Friday, August 21, 2009

Kesian UMNO ...

Ape ke hei nye yeop? Kalo macam iniler gayenye, tumpo UMNO yeop. Dalam nak nyambut pose ni macam-macam pulak mare datang pade UMNO. Ituler masa buat lupa tuhan. Udah buatpun, masih buat-buat lupa pada tuhan. Tapi bab masuk syurga neraka, ingat pulak pada tuhan.

PRK di Permatang Pasir ni, teman lihat sebagai barakah Allah kepada PR. Tapi merupakan bahana terlampau kepada UMNO. UMNOpun tahu yang UMNO tak boleh menang di Permatang Pasir. Seluruh Pulau Pinang adalah berstatus bandar atau paling kurangpun bertaraf pekan. Permatang Pasir tidak boleh disamakan dengan Manik Urai. Manik Urai memang kampong Melayu tradisional yang UMNO boleh sentuh jiwa dan hati pengundinya. Permatang Pasir adalah sebaliknya. Teman yakin majoriti PR menang lebih 5k dapat dipertahankan. Lagak dan kelaku TPM Muhyidinpun tak seghairah di Manik Urai.

Dalam UMNO dihentak oleh Kuli dan PR tentang buruk laku calon Rohaizat yang menyalahguna lebih RM150k duit koperasi penoreh getah, tut-tut terdengar pulak mungkin ada satu lagi PRK di Kedah. Ngelupur Muhyidin dan mintak agar SPR tidak umumkan kekosongan tersebut. Dijangkakan SPR akan menurut kemahuan UMNO yang tidak mahu PRK di Kedah. MC yang lewat dimaklumkan akan dijadikan alasan kukuh untuk SPR menolak pemakluman kekosongan oleh Speaker Kedah.

PR Perak telah kehilangan kerajaan. PR Penang sentiasa bersedia menghadapi PRK. Kebetulan pula PRK diadakan di kubu kuat DSAI. Mungkin selepas ini PRK akan dilengkapkan di DUN Seberang Jaya?

PR Kedah pula kurang dikocah oleh UMNO. Dalam UMNO tak berapa nak ngocah Kedah, PR Kedah pulak mengocah UMNO. Dalam hati UMNO, ngapeler PRK banyak di negeri PR? Bukanker best kalo PRK buat kat di Johor. Kosong di Kedah, PRK di Johor. Kemudianbolehler UMNO gelak macam ungka lotong memberitahu 1Malaysia yang Melayu telah kembali menyokong UMNO.

Nun di Selangor lagi hebat. Sampai berbunuh-bunuh. Kena bunuh atau bunuh diri. Inkues menerima satu surat misteri. Entah betui entah idak yang TP SPRM Selangor terlibat sehingga disyaki membunuh TBH. Kalo ikut jalan cerita, ceritanye ada fakta. Tapi janganler diharap sangat yang deme akan siasat betui-betui. Kesudahannya, cerita mesti kona punye. Tetambah pulak MB lama berkawan dengan dia.

Kata Muhyidin, “Ong, udah ler tu. Jangan bergaduh. Mike tu presiden MCA. Kalo kome yang sakit bertumbuk, lantak kome ler. Ini idak, kerajaan yang calor. Tiong, mike sebut jer nak berapa juta. Janji jangan gaduh dengan Ong. Macam ituler. Salam-salam. Peluk”.

Kepada semua pembaca, Sabtu kita mula pose. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga kehidupan kita sentiasa dalam rahmatNya.

3 comments:

  1. nak sian watper...kalau buleh bulan ramadhan ni lebihkan berdoa supaya lekas umno ni jahanam..! klu boleh tiap2 bulan ada PRK kat negeri umno plak..!

    ReplyDelete
  2. Selamat berpose yop...
    teman nengok kat berita kat tibi astero tadi..kata deme, sokongan untuk biend dah bertambah2.. iye ke gamoknye????

    ReplyDelete