Saturday, January 23, 2010

Zulkifli Nordin sekutu Hassan Ali?

Hah, ape udah jadi weh? Lepaih satu, satu. Tahniah kepada Dr. Hassan Ali kerane tidak berseorangan berhadapan dengan Khalid Samad. Tahniah juge kepade Zulkifli Nordin kerane membuat laporan polis perihal Khalid Samad. Dua lawan satu mane aci weh.

Hassan Ali udah tak mampu bersuara lawan Khalid Samad. Mungkin Hassan Ali harapkan Sultan Selangor murkakan Khalid Samad. Tapi menurut Khalid, Sultan Selangor begitu terbuka dengan hanye menitahkan Khalid membuat cadangan secara bertulis akan rombakan enakmen berkaitan bukan Islam kepade MAIS. MAIS dipengerusikan sendiri oleh Sultan Selangor. Rupa2nye Sultan Selangor tidak murka. Frust sungguh Hassan Ali.

Sejak isu antara Hassan Ali dan Khalid Samad dibawa ke Jawatankuasa Disiplin PAS, tidak ade mane2 pimpinan utama PAS yang berani memberikan sokongan terbuka kepade mereka. JIka kite membace di media2 alternatif, ternyata penyokong PR menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid Samad. Manakala Hassan Ali pula hanye disokong melalui kenyataan oleh penyokong2 UMNO yang masih mengharapkan UG direalisasikan

Ketika Sultan Selangor baru sampei dari Johor kerana menziarahi al-marhum Sultan Johor, tut2 Zulkifli Nordin dari PKR pulak buat hal. Zulkifli membuat repot polis akan perilaku Khalid Samad dalam isu kalimah Allah. Zulkifli begitu geram kerana merasakan bahawa Khalid telah ‘menghina’ Sultan Selangor. Maknenye Zulkifli Nordin telah secara rasmi menyatakan rasa tidak puashatinya kepada Sultan Selangor yang tidak menghukum Khalid Samad. Mungkin tidak keterlaluan jikalau dikatakan bahawa tindakan Zulkifli membuat repot polis telah dengan rasminye menunjukkan penderhakaan terbuka Zulkifli Nordin kepada Sultan Selangor.

Kepada Zulkifli Nordin, elokler mike istiharkan bahawa mike sekarang udah sokong UMNO. Kalo mike masuk UMNO, nasihat mike tentang Islam akan diterima dengan mudah oleh UMNO. Dengan kuasa yang ade pade UMNO, segale kehendak mike tentang Islam akan dijadikan undang2. Takker gitu Zul?

Kepade PKR, tak payahler simpan lagi Zulkifli ni dalam PKR. Zulkifli ni bukan sajer menyusahkan PKR, tetapi mendatangkan liabiliti kepada mase depan politik PR. Penyokong PR tidak akan keluar mengundi jikalau PKR masih ‘sayangkan’ Zulkifli Nordin. Senang citer, teman tak akan keluor mengundi jikalau Zulkifli dan Hassan Ali masih diberi tempat sebagai YB dalam keluarga PR. PR Kuala Kangsar akan hilang satu undi. DUN Manongpun akan hilang satu undi. Itu belum lagi campur dengan suku sakat teman yang dekat beratuih di pelbagai DUN...

Kepada PAS pulak. Komepun satu. Keputusan sape yang betui antare Hassan Ali dengan Khalid Samad nyemedang jer tangguh. Apabila mahkamah tangguh keputusan sape MB Perak, kome marah. Kome heret rakyat supaye same2 marahkan mahkamah. Bile kene pade hidung kome, kome buat soh jer. Takkan kome tak tahu, semakin lambat kome buat keputusan, semakin bertambahler bilangan penyokong kome termasuk teman yang tak akan keluor mengundi. Nak keme ngundi UMNO, jangan harap. Nak keme ngundi kome, keme dapat letih jer.

Lantakler sesapepun jadi pemerintah ..



4 comments:

  1. Sebenornya deme tak tahu nak kuor hukum camne sebab tuduhannye pun udah mengarut. Adeke saje nak kenekan sekali Khalid Samad, sebab tu buat tuduhan gitu? Tuduhan penting bukak rahsia kat blogger ameno takde citer. Nampak sangat sebab nak selamatkan Nasa. Entah ape stendet deme pake. Apehe?

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Bab2 politik tikam belakang, musuh dlm selimut ni teman paling tak gemor. Nyakitkan ati je dua org tu..Zulkifli ni mcm bekas org kedua Penang dulu yg udah keluor PKR tu. Patut ketih buang je..

    ReplyDelete
  3. Salam!
    Hai! Ada jugak org nak jadi hero Tamil dan hero Melayu bila berdegor2 cakap Islam. Kalau ikhlas berjuang atas nama Islam, lupakan soal pengorbanan yg telah kita lakukan. Dlm Agama Islam, tidak ada istilah heroship,(Laa Rijaalu Diina fi Islam). Lagi satu, kalau tak faham Tauhid Uluhiyyah dan Rubbubiyah eloklah kita diamkan diri dari kita buat kecoh2 menggamatkan suasana seperti dalam Surah AlAhzab:14. Pendekata, org yg suka main isu, terikut2 dgn isu dan suka manipulate isu kan sifat2 munafik!Oops dah mengerepak.. Wallahualam bisawab

    ReplyDelete
  4. isykkk..pening le teman dengan orang politik ni....bior le deme...ase teman buat korje teman baik-baik udah...

    ReplyDelete