Saturday, August 29, 2009

Siri 1 : Cerita seorang Cina ..

Pagi Jumaat, 28 Ogos 2009 teman ke Ipoh. Servis keter. Udah lebih enam bulan tak antor servis. Sebab nak rayeler teman antor servis. Biasanye teman servis bawah pokok jer. Bini teman bising. Keter belum cukup tiga tahun gerenti, takkanler sevis bawah pokok jer. Teman bawak bini sekali. Anak-anak tinggai. Mengholoh ler deme takde sape ngejut suruh mandi.

Pukui 9 teman udah sampai. Hujan rintik-rintik. Dekat pukui 12 baru siap. Teman mintak cepat sikit sebab nak nerokam Jumaat dalam mukim. Ramai juge yang antor servis hari ni. Nasib baikler tempat nunggunye luas. Bini teman tunduk mace surat khabo. Teman nengak bini orang jer. Isk .. pose yeop.

Teman tengak ade sorang Cina baju batik dalam umur 50-an tengah mencari tempat duduk sambil mawak ayor angat. Mundar mandir mencari meja. Teman bagi isyarat tangan, sila duduk. Lagipun bangku sebelah teman sememangnya kosong. Dia duduk.

Sorry, saya minum, katanya. Takper. Thank you.

Ini Toyota keleter nombor satu di Malaysia, Cina tu memulakan labun. Tapi ekonomi Jepun jatuh juga, sambungnya lagi. Teman angguk-angguk. Dia sambung lagi, satu dunia teruk