Friday, January 16, 2009

Batu Hadhari @ Batu Bersurat Terengganu?

Esok hari Sabtu hari pengundian PRK KT, juga hari penentuan. Penentuan hidup mati UMNO Baru. Mungkin UMNO boleh hidup untuk tempoh beberapa bulan lagi atau mungkin terus mati keesokan harinya iaitu pada hari Ahad 18 Januari 2009. Sekiranya UMNO menang, PR akan kecewa untuk beberapa hari merawat dan berehat keletihan sebelum memulakan kembali langkah gagah perkasa memenangi PRU 13. UMNO pula akan bertempik sorak bergempita seluruh alam sehingga Mac 2009. UMNO mesti menang esok supaya UMNO boleh terus hidup memerintah dan mengurus rasuah yang belum selesai di bumi Malaysia ini.

Tetapi jikalau UMNO kalah, PAS pula menang, PR akan menapak kukuh ke Putrajaya selewat-lewatnya pada PRU 13. Silap haribulan, awal lagi PR ke Putrajaya. Manakala pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, UMNO bolehlah memulangkan Batu Bersurat Terengganu kembali ke Terengganu. Pikul dan bawalah Batu Hadhari dari Terengganu pulang ke kediaman rasmi PM Lah di Putrajaya. Kalau batu ini berat dan menyusahkan, letup dan musnahkan dengan C4 di Pekan. Batu Hadhari bukanlah tandingan kepada Batu Bersurat Terengganu. Batu Bersurat Terengganu adalah bukti yang agama Islam telah menjadi pegangan rakyat Terengganu selewat-lewatnya pada tahun 1303, iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Tetapi sayangnya negeri pertama yang rakyatnya beragama Islam di Malaysia ini telah dinodai oleh kedatangan Islam Hadhari. Cukuplah lima tahun Islam Hadhari dicuba dan diguna pakai di Terengganu. Cukuplah juga lima tahun Batu Bersurat bersejarah ini dipinggirkan. Nasib baik Batu Bersurat ini belum diC4kan. Batu Bersurat Terengganu adalah kebanggaan khas rakyat Islam Terengganu yang tidak ada pada negeri-negeri lain di Malaysia ini. Batu Bersurat ini seolah-olah memberitahu kita bahawa Terengganulah yang memainkan peranan penting memimpin kesucian dan memelihara keagungan agama Islam di negara ini.

Jikalau UMNO diumumkan kalah malam esok, perebutan jawatan UMNO pada Mac 2009 tidak ada makna lagi. Malam ini adalah malam terakhir perwakilan meminta ‘sedekah’ daripada calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi UMNO. Jangan berkira sangat, nanti tak sempat merasa. Ambil sahaja baki yang masih ada. Pusing-pusing hotel sapu keliling dan perkenalkan diri sebagai perwakilan Mac 2009 sebelum pulang. Biar pulangnya nanti, pulang bergaya balik daripada pilihanraya sebelum menjadi hantu raya.

Sebaik sahaja UMNO kalah malam esok, tiada siapa lagi pemimpin UMNO yang berminat bertanding dan memberi ‘sedekah’ kepada perwakilan. Mungkin TPM Tuyapun tidak mahu menerima kemenangan percumanya sebagai Presiden UMNO. Atau mungkin tidak ada sesiapa lagi yang mahu mengaku sebagai ketua cawangan atau ketua bahagian UMNO. Mereka malu dikenali sebagai spesies UMNO.

Namun begitu, jauh di sudut hati ini terfikir, bagaimana pula kesudahannya jika yang menang itu adalah Lambang Buku?

Kepada semua pengundi dan petugas di P36 Kuala Terengganu, selamat mengundi dan bertugas. Semoga Allah melindungi dan merahmati kalian. Doa dan harapan saya, semoga keputusan PRK ini akan berjaya menambahlumpuhkan UMNO.


1 comment:

  1. Jangan le kutuk budak Ezam tu, dia memang suke nyimpan khotah,kotak, pape lagilah yang ada tulisan rumi. Dia ingat kut bende2 tu makin lame makin tinggi nilai, boleh buat ibu duit, tu sebab die simpan. Lagi satu die tak tau nak anto kat tempat kitar semula, kome caghikan alamat ghomah Cine Sulat kaba lame,bagi pade die. Sian die...codek2 bingung tu, jangan buli OKU cam tu tak baik, Tuhan tak gemo.

    ReplyDelete