Tuesday, August 18, 2009

Politik gila .. gila politik

Politik gila. Rakyat diheret ke gelanggang supaya gila politik. UMNO dengan gila kuasanya. PR pula semakin matang dan bersedia untuk berkuasa. UMNO sedar dan amat sedar yang kuasanya semakin menghampiri sudut sepi di Muzium Negara. Tandanya begitu jelas. Dan tanda-tanda kelemahan kuasa UMNO ini semakin hari semakin ketara.Cuma UMNO masih bernasib baik kerana kematangan PR hanya berkembang mengikut evolusi, bukannya revolusi. Mungkin PR masih berpegang kepada pepatah, biar lambat asal selamat. Atau dengan kata lain yang kematangan ini begitu perlahan kerana masih ada pimpinan utama PR berstail UMNO.

Hari ini iaitu sempena dengan hari penamaan calon PRK Permatang Pasir, UMNO lumpuh dengan pendedahan demi pendedahan rakyat terhadap watak-watak penting UMNO dalam PRK ini. Calonnya Rohaizat Othman tidak lagi diiktiraf sebagai peguam oleh Majlis Peguam. Difahamkan yang Rohaizat telah menyeleweng wang kliennya. Ini membuktikan yang UMNO masih meneruskan tradisi mengangkat pemimpin yang rendah moralnya. Pemimpin yang baik sebenarnya tidak ada tempat dalam organisasi sebesar UMNO.

Muhyiddin yang cuba menjadi hero pembela Melayu 1Malaysia dengan mencerca DSAI sebagai pengkhianat Melayu telah malu alah apabila tindakannya menggadaikan 4000 ekar tanah Johor untuk kepentingan peribadinya telah didedahkan kepada rakyat. Juga dimaklumkan bahawa bukti rakaman perbualan telefonnya masih disimpan. Walaupun Muhyidin berani menyambut saman DSAI, tetapi beliau tidak berani menyaman pihak yang mengatakan bahawa beliaulah pengkhianat rakyat Johor yang pernah dipimpinnya dahulu. Terbaru, Nuri digunakan untuk urusan UMNO. Nasib baik tidak terhempas.

Tidak semena-mena YB Gobalakrishnan diperlakukan oleh polis seperti penjenayah besar di Permatang Pasir. Mata-mata awam dapat menyaksikan begitu bertenaganya mata-mata UMNO menyeret sehingga melondehkan seluar wakil rakyat ini. Inilah realiti politik gila kuasa UMNO. Polis ada pistol dan akta sebagai senjata untuk menakutkan rakyat. Tetapi rakyat ada kamera dan video sebagai senjata untuk merakam tindak tanduk polis Malaysia. Tindakan polis ini akan menambahkan lagi kurangnya kemasukan pelancong asing ke Malaysia. Jikalau rakyat Malaysiapun tidak selamat di negaranya, apatah lagi rakyat asing.

Nun di Kuala Lumpur, inkues Teoh Beng Hock membunuh diri semakin meragukan. Saksi kerajaan berdolak dalik menjawab soalan-soalan Gobind Singh Deo. Nasib baik saksi dibantu oleh peguam dari Pejabat Peguam Negara. Rakyat tidak percaya yang Teoh Beng Hock terjun membunuh diri. Rakyat terutama masyarakat Cina diyakini akan menambahkan bilangan undi mereka kepada PR pada PRU 13 nanti. Dijangka MCA dan Gerakan akan lumpuh menjelang PRU 13.

Seluruh Negara berduka kerana H1N1 telah menjadi wabak penyakit yang masih gagal ditangani oleh UMNO yang ada kuasa. RM30 juta sepatutnya dihabiskan untuk mencari penawar dan membekalkan mask kepada setiap pelajar dan kepada mereka yang berisiko dijangkiti oleh virus influenza A H1N1 ini. Tetapi RM30 juta itu akan dilabur membeli undi di Permatang Pasir. Rakyat juga yang terus terkejat dan binggung dengan sikap boros kerajaan UMNO.

Tetapi, mampukah pimpinan PR di semua peringkat memanipulasikan dengan berkesan akan isu-isu ini? Mampukah wanita PR berganding bahu menerangkan isu ini kepada wanita UMNO? Selagi wanita PKR dan muslimat PAS tidak boleh seiringan kempen, selagi itulah wanita UMNO sukar untuk didekati. Ketahuilah yang UMNO hanya bernafas pada hidung wanitanya.

2 comments:

  1. Salam ziarah lagi... Masih waras..

    ReplyDelete
  2. Delegasi Mufti Perak bawa politik UMNO di Mesir

    Dewan Pemuda PAS Perak

    Kaherah 5-11 Ogos 2009 Ketika majlis diadakan bersama pelajar di Kaherah, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani mempertahankan akta ISA dan perlu dikekalkan.

    Terdapat beberapa maklumat lain yang tak perlu dinyatakan disini menurut saudara AKMAL KAMARUDIN Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak

    Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap delegasi yang mengheret pelajar ke kancah politik murahan UMNO dan BN yang kian pudar dalam politik tanah air. Diharapkan para penuntut tidak termakan dengan umpan yang lunak dari pihak delegasi.

    Ketua delegasi Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak. Delegasi ini juga turut disertai oleh Y.B Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu, ADUN Changkat Jering, Y.B Jamaluddin bin Mohd Radzi ADUN Behrang serta Pegawai Kanan Kerajaan Negeri.

    CD krisis DUN Perak dan Buku Kemelut Politik Perak serta Cenderahati sebuah kotak pencil yang ada lambang umno pada kertas pembalut di edar ketika majlis bersama pelajar di Kaherah.
    Sikap Mufti Perak yang terus mempertahankan akta ISA amat dikesali kerana seperti yang sedia maklum, ISA telah menyeksa tahanan dengan siksaan yang kejam tanpa dibicarakan dan hanya mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri samaada dibebaskan atau terus ditahan. ISA juga menyebabkan ramai yang menanggung dosa kerana menyokong akta zalim ini.

    Penderitaan keluarga tahanan terus menjadi bahan mainan kerajaan BN. Keluarga tahanan terus diabaikan tanpa pembelaan, malangnya penentang akta kejam ini dilayan dengan gas pemedih mata, gari, dipukul, dinafikan hak Allah untuk menunaikan Solat, dimaki hamun, dan barmacam-macam lagi bentuk hukuman yang dikenakan terhadap penentang akta ISA.

    "Mampukah kau ketawa ketika kau di mahligai indah sedangkan fuqara' menangis di lokap yang sempit"

    Semoga para pelajar terus tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang dalam perjuangan menimba ilmu Allah SWT di bumi Anbiya'

    sumber tranungkite.net

    ReplyDelete