Terbitan awal di http://perakexpress.com/
Oleh: Mamamat
Datangler ke Senggang
Siri 6, Dusun Daun Alor Bocat
Rizab sungai kiri kanan tebing Sungai Senggang mawak ke jalan besor telah dijadikan Dusun Daun. Teman terpandang nombor siri 88 pada kuala sungai. Patutler bertuah kampung ni. Oghang cina kata 88 ada ong. Kalo 44 suei. Macam-macam kepercayaan. Tapi kalo betui gaye promosinyer, oghang-oghang cina Malaysia dan cina China tentu akan datang ke sini. Datang nak nengak dan numpang tuah sungai 88.
Dusun Daun ini didesignkan oleh Pengasas. Agaknya dia dah jemu ngan buah. Camne nak bagi buah banyak, buah besor, buah lebat, semua dia dah khatam. Kali ni Pengasas main ngan daun jer. Camne nak bagi daun beso lebo dan lebat. Celah-celah pokok ada alor bocat. Walaupun Dusun Daun dan Alor Bocat masih dalam peringkat R&D, tapi hasilnye umpama tak cukup tapak tangan, ngan treller deme datang ambik. Tanah-tanah dusun oghang kampung bersempadan sungai juge merupakan sebahagian Dusun Daun. Tuan-tuan dusun ini telah memberi izin guna tanah deme dengan janji pokok buahnya tak ditebang. Lagipun pokok buah deme bukannya banyak. Udahler pokoknye sikit, tua pulak. Tak pulang modai sape yang majaknye.
Pokok utama yang ditanam atau dikekalkan di Dusun Daun ini ialah pokok mengkuang, pokok palas, pandan dan rembia. Semua daun pokok ini amat berguna dan boleh memberi pulangan ekonomi setiap ari kepada oghang-oghang kampung. Pengusaha-pengusaha hotel dan restoran merupakan pelanggan tetap daun pandan dan sarung ketupat palas. Penjaja-penjaja kui dikualepun meli daun pandan dan sarung ketupat di sini. Nak saiz beso ada, nak saiz kecikpun ada. Begitu juge dengan daun mengkuang yang telah dipelbagaigunekan. Selain dijadikan tiko, mengkuang juge dianyam menjadi bakui dan bekas serbagune, hiasan dinding rumah dan pejabat, lapik meja, lapik kusyen dan banyak lagi. Bahkan ada juge mengkuang yang tak payah dianyam tetapi laku dijuai seperti mengkuang layu atau mengkuang kering yang boleh dijadikan hiasan menarik di sudut dinding.
Daun pandan juge boleh dijadikan hiasan ringkas di meja makan. Kalo minum yangat di rumah tok ketua, mesti kagum dengan gubahan daun pandan segor yang tersusun kemas. Masuk jer rumah dah terhidu bau pandan yang wangi. Kate demeler, teman kekadang bau kekadang idak, idung sumbat. Takat nengak susunan daun pandan jer. Memang lawa. Bini tok ketuapun lawa.
Daun pokok rembia yang hidup subur di dusun ini bila disemat maka jadiler atap. Permintaan terhadap atap begitu menggalakkan. Tambah-tambah lagi Kerajaan Maya Perak telah mewajibkan semua PBT di Perak menggunakan atap rembia pada setiap pondok menunggu bas dan wakaf-wakaf di taman-taman permainan di kawasan seliaan PBT. Selain nampak cantik, atap rembia ini telah dijadikan identiti tradisional masyakat Melayu Peghak. Lebih menarik lagi apabila pekerja-pekerja Dusun Daun berjaya menghasilkan atap rembia pelbagai warna. Ntah pencelup jenih ape yang deme gune. Ade merah, ade biru mude, ijo, putih … macam-macam kaler ade.
Pokok rembia, mengkuang, pandan dan palas hidup subur di kawasan lembab berpaya. Dicelah-celah pokok ini dibina alor mela bocat. Ayornye dipam dari Sungai Senggang. Bocat ni idup biak dalam ayor lalu. Alor ni macam kolamler. Kolam yang bersambung-sambung supaya ayor senang lalu. Alor-alor ni dikepung dengan batang-batang buluh yang disusun rapat-rapat supaya bocat yang melompat boleh masuk balik ke dalam alor. Menurut oghang yang tahu tentang ikan, kalo ikan tu melompat dalam ayor maknanya ikan tu nak mengawan. Sebab ituler kalo kite mela ikan dalam akuarium dan ikan itu melompat-lompat nak kuar, kite kena bubuh ubat penenangnye. Jangan kome bubuh ubat penenang Tanjung Rambutan dalam akuarium. Haghuu .. Di luar pagor buluh alor bocat ditanam dengan pokok sutere. Lawa sungguh pemandangannya. Pengasas dan pokok suterenye memang tidak boleh dipisahkan. Saghi dia tak nengak pokok suterenye, seminggu dia tak selere makan.
