Wednesday, January 21, 2009

Lanjutan Citer Pak Hj. Nawi & Ciberboron ..

Ini sungutan benar, sungutan seorang ketua kampung di Daerah Perak Tengah. Beliau telah cuba bincangkan secara lisan dengan Penyelia DUN di simpang jalan. Tapi Penyelia DUN buat tak kisah. Penyelia DUN sering berjanji sila datang dan jumpa di pejabatnya, tetapi bila datang waktu pejabat, pejabat tutup. Tidak ada ketetapan jadual bertugas. Jikalau bukapun, diberitahu bahawa Penyelia DUN di Indonesia, di merata-rata, tidak ada dalam daerah. Dua minggu lagi baru balik.

Muncullah satu jawatan baru, jawatan Penyelia Ketua Kampung. Ketua Kampung mesti dengar cakap Penyelia Ketua Kampung. Penyelia Ketua Kampung ditugaskan oleh parti untuk menguruskan Ketua Kampung. Pening kepala Ketua Kampung, mana satu yang nak diturut. Bertambah pening apabila tidak ada pelarasan penyeliaan oleh Penyelia DUN, Penghulu atau Penyelia Ketua Kampung lantikan parti ini. Penyelia Ketua Kampung sering mengatakan bahawa ini arahan MB. Apabila dirujuk kepada Penyelia DUNnya, Penyelia DUN tidak tahu sebab jarang berada dalam negara. Apabila dirujuk kepada Penyelia DUN lain, "Saya tak tahu. Tiada pula MB cakap macam tu". Tanya Penghulu, lagilah dia tak tahu.

Pernah seorang Ketua Kampung meminta ditunjukkan watikah perlantikan sebagai Penyelia Ketua Kampung untuk membuktikan bahawa dia adalah wakil MB. Tergagap dia, tapi masih mampu menjawab. "Kalau ada watikah, negeri kena bagi elaun pada aku. Kome ni dilantik ketua kampung oleh parti. Aku pula diamanahkan oleh MB jaga kome".

Masalahnya ialah Ketua Kampung hanya dijadikan yes man, tidak boleh mendahului cakap Penyelia Ketua Kampung. Semua Ketua Kampung akan dibekalkan laptop ngan printer sorang satu. Ada ketua kampung tanya, beli ni guna duit mana. Guna duit peruntukan negeri lebih kurang RM3k bagi setiap JKKK. Ketua kampung tanya lagi, tak bolehker duit ini beli yang lain dulu. Buat sementara waktu ni anak-anak kami ada laptop, kami boleh tumpang guna. Lagipun bukan selalu nak guna. Nak bukakpun kami tak gheti.

Tak bolehker RM3k ni kita beli meja pingpong. Taruk dalam dewan atau bawah surau. Boleh jugaler bebudak muda kita main. Takdeler deme lepak tak tentu pasai. Kat dinding kita tampal dan gantung poster2 dakwah. Sambil main deme boleh baca. Bila masuk waktu, semua pakat sembahyang. Tak payah disuruh sebab kalo disuruh deme tak sior. Bila deme nengok kite sembahyang, insya Allah deme akan ikut jemaah sama.

Kalau ada peruntukan lebih, boleh beli mesin jahit atau dapur moden untuk golongan wanita. Deme boleh belajar menjahit dan memasak. Kalau semua udah pandai, bior jer deme menjahit dan memasak di dewan atau bawah surau. Ada jugaler aktiviti untuk oghang pompuan. Sekali sekala kita pasang kaset dakwah agama jer. Setengah jam jadiler. Sama ada deme nak dengor ker idak, lantak demeler. Janji deme seronok ke dewan.

"Oooo .. itu tak boleh. Itu cara UMNO. Kita kena bezakan kita dengan UMNO", kata Penyelia Ketua Kampung.

Oleh kerana ketua-ketua kampung di Daerah Perak Tengah ni sayang kepada kerajaan PR Perak, maka mereka mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Ketua-Ketua Kampung Parlimen Parit. Lantik jawatankuasa. Lantik pengerusi di kalangan mereka. Ketua-ketua kampung mahu bebas berbincang sesama mereka tentang tugas mereka sebagai ketua kampung. Mereka mahu bezakan tugas pentadbiran dengan tugas parti, sebab sebahagian besar ketua kampung adalah juga ketua cawangan PAS atau PKR. Dalam kampung, mereka adalah ketua kepada anak-anak buah tak kiraler anak buah parti kerajaan ker parti pembangkang. Tetapi Penyelia Ketua Kampung tetap berkata, "Jawatan aku lagi besar daripada Pengerusi Persatuan Ketua Kampung. Parti yang lantik kome jadi Ketua Kampung. Kena dengar cakap aku. Aku lebih tahu daripada kome. MB kalau nak buat apa-apa, dia akan SMS kat aku".

Ketua Kampung tu menambah, "Kalau macam iniler gayernye, baik tak payah lantik ketua kampung. Sepanjang 9 bulan aku jadi ketua kampung, tugas utama aku hanya bawak orang miskin pergi dewan, pergi pusat khidmat ambil hamper. Tak bolehker hamper bagi kat aku, bior aku yang bagi teruih pada yang miskin tu. Ini idak, ketua kampung jadi macam barua deme pula".

Cukup .. cukup.

5 comments:

  1. selain dari tugas jadi 'barua', tugas ketua kampung ialah 'main telor' sendiri sebab tak tahu nak buat kerja lain..nak berblog,tak de sapa yg buleh ajar,takut cukup 3 tahun..jadi goblok..adusss! ketua kampung ku!

    ReplyDelete
  2. Mamamat...
    Minta izin aku nak copy masuk dalam blog aku.. bagiuh buat semua ketua kampong baca...

    ReplyDelete
  3. hmm.. betui ke ade post Penyelia Ketua Kampung? Lantikan daripada parti tu merujuk parti mane? teman ni tak berapa faham akan struktur pengurusan ketua kampung.. agaknya kat mane teman boleh rujuk untuk faham tugas & hiraki ketua kampung ni?

    ReplyDelete
  4. Walau pun cerite ni di Daerah Perak Tengah, tak mungkin mukim aku… setakat ni nampak teratur dan bergerak…duit elaun mesyuarat JKKK dan elaun S/U akhirnya dah dapat minggu ni…… buku panduan JKKK rasenye belum dapat lagi ? Yang ada buku panduan JKKKP. Harap Kerajaan Negeri adakan kursus untuk Ketua-ketua Kampung dan edarkan buku panduan tersebut. Kemudian Ketua-ketua turun ikmu tu ke JKKK…

    Sudi le singgah di PKM N39

    ReplyDelete
  5. Penyelia Ketua Kampung mesti Tn Hj Zahid Hamidi yang lantik. Esok nak mintak biasiswa, mintak kat Penyelia le. Rasa macam duduk di Tebing Barat Jordan aje..

    ReplyDelete