Sunday, January 31, 2010

Tanah ooo tanah ...

45 tahun yang lalu

Emak dan ayah teman bercerai. Teman diberikan kepade satu keluarge. Berpisahler teman dengan kakak dan adik. Teman teghoyak dan meghaung sebaik ditinggeikan. Maklumler itu pertame kali teman nengak ghupe deme. Ghupe keluarge baghu teman. Teman masih ingat waktu itu walaupun teman masih bebudak tiga tahun..

25 tahun yang lalu

“Mat, bila kamu ade lapang? Kalo takde lapang, ambikler cuti. Moh bawak aku ke Kuale, ke pejabat tanah. Aku nak tukorkan name tanah tu pade name kamu”, kate arwah atuk setiap kali teman datang jenguk dia. Datangpun malam2 jer. Kalo datang tido, tungguler malam Ahad.

“Tengah aku ade lagi ni, mohler tuko name. Esok kalo aku udah takde, kamu apahpun tak dapat”, sambung atuk lagi.

“Tapi tok, ape kate Acik dan Mak Yong nanti. Bagiler deme tanah tu. Deme tu anak atuk. Demepun ade anak”, teman cuba menolak.

“Bagian deme udah aku siapkan. Kalo aku mati, deme boleh ambik kuase tuko name. Tapi kamu takkan dapat ape2”.

“Nantiler tok”.

20 tahun yang lalu

Arwah atuk masuk wad. Atuk kene strok. Tetiap petang abih kojer teman mengulang atuk di wad. Arwah opahler yang menjage dan menunggu atuk di hospital. Seminggu atuk dalam wad.

“Mat, moh bawak aku ke pejabat tanah. Moh tuko name. Aku ghase tak lame lagi aku jatuh hukum”, rayu atuk setelah sembuh.

“Haah Mat, mohler tuko name. Kalo kamu takde duit, pakei duit opah”, sampuk opah.

“Acik setujuker?”

19 tahun yang lalu

Atuk jatuh sakit. Nak kayopun kene kempong.

“Mat, moh ke kuale”.

Teman papah atuk masuk keter. Opahpun pegi same. Alhamdulillah, dapat parking betui2 sebelah pejabat tanah.

“Atuk tunggu dulu. Bior Mat tanye kerani macam mane nak tukor name”.

Atuk dan opah angguk.

Macam2 borang teman kene isi. Kemudian menapak jalan kaki ke pejabat pos beli setem hasil. Kemudian pegi fotostat borang yang telah diisi dan dilekatkan setem hasil. Sejam kemudian, teman disuruh masuk jumpa ADO Tanah.

“Mane tuan tanah ni?”, tanye ADO.

“Ade dalam keter, tak laghat jalan.”, jawab teman.

“Moh bawak teman jumpe deme”, ajak ADO tersebut.

ADO dan kerani masuk dalam keter. Keter tak pasang aircond. Atuk dan opah tak tahan aircond. Nasib baik dapat parking ghedup. Teman terpacak berdighi di luor keter

“Pak Cik, betuiker Pak Cik nak bagi tanah ni pade Mat?”, tanye ADO pade atuk teman.

“Udah lame aku nak bagi dia. Bertahun aku sughuh dia bawak aku ke sini. Baghu aghi ni dia bawak aku”.

“Anak2 Pak Cik tahu ker?”

“Keme udah khabo pade deme yang keme nak bagi Mat tanah tu. Deme ade bagian lain”, terang opah.

“Pak Cik sain sini”, tunjuk kerani sambil menyuakan pen kepade atuk.

“Dalam tempoh dua bulan keme akan anto sughat pade Encik Mat untuk datang ambik geran”, kate ADO pade teman.

Atuk dan opah senyum. Teman pulak tak gheti nak senyum. Sekelip mate sajer teman dapat tanah seluaih tige ekar.

Syukur teman kepade Allah. Allahuakbar.

Bersambung ...

Mun labunnn ...

1. Pada 8 Februari 2010 hari Isnin, MB DPulau akan memohon perkenan istana untuk membubarkan DUN Perak. Tidak mungkin ...

2. Pada 9 Februari 2010 hari Selasa, MB Nizar akan disahkan sebagai MB Perak oleh Mahkamah Persekutuan. Ada kemungkinan ...

3. Sebaik sahaja MB Nizar disahkan sebagai MB Perak, MB Nizar akan memohon mengadap bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN Perak.

4. Dalam tempoh menunggu perkenan istana, MB Nizar akan menjalankan tugasnya sebagai MB Perak.

5. Mungkin ... MB DPulau dan kumpulan exconya diarah supaya memulangkan semua wang negeri yang telah dibelanjakan di sepanjang setahun pentadbiran mereka.

6. Mungkin ... Semua ahli majlis dan ketua kampung UMNO dikehendaki memulangkan semua elaun sumber wang negeri yang telah diterima oleh mereka.