Jabatan Perikanan pula tidak ada teknologi miak dan mela bocat. Satu Malaysia takde. Kat Taiwanpun takde. Kalo Taiwan ada teknologi mela bocat, dah tentu AP Malaysia balik dengan ilmu mela bocat. Dah tentu riuh parlimen bila AP yang pegi Taiwan ni mendesak diadekan kementerian baru, Kementerian Bocat Malaysia. Siap ada menteri lagi. Menteri Bocat! Tapi deme cuma tahu miak dan mela keli jer. Kalo kena sondak keli, boleh demam tak kebah empat lima ari ooi...
Industri bocat mempunyai masa depan yang cukup cerah kepada Kerajaan Maya Perak. Sebab ituler Pengasas menjalankan R&D secara serius terhadap bocat. Sekiranye bocat boleh dibiakkan secara komersial di kampung ini, tentu oghang-oghang kampung kaye. Ghege bocat mahai weih. Sebab tu serunding bocat mahai. Produk bocat boleh menyembuhkan luka-luka dalam badan. Oghang pompuan yang dalam pantang baguih makan bocat. Setiap ari mesti ade oghang pompuan yang beranak dan dalam pantang. Setiap ari juge deme nak makan bocat. Opps .. lain macam jer bunyinyer. Ampun. Maknanye bocat memang laku sama ada bocat idup, serunding bocat atau bocat dalam bentuk kapsul. Oghang cina cukup suka makan bocat. Teman suke bocat goreng, tang ekor, rangup. Kaloler Pengasas kata okey, dah tentu MSK dengan kuasenye akan buat kilang menghasilkan kapsul bocat herba di kampung ini. Itu kalo MSK kuase, kalo dia tak kuase, abihler citer.
Teruk benor teman nengak mike ni. Jalanpun melelong, tegur Pengasas sebaik teman turun keter. Meh teman lumur pala mike dengan halia tumbuk. Bagi ilang angin tu. Ayornye minum. Balut pala ngan kain. Neghap ataih dango tu. Bior teman peghap halia ni ataih badan mike. Senang kentut. Dango satu lagi tu, Alfaberlian tengah siapkan makan tengah hari kome dengan omputih tu. Setengah jam lagi ilangler sakit pala mike tu. Kalo boleh tido, tidoler. Kalo deme sampai nanti, teman kejutkanler mike. Prett .. prettt … protttttt .. pott..pott. Ahhh .. lege bebenor.
Nun di tebing seberang kelihatan oghang kampung sedang mengangkut daun-daun rembia ke bawah dango untuk disemat jadi atap. Ghamei anak mude telah pulang ke kampung. Yang belum lagi ke kolumpo, tak mahu keghoje di kolumpo. Kalo pegi, cuma untuk jalan-jalan jer. Duduk di kampung tak banyak gune duit. Takde duitpun boleh idup. Ade yang ngikat daun pandan, ade yang nganyam mengkuang dan ade yang nganyam sarung ketupat. Kebiasaannye sebelum azan asar deme angkut yang dah siap tu ke jalan besor. Bubuh ataih lori. Semua urusan pemasaran dari Dusun Daun dikelolakan oleh Bumi Perak. Ada soghang JKKK yang membantu. Membantu sambil belajor tentang ilmu pemasaran daripada Bumi Perak. Bila deme dah cekap nanti, deme sendiriler yang buat.
Baru nak kelolo, dah lohor. Tak baik tido waktu lohor ni. Kat dango nyemat atappun dah tak nampak sesape. Time rehat. Dah boleh bangkit? Baringler dulu, badan mike tu baru nak kebah. Dah kentut banyak kali, badanpun ghase ringan. Ambik berat betui Pengasas pada sakit demam teman. Baik mike pegi makan dulu. Tak payahler nunggu omputih tu, nanti deme makan ngan Ncik Doan. Karang masuk angin lagi kalo mike lambat makan. Kan ker mike ada migraine. Iyeler ..
Baru teman nak pegi makan, nampakler Ncik Doan dan sebelas omputih tu sampai. Elok sangatler. Moh kite makan. Idang dah siap lama. Pengasas, jom makan same. Tak semua omputih makan. Deme kata penat. Nak rest kejap. Ikut suke kome ler. Bior dighase di Alfaberlian nunggu kome makan. Lambat kome makan, lambatler dia balik.
Bukak jer sangei, aduhhh. Mike nak bunuh teman ker chef. Ate, ngape?
salam.. bocat tu amendenyer. sejenis ikan ke?
ReplyDeleteSalam Kak Yong
ReplyDeleteBocat memang ikan, spesies haruan. Biasanya dalam tradisi Melayu, ibu yang dalam pantang diberi makan bocat. Dipercayai mempunyai khasiat mampu menyembuh luka dalam badan.
Wallahualam
ws, mekasih. pagi tadi tanya mak, bocat tu apa.. la ikan haruan rupernyer.. teman ni name jer org perak.. tp banyak lagi bahsa perak yang tak pernah dengo.. betui tu ikan haruan memang baik utk sembuhkan luka dalaman.. teman masa dlm pantang pun makan haruan juger
ReplyDelete