Udah lebih dua minggu teman tak menulih di sini. Teman copy paste jer tulisan MSK. Banyak ilmu MSK ni. Rugiler PR kalo tak paham2 lagi macam mane nak cengkolak UMNO masuk dalam muzium. PAS, DAP dan PKR usahler labun pasai PR selagi PAS dengan PASnya, DAP dengan DAPnya dan PKR dengan PKRnye. Teman tak berapa nampak yang kome tu bersatu dalam perjuangan rakyat. Yang kome buat ialah PAS mesti bantu lemahkan PKR. PKR mesti tambah lemahkan DAP. DAPpun sama.
Semasa musim kempen 2008, heboh dikatakan yang PR adalah satu pakatan yang menolak permainan perkauman ala UMNO/BN. Tetapi realitinya DAP masih dengan Cinanya dan PAS masih dengan Melayu Islamnya. PKR pula tersepit tak tentu arah. Nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak. Rakyat juge yang kena main. Udah puas kena main dengan UMNO, ler ni kena main dengan PR pulak. Udah nasib badan.
Ipoh masih tenang. Setiap hari ada dua keter peronda polis di depan Istana Kinta. Istana Kinta tengah renovate. Kediaman MB Perak siang malam lengang macam ada puaka. Bangunan UMNO sebelah Casuarina pula sentiasa meriah dengan bendera UMNO dan kenderaan yang parking melata. Seolah-olah ramainya tetamu Casuarina. Setiap hari UMNO mempunyai program di bangunan ini. UMNO sedang menyediakan kekuatan baru untuk terus kekal berkuasa di Perak. Wanita Melayu masih merupakan tunggak utama kekuatan UMNO. Kalo kome tak percaya, pegiler lepak sejam dua di Casuarina dengan mata memandang ke arah pintu masuk Bangunan UMNO. Daripada 10 yang keluar masuk, 7 adalah wanita. 3 jer jantan. Jantan lain udah menopause dengan UMNO.
H1N1pun mungkin akan dipolitikkan oleh UMNO jikalau dirasakan yang H1N1 boleh menguntungkan UMNO. UMNO sehingga ke hari ini (16 Ogos 2009) masih gagal menggunakan kuasanya untuk menangani virus Influenza A H1N1 yang telah membunuh 62 orang. UMNO seolah2 sedang menunggu tarikh yang sesuai untuk menguatkuasakan langkah drastik yang berkesan untuk menghalang merebaknya virus H1N1.
Hari ini juga diberitakan bahawa 20% atau 5 juta rakyat Malaysia berisiko untuk dijangkiti H1N1. Kita tidak pasti sama ada berita ini memang bersumberkan WHO ataupun UMNO. UMNO mungkin sengaja menunggu sehingga 100 nyawa disahkan mati akibat H1N1. Apabila rakyat semakin bimbang, di kala itu baruler UMNO mengumumkan pendekatannya. Jikalau pendekatannya amat berkesan, UMNO akan diangkat sebagai hero H1N1. Golongan wanita sedang mengandung akan lega dan selamat daripada H1N1. Kemudian wanita UMNO akan menjaja ke hulu ke hilir menceritakan kehebatan UMNO yang berjaya menamatkan wabak H1N1.
PR Perak masih lesu selesunya. PR Perak telah hilang tenaga untuk mendampingi rakyat. PR Perak menjaja dan mendesak DUN Perak dibubarkan. PR Perak tidak mengambil kesempatan bersemuka dengan rakyat kampung bercerita tentang mala petaka H1N1. Pimpinan PR tiga parti peringkat parlimen, kawasan atau cabang masih terkial2 mencari isu untuk dilabunkan kepada anak buah. Bukankah berfaedah dan menarik jikalau pimpinan PR ini mengikat tuala good morning pada mulut dan hidung ketika berada di tempat awam. Jimat dan boleh basuh setiap hari. 2 tuala good morning sama harga dengan 2 mask. Mask tak boleh basuh. Pakai buang. Sekarang ada mask dijual lebih singgit setiap satu.
Deraler pimpinan PR Pusat kerana mempunyai pimpinan PR sedemikan rupa di peringkat parlimen atau DUN. Isunya ada, tapi tak gheti guna. Yang deme gheti hanya membodek jer. Satu lagi yang deme cukup tahu dan tak payah dibagitahu ialah B1N1 ...
Salam Mamamat,
ReplyDeleteTeruskan menulis sebab itulah penggerak kesedaran bagi Pakatan Rakyat. Kadang-kala perlu ada Offensive, Tidak hanya Defensive. Yang teruknya mereka yang Passive (sikap suka tunggu dan lihat).
look here and gimme your thot!. What say you?
ReplyDeletesalam sahabat,
ReplyDeleteteman tak sanggup nengok mamat perut buncit naik moto tu,lain macam punya gambar..tutututu..! Betui cakap mike,lutut udah longgar yeop..kalau dah berbini muda takut lepas tahiyyat tak leh nak bangun dah..tercelepuk kat situ terus !!
kesian... masih mahu lagi menegakkan benang yang basah .. kalau berterusan hancurlah pas.
ReplyDelete"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani." Al Hujurat ayat 12)
ReplyDelete_______________________
View Profile: Rantong™