Wednesday, January 6, 2010

PR melatah, UMNO meratah

Teman tak ingat tahun bile. Tapi akhir 80an ler. Tarikh dan haribulannye lagiler teman tak ingat. Mase tu teman baghu masuk u. Tengah semangat wehh. Senior ajak masuk kelasnye. Ade satu seminar politik yang tetamunye ialah Dato’ Goh Cheng Teik. Goh Cheng Teik ni kalo tak salah teman, peghonah jadi menteri zaman Madey.

Suasana politik Pulau Pinang masa tu memperlihatkan sokongan pengundi Cina kepada DAP. Lim Kit Siang yang sinonim dengan Projek Tanjung 2nye amat merisaukan BN.

Teman masih ingat salah satu soalan oleh pelajar. Bukan daghi teman. Teman malu nak tanye. Walaupun mate teman nengak anak daghe, tinge teman tetap dengor. Zaman bujang weh. Sambil belajor, tetap juge ngelenyor.

“Dato’ teman nak tanye satu soalan. Dato’ kene jawab secara jujur. Sejak merdeka hinggeler haghi ini, mesti ade menteri di kementerian perpaduan. Rakyat Malaysia ni belum bersatupadu ker Dato’? Selagi ade kementerian perpaduan, bermakna selagi ituler kerajaan masih gagal menyatukan rakyat yang berbilang kaum ini. Macam mane nak bersatu padu. UMNO dengan Melayunye, MCA dengan Cinanye dan MIC dengan Indianye. Dato’ pulak walaupun Gerakan, tetap mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang mesti Cina. Ape heinye kerajaan jadi macam ini? Teman mintak sesangat supaya Dato’ jawab dengan jujur”, soal soghang pelajar tahun akhir.

“Sebelum teman jawab, teman peringatkan bahawa seminar ini adaler seminar tertutup untuk pelajar sajer. Segala ape yang dibincangkan di sini tidak boleh disiarkan dalam akhbar mahupun dalam berita kampus. Ini labun sesame kite jer”, Dato’ Goh memulakan mukaddimah.

“Antara mende yang keme labun di mesyuarat kabinet ialah macam mane untuk memastikan keme teruih berkuase dan teruih kekal menjadi kerajaan. Rakyat jatuh nombor due, tiga dan seteruihnye. Nombor satu ialah macam mane nak kekalkan keme sebagai pemegang kuasa”.

“DAP berjaya mendapatkan sokongan daripada pengundi Cina. Banyak kerusi MCA dan Gerakan dapat kepada DAP. Nasib baik UMNO menang besar di Pulau Pinang. Kalo takde UMNO, BN tak boleh kekal memerintah Pulau Pinang. Begitu juge dengan di Melaka dan Negeri Sembilan. Orang Cina amat menghormati Chen Man Hin dan Lim Kit Siang. BN takde pilihan selain melakukan apa sajer cara untuk memburukkan DAP dan pembangkang. Caranye ialah memainkan isu perkauman. Isu perkauman adaler isu yang paling relevan di Malaysia sejak merdeka hinggaler sekarang”.

“Pemuda UMNO melalui Anwar Ibrahim mengungkit isu Bukit Cina di Melaka. Anwar Ibrahim juge mempertikaikan jawatan guru besar di sekolah Cina. Isu ini dibiarkan berlarutan hampir tiga bulan. Kepada orang Melayu, Anwar dan UMNO adalah hero dan pejuang orang2 Melayu. Orang2 Cina gelisah dan marah kepada Anwar dan UMNO. Selama tiga bulan hanye pemimpin UMNO yang bercakap tentang isu ini. Pemimpin BN bukan UMNO soh dulu. DAP terpingga2 dengan isu ini”.

“Tiga bulan kemudian, pemimpin MCA dan Gerakan mula bersuara. Pemimpin2 BN ini macam bergaduh. Setiap hari media menyiarkan isu yang keme mainkan ini. Untuk bagi lebih real, UMNO mintak sultan tarik balik gelaran Dato’ kepada sesiapa yang berani mempertikaikan status Melayu”.

“Kesudahannye, dalam PRU selepaih itu, orang Melayu terus mengundi UMNO. UMNO dianggap hero dan pejuang Melayu yang sebenar. Orang Cina kembali mengundi MCA dan Gerakan kerana hanye pemimpin MCA dan Gerakan sahaja yang berani melawan UMNO. DAP dan pembangkang lain tidak ade isu. Projek Tanjung 2 gagal. DAP dan PAS tidak mampu menjadi hero dalam isu yang keme rancangkan ini”.

"Bukit Cina masih kekal dengan namanye. Guru Besar sekolah Cina masih kekal untuk orang Cina".

Itu dulu.

Sekarang isu penggunaan nama Allah di Herald. Tujuannye same. UMNO mesti dilihat sebagai hero yang memperjuangkan Islam. PAS tersepit kerana isu agama digunakan. PKR serba salah walaupun tahu ini hanyeler mainan UMNO. DAP tak tahu nak kate ape. Kalo kate lebih2, PAS pulak marah. Teman cuma nak kate satu jer, kalo kome pimpinan PR mudah melatah, mudahler UMNO meratah kome.

Kome tepukler dada dan tanye selera ...

1 comment:

  1. Salam!
    Biler nyebut jer PR, bukannya sesikit peghange umat yg nak disogheh2kan! Kite pun tak dpt nak ngagak, yg pastinya ataeh pagar mmg ghamei bebenor. Name pun ateh pagor, mun dah melatah agak2 ler kemane ler ghaler nak terteghap! Kadang2 belah sana, kadang2 belah sini, tapi yang pastinya org yg bergerak lama macam teman, biorler macamana salahnya PR, namun nak tukor kiblat ke UMNO idak sekali2 ler! Kot2 ada terple`ot, gamak2nya ada ler pangku nak dikejornya!

    ReplyDelete