Pada pagi Selasa 27/1/09 teman dijemput oleh MSK menghadiri satu mesyuarat/perjumpaan di KK. Teman diminta menerajui CERIA. Hilang seketika ceria teman dengan CERIA. Tetapi dalam hati, teman cuba gagahkan juga untuk merealisasikan CERIA. Dalam pada itu juga teman diminta membantu menjayakan Majlis Jamuan Khas Negeri yang melibatkan institusi istana. Nak mengelak, mereka kata kami akan bantu. Teman memang tidak yakin teman boleh jayakan misi ini kerana waktu kerja teman ialah pada waktu opis telah tutup iaitu selepas asar hingga sebelum subuh.
Teman terpaksa tinggalkan mesyuarat yang belum selesai kerana pukul tiga hingga asar teman mesti berada di rutin harian teman. Dari KK ke Parit kemudian ke Bota. Tengah malam sampai ke rumah. Itu perkara biasa. Alhamdulillah. Lebih 10 tahun teman berkeadaan begini.
Sebelum pulang ke rumah pada tengah malam itu, teman dimaklumkan bahawa dua exco PKR tidak dapat dihubungi sejak YB Nasarudin mengumumkan masuk PKR. Macam-macam difikirkan kenapa mereka jadi begini. Ini bukan pertama kali, tetapi banyak kali. Pegang jer jawatan exco, tetapi belum ada satu program yang dibentangkan kepada negeri walaupun telah makan gaji exco hampir setahun. Dengar cerita YB Jamal beli Mercedes .. tak mainler Camry.
YB Jamal. Mike kenal teman, teman kenal mike. Kita telah dipertemukan sejak tertubuhnya PKR di Perak. Mike dulu posmen kemudian jadi sales man jual barangan makmal di sekolah. Kemudian mike dapat kontrak kantin sekolah. Kita juga pernah sama-sama tengak bola di Stadium Perak. Rugi teman tengak bola dengan mike. Mike lehe berlabun jer. Sedor-sedor udah gol. Mike citer pasai parti, mike citer apa yang DSAI citer pada mike. Mike kata DSAI kata Selangor dan Pulau Pinang dapat kat BA. Perak 50-50. Terengganu payah nak dapat. Kalo mike baca apa yang teman tulih, mike akan ingat teman. Itupun kalo ingatan mike kuat.
YB Jamal. Mike pernah dilantik sebagai Pengurus Bola Perak. Tetapi mike letak jawatan dua tiga hari kemudian kerana nak menumpu pada tugas Exco Pertanian. Frust teman tak merasa tiket free tengak bola. Sebelum ini masa Dato’ Zaim jadi Timbalan PFA, dapat juga teman merasa beberapa kali tiket free RM0.00. Elok bebenor ler niat mike nak tumpu pada pertanian.
Tapi hingga ke hari ni apahpun tak mandang. Kalo mike bijak pandai, tentu mike tahu bahawa melalui aktiviti pertanian, masyarakat kampung dapat didekatkan dengan PR Perak. Melalui pertanian juga masyarakat kampung dapat dijauhkan daripada UMNO. Dan sekarang mike lagi power sebab udah jadi Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Perak. Mike udah dapat dos tambahan bagi menjayakan misi pertanian mike. Takde sape lagi boleh ngocah. Tut-tut dua tiga hari ni YB Jamal dan sorang lagi sahabatnya tidak dapat dihubungi sebab berada jauh dalam hutan. Takde line. Mungkin tengah meninjau hutan mana yang boleh dijadikan kawasan pertanian dan pelancongan bertaraf dunia.
Pagi tadi 28/1/09 gelisah teman hilang. Hilang gelisah kerana YB Nasarudin telah dibawa berjumpa Menteri Besar. Semua exco ada kecuali yang dua itu. Pedulikan dua exco itu. Sekarang mereka udah tak laku. UMNOpun udah tak sior pada deme. Kalo dulu memang deme tu bernilai berjuta-juta. Tapi hari ni deme berdua tu sesenpun tak laku pada UMNO. Sebab kalo deme dua orang masuk UMNOpun, UMNO masih tak boleh merintah. Lebih perit lagi kalo Lintang ikut jejak Bota. Dua exco itu lantakler nak pegi mana. Bior deme makan gaji buta yang tak dihalalkan oleh rakyat. Kalo deme buat keje, baru halal.
Dalam lega, sedih juga. Dalam pertemuan YB Nasarudin dengan MB tadi, Hj. Usaili tidak dijemput atau dimaklumkan walaupun beliau ketika itu sedang berada di Ipoh. PKR negeri seolah-olah meminggirkan beliau. Beliau yang terlibat secara langsung melorongkan laluan lawannya ke dalam PKR dipandang sepi oleh pimpinan PKR negeri. Jawatannya sebagai ahli MPT dan Ketua Bahagian Parit telah tidak dihormati. Beliau terkilan. Katanya, “Saya hanya ingatkan DSAI sahaja. Kalau bukan DSAI, saya mungkin telah hilang semangat. Tapi Alhamdulillah, Allah kuatkan semangat saya”.
Udah panjang berjela …
Ingat Allah ingat Rakyat, yg khianat tu kite kumop dan jeguihkan deme dlm PRU nanti
ReplyDeleteSalam Mamamat dan salam semua,
ReplyDeleteNampaknya, bertambah berat tugas KAMAR.
Tahniah kerana memimpin CERIA.
Salam Mamamat..
ReplyDeleteSelain dari tugas memimpin ceria tugas memperingati pemimpin itu lah tugas yang sangat besar agar mereka tak lupa yang depa tu makan gaji duit rakyat, tugas ni pemimpin semua marah...tapi kita kena buat juga...
alhamdulillah. mungkin depa kecik hati maklumlah depa pun teringin nak jadi orang kaya baru macam orang kaya baru bota
ReplyDeleteSalam ziarah
ReplyDeleteTeman pernah hantor e-mail kepada Exco pertanian haram berjawab.Bukan nak mintak bantuan cuma mengadu aje.
ReplyDeleteSalam semua dan tima kasih kerana singgah di dango teman.
ReplyDeletePaparan teman tentang dua exco sebelum ini begitu berhati2. Teman hanya sentuh secara berlapik. Tetapi tindakan mereka mendiam dan menyembunyikan diri hingga MBpun tak tahu di mana mereka berada telah mengundang banyak persoalan. Tidak sepatutnya kita letih memikirkan mereka. Sepatutnya kita letih memikirkan program pembangunan ekonomi untuk rakyat.
Itu yang teman geram sangat. Bila letih macam2 teman boleh tulis.