana boleh ke masjid, pegiler ke masjid. Yang uzurpun kena bangun. Siap-siapkanler apa-apa yang patut untuk menyambut ari siang.

Dalam hal ini guest yang bukan Islampun mesti terjaga dari tido. Deme nak bangun ker idak, itu deme punye pasai. Setiap guest yang menginap di kampung ni telah diberikan brochures pelbagai base dan taklimat tentang disiplin ketika berada di kampung ini selain daripada program yang telah disusun untuk deme. Taklimat ini telah dipertanggungjawabkan kepada Ncik Doan dan pembantunya. Bila dan macam mane taklimat itu disampaikan, terpulangler kepada Ncik Doan. Sebab ituler tidak ada langsung sungutan guest pasai ngaji Quran dan azan subuh. Kalo guest yang bukan Islam tak bersungut, takkanler yang Islam nak bersungut. Kalo nak bersungut juge, sungutler dalam hati. Ituler rasionalnya mengape semue program malam mesti berakhir pukui 11.00 malam. Takde alasan tak cukup tido.

Sejuknye nak pegi kayo. Nak kayo dalam dango ker, kayo ke sungai. Teman dan kengkawan disediakan sebuah dango muat tiga oghang lengkap dengan bilik ayor. Dango Tumpang. Baikler teman kayo ke sungai. Kat luar masih gelap. Cuma ada suram-suram cahaya panjut dan juga lampu jalan yang jaraknya 150m iaitu selang tiga tiang api. Kena bawak selait ni. Kalo idak kut kaki terseradung akor deghoyan, terjeronbab lak pepagi bute ni.

Segornye menghidu bau-bau herba dan bunga kat laman dango dan laluan ke sungai. Sentuh jer terase embun sejuk ataih kulit. Sambil jalan, teman ngunyah daun kari. Kekadang ngunyah daun sireh. Pokok kari dan pokok-pokok herba ini ditanam oleh Al-Banjari. Manakala bunga-bunga yang ada bau seperti melur, mawar, cempaka dan banyak lagi ditanam dengan nasihat Cenangau. Rajin sungguh Al-Banjari dan Cenangau nanam semua ni. Teman tersuluh kat satu pokok bunga .. aikk terpampang papan tanda yang tertulih Bunga Cenangau. Memang macam bau cenangau kat bendang.

Tak sedor dah sampai ke pelantor sungai. Nasib baikler pelantor ni khas untuk guest. Punyerler privacy sebab teman soghang-soghang jer kat pelantor ni. Guest masih dalam teratak. Nampak banyak kerlipan lampu selait daripada pelantor belah elo dan ulu. Keme main-main selait pulak. Cuma takde cahaya atau lampu selait dari kampung seberang yang setentang ngan kampung ni, Kg. Telik dan Kg. Lerek. Celup kaki, basuh muka, kumur dan tepuk-tepuk ayor. Jangan ada boye udahler. Tapi Sungai Peghak belum ada citer sesape yang kena libas ngan boye. Lega boleh kencing dan merebaih ataih pelantor ni. Lepaih tu baru pelan-pelan masuk dalam ayor, mandi. Tak berani teman nak terojun teruih…

Badan dah segor. Sambil jalan balik ke dango teman nyanyi lagu ‘Perak Darul Ridzuan, Negeri indah permai. Penduduknya hidup aman damai, dinaungi keadilan sultan ….’. Sejuk-sejuk ni mike boleh terojun sungai? Best yob merebaih dan mandi di sungai sebelum subuh. Tak caye tryler. Isk, tak sior teman, karang cagut di lampang jawe.

Sebaik azan subuh berkumandang, terdengarler riuh bunyi motor dan keter nak pegi ke masjid. Teman numpangler sesape yang lintas depan dango teman. Huh, berebut nak pegi masjid. Masjid tu masjid baru yang terletak ale ke darat tepi jalan besor. Jalan Sayong ke Parit. Lagipun sejak ada jalan besor ni, ghamei oghang kampung buat ghumah belah darat. Kerajaan dedulu sediakan tapak-tapak ghumah tanpa geran kepada oghang kampung dan kepada sesape yang nak menetap bagi meghameikan penduduk kampung ini. Geran tidak akan dikeluarkan sehingga ghumah dibina dan mesti diduduki untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun. Nak buat rumah kena guna duit sendiri atau personal loan bukannya bank loan. Kalo bagi geran awai, dibimbangi deme juai tanah tapak rumah ni kepada sesape yang nak buat harta. Kalo beli untuk duduk takpe. Ini idak, beli tapi tak duduk. Bila Kerajaan Maya merintah, yang mana baik diteruihkan. Hanya tokok tambah jer mana yang patut untuk bagi lebih baik lagi.

Semayang subuh hari ni diimamkan oleh Manjung Mari. Memang setiap hari Ahad, ada imam jemputan untuk mengimamkan semayang subuh dan menyampaikan kuliah subuh. Minggu depan giliran Ciberboron. Kemudian selang seminggu lagi Al-Husseyn. Oleh kerana hari Ahad adalah hari cuti, maka ghameiler yang datang mahu mendengar kuliah subuh daripada ustaz-ustaz yang popular di negeri ni. Kariah-kariah kampung yang berdekatan seperti Kg. Kubang Pekan, Rambai Tujuh dan Kg. Menora juga subuh di sini. Teman kira ada lapan saf jemaah yang semayang subuh kat masjid. Lebih kurang 100 jemaah. Saf jemaah pompuan teman tak kira.

Pukui tujuh pagi baru abih kuliah subuh. Aripun dah siang. Ada yang ngajak minum yangat kat warung depan masjid. Teman kata sekejap jer. Ncik Doan kata minum pagi guest pukui lapan. Mike jer ler yang bawak deme tu minum. Tapi Ncik Doan nakkan teman ada same. Maklumler ini first group omputih berada di kampung ni sejak era milleneum. Segor badan kena yangat dengan pelita talam. Dah 7.30? Kali ni teman menapak balik ke dango. Memang teman nak jalan kaki jer. Nak lalu bawah pokok deghoyan, pokok cempedak, langsat dokong manggis gelugur. Sejuk dan nyaman.

Awainyer omputih ni bangun. Belum pukui lapan lagi. Nampak deme senam kat berenda teratak. Laki pompuan same jer senamnye. Nasib baik deme senam pakai tracksuit. Kalo pakai sependa jer, mampuih teman nak jawab ngan tok ketua. Ncik Doan ngonyeng jer nengak omputih ni senyum pada keme. Good morning Mamamat, good morning Sit Down. Morning-morning. Deme mangge Ncik Doan ni sit down. Lantak kome ler.

Omputih ni nak kayo ke sungai. Deme tak nak kayo dalam ghumah. Deme kata kalo kayo dalam ghumah, macam kayo di rumah deme nun di Lisbon. Teman pesan lagi kat deme, jangan mandi bolen. Pakai suar track atau kain pelikat. Balik mandi nanti jangan berkemban. Tutupler badan dengan tuala. Seghonok deme mandi dan main ataih pelanto. Baru teman perasan, pelanto nipun ada name, Pelantar Comot. Teman dan Ncik Doan peghati dari ataih tebing. Bukan ngendap tapi setenbai. Kalo ada apa-apa yang berlaku dalam ayor, Ncik Doanler yang terojun. Teman tukang lapor jer. Abih satu family mandi, datang family lain plak. Sampai abih tiga family semuanya kayo ke sungai. Nyampangler teman tak nampak deme merebaih dalam ayor.Mana boleh kuar kalo merebaih dalam ayor. Kalo kuar juge, pakat naik ataih kerumun tuannyeler …

Nyambe nunggu omputih ni mandi, teman nengak arah seberang. Batu sawo sebelah elo. Dulu ada kampung, Kg. Lerik. 40 tahun dulu, teman peghonah duduk ataih batu sawo tu. Batu yang digunakan oleh askar Raja Yusof menghalang kedatangan Raja Ismail daripada menghadiri pemakaman al-marhum Sultan Abdullah di Bukit Chandan. Jenazah al-marhum sultan tidak boleh dikebumikan selagi penggantinya tidak sampai. Seksa jenazah tu nunggu deme ni abih berkela dulu kat batu sawo. Belakang batu sawo tu dalam, ada boye. Oghang-oghang tua kata kalo tempat tu banyak udang galah, maknanya ada boye. Tanah arwah nenek teman betui-betui setentang ngan batu sawo tu. Tapi tanah tu dah jadi milik oghang lain. Sebak teman ngingatnyer.

Lepaih siap turun minum. Minum pagi. Pahamker omputih tu mike suruh turun minum. Ntah, kata Ncik Doan. Deme senyum angguk-angguk. Pahamler tu. Chef, dah siapker? Dah. Bolehker teman nampe dulu. Same-same datang, same-sameler makan. Landak bakor semalam ada lagi ker? MSK dah manta licin. Apa kekudap pagi ni. Tu bawah sangai. Sangai mengkuang itupun dianyam sendiri oleh Chef Alfaberlian. Hebat chef ni, masak sedap, nyauk ikan dapat, nganyampun lawa…

7 comments:

  1. Salam Mamamat,
    Saya baghu balik minum-minum dengan kawan. Dia nak sponsor benih pohon anggur untuk CERIA. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Salam Pengasas
    Hanya satu perkataan .. wowww

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Mamamat..
    Cerita hangdah OK dah, tapi janganla dok buboh nama aku jadi Imam, siap ada title alfadhil lagi... seriau aku bacanya,,, jangan sheikh.. tak sampai taraf lagi... bacaan fatihah tajwid pun tak berapa betui.. anak-anak dok kenen aja...
    manjung mari..

    ReplyDelete
  4. salam mamamat,
    mohon ubahkan ADAM BIZZ kepada BO-BIZZ.
    Harap maklum

    ReplyDelete
  5. landak bakor? landakkkk?? mak oii...lama tak makan landak yeop!! terbayang2 rasa sedapnye...bak le duri landak sebatang dua buat penunjuk ngaji quran..bebudak sekarang tak pakai dah tuu..

    ReplyDelete
  6. Alaa kulup, mike raut jer lidi nyor. Kalo patah boleh raut lagi. Duri landak bahaye wehh, kalo nyucuk mate, buteei!

    ReplyDelete
  7. Salam Manjung Mari
    Mintak maaf banyak-banyak .. dah dibetuikan. Tima kasih kerana mengingatkan.
    Wassalam

    ReplyDelete