7. Mungkin ... Segala projek-projek pembangunan yang diluluskan oleh MB DPulau akan dibatalkan. Dan kontraktor yang terlibat dikehendaki membayar gantirugi kepada kerajaan yang sah.

8. Mungkin ... Ahli-ahli majlis dan JKKK PR akan menerima tunggakan elaun selama setahun.

9. Speaker V. Sivakumar akan kembali berfungsi sebagai Speaker DUN Perak.

10. Hukuman gantung hadir Sidang DUN selama 18 bulan ke atas MB DPulau hanya akan berakhir pada Ogos 2010.

11. Rasa-rasanya dalam Sidang DUN di Heritage, dewan telah bersetuju menjatuhkan hukuman denda ratusan ribu RM atau penjara ke atas Ganesan, Hamidah dan MB DPulau.

12. Sekiranya DUN Perak bersidang pada April 2010, tiga ADUN lompat tidak dibenarkan memasuki dewan. Ini bermakna UMNO kekurangan 4 ADUN untuk mmbuat usul undi tidak percaya kepada MB Nizar.

13. UMNO akan bermasalah jikalau DUN Perak lambat diperkenankan pembubarannya.

14. Tetapi ... jikalau MB DPulau yang disahkan sebagai MB Perak, UMNO akan ketawa girang. Maklumlah ada tiga tahun lagi untuk UMNO 1Perak mendahulukan rakyat ...

15. Dibimbangi ... Ekonomi Perak yang merudum sedikit sebanyak akan membantu menambah-sukarkan pemulihan ekonomi 1Malaysia kerana pelabur tidak lagi yakin dengan sistem demokrasi di Malaysia.

16. Tapi ... dalam usaha PR hendak melumpuhkan UMNO, timbul pula masalah iaitu, Khalid lawan Hassan, Zul Kulim lawan Khalid, Zahrain lawan Guan Eng dan esok lusa, entah siapa pula yang berlawan.

17. Nasib baik ada sedikit penawar untuk PR ... Kuli bersama pimpinan negeri dan rakyat Kelantan telah bersatu menuntut hak royalti petroleum untuk Kelantan.

Saturday, January 30, 2010

Kenyataan Khalid melembutkan hati teman ...

Memang teman kecewa kepada Jawatankuasa Disiplin PAS apabila mereka melayangkan Kad Merah kepada Khalid Samad. Manakala Dr. Hassan Ali pula hanya sekadar menerima Kad Kuning. Dalam geram beremosi, teman bertekad tidak akan keluar membantu kempen untuk memenangkan PAS/PR. Teman juga bercadang tidak akan keluar mengundi. Bahkan akan berusaha mempengaruhi rakan taulan dan sanak saudara supaya tidak membuang masa berkempen untuk PAS. Biar UMNO menang mudah. Biar padan muka teman.

Tetapi setelah jiwa tenang dan meneliti satu persatu kenyataan balas Khalid Samad mengenai hukuman yang diterimanya, hati teman kembali damai. Khalid Samad begitu tenang dan sentiasa rasional dalam tindak tanduknya. Kewibawaan Khalid Samad sebagai pemimpin utama PAS/PR pada masa akan datang begitu terserlah melalui kenyataan segeranya. Kenyataan ini sedikit sebanyak telah berjaya menyelamatkan PAS daripada dipulau dan seterusnya mampu menjadi penawar kepada ‘hilang rasa hormat’ kami yang mengundi PAS kepada PAS.

Perhati dan fahami kenyataan Khalid,

1. Tindakan Dato PJ (Dr. Hassan Ali) selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor.

2. Beliau (Dr. Hassan Ali) tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi.

3. Ya betul, jawatan saya digantung tetapi itu tidak sepenting mendapat kata dua berhubung sikap dan tindakan Dato PJ (Dr. Hassan Ali) selama ini.

4. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan ‘tauke’ kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini ‘tauke’ (Dr. Hassan Ali) pun kena juga.

5. Risikonya diketahui dan saya mengambil risiko tersebut kerana ada peluang yang baik untuk mencapai hasil.

6. Risiko diambil dengan penuh sedar. Kesan datang melanda kita terima kerana memang telah dijangka. Namun hasilnya turut diraih.

7. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali melakukan apa yang pasti sukar diterima parti.

8. Ada pula yang bertanya, adakah saya akan merayu? Saya masih belum lagi memutuskannya. Mungkin tidak.

9. Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR.

10. Lagipun, seperti yang telah saya nyatakan, jawatan itu tidak penting.

11. Hendak merayu buat apa?

12. Bersama kita terus asak UMNO sehingga mereka tersungkur. Itu prioriti kita yang perlu dilakukan tanpa adanya kenyataan-kenyataan yang akhirnya akan menyulitkan diri kita sendiri.

Wallahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Secara bersahaja Khalid Samad dengan sinis mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Dr. Hassan Ali adalah telah tidak direstui oleh PAS. Hukuman itu membawa maksud supaya Dr. Hassan Ali meletakkan jawatannya sebagai PJ PAS Selangor.

Tak ker gitu maksudnye kan .. kan?



Friday, January 29, 2010

Kad Merah ... Kad Kuning

Kad Merah .. gantung enam bulan

Kad Kuning .. sekadar amaran ... jangan buat lagi yer

Belum dapat kad lagi .. pengadil lembab

Apabila Khalid Samad dapat Kad Merah, temanpun teghase macam teman yang dapat kad merah. Jikalau berlaku PRU DUN Perak dalam tempoh enam bulan ini, awei2 teman umumkan yang teman tak akan mengundi. PAS akan hilang satu undi di DUN Manong. Alaa.. teman tak ngundipun, bukannye luak undi PAS. Satu undi jer. Aper nak kisah ... kan kan?

Sape pandei .. ape name pisang ini?

Tajnur .. syyyy

Thursday, January 28, 2010

Deghoyan meghah

Teman tak peghonah nampe deghoyan yang kala meghah. Tak tahuler teman macam mane ghasenye, sedap ker idak. Deme kate deghoyan jenih ni ade di Sabah jer. Mungkin ade sesape yang boleh ceghiter pasei deghoyan ni ...

Wednesday, January 27, 2010

Sape tak kenei ghupe bunge deghoyan?

Kaloler semue lekat, sekah dahannye yeop.
Adeker sesape di sini yang peghonah dengor atau pandei buat sayur tumih bunge deghoyan?

Tuesday, January 26, 2010

JK Disiplin PAS & PKR : Siapa Lembab, Siapa Pantas?

Jawatankuasa Disiplin PAS bolehlah dikatakan telah gagal menyelesaikan kemelut antara Hassan dan Khalid di Selangor. Jawatankuasa itu telah beberapa kali menangguhkan keputusan akan siapakah yang benar dan siapa yang salah. Ahli dan pengundi PAS telah lebih sebulan menunggu dan memerhati akan keberkesanan dan kewibawaan jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini telah menetapkan 29 Januari 2010 sebagai tarikh keputusan. Mungkin ditangguhkan lagi ke minggu hadapan... Jikalau ditangguh lagi, jawatankuasa ini seharusnya diberi nama baru iaitu Jawatankuasa Disiplin PAS Minggu Hadapan.

Penangguhan yang telah melewati tempoh satu bulan seolah-olah memberitahu kita bahawa Jawatankuasa Disiplin PAS sedang berdilema untuk memutuskan tindakan keras kepada salah seorang antara Hassan dan Khalid. Kami penyokong PR mahukan keputusan yang tegas dan telus. Kami tidak mahu keputusannya hanya dilayangkan ‘kad kuning’ sahaja. Kami mahu salah seorang diberikan ‘kad merah’.

Setelah Jawatankuasa Disiplin PAS gagal melaksanakan fungsinya dalam tempoh sebulan, rakannya iaitu Jawatankuasa Disiplin PKR pula akan diuji. Difahamkan bahawa Biro Politik PKR yang bermesyuarat hari ini akan menghantar laporan tentang salah laku Zul Kulim kepada Jawatankuasa Disiplin PKR dalam tempoh satu bulan. Persoalannya, kenapa tempoh menyiapkan laporan mengambil masa sebulan lamanya? Apakah menjadi satu kesalahan menghantar laporan salah laku dalam tempoh seminngu? Dan apakah serius kesalahan Jawatankuasa Disiplin, sekiranya mereka membuat keputusan dalam tempoh satu minggu?

Pemimpin-pemimpin politik PR harus bergerak pantas. Disamping petah menghujah isu dan menyanggah idea lapok UMNO, mereka mesti mampu bertindak segera menyelesaikan masalah dalaman. Jikalau isu Hassan-Khalid dan Zul Kulim gagal ditangani dalam tempoh yang singkat, apakah kami boleh mengharapkan PR menunaikan janjinya seperti yang terkandung dalam manifesto? Tentu jawapannya sukar...

Ketepikan Hassan Ali dalam pimpinan PAS pusat. Kirim segera Zul Kulim kepada UMNO dengan menggunakan Perkhidmatan Pos Laju. Jikalau PR lambat bertindak, bermakna UMNO berjaya menambahkan kekuatannya. Tetapi jika PR cepat bertindak, sokongan dan semangat kami untuk bekerja demi kemenangan PR akan segera pulih.

Biarlah PR hilang beberapa YB yang mendatangkan masalah kepada PR daripada meratap kemudian hari akan kemerosotan undi dalam pilihanraya. Ingat pepatah silam, ‘patah tumbuh hilang berganti’. Satu Hassan pergi, sepuluh Khalid akan datang. Sekiranya satu Khalid yang pergi, tinggallah satu Hassan tanpa waris. Untuk Zul Kulim, datangmu tidak diundang, pergimu tidak dihalang. Tawamu tidak lagi disambut tetapi dihamput. Oleh itu segeralah keluar PR sebelum kamu dihalau..

Untuk Zul Kulim, terima kasih kami atas sedikit jasamu kepada PR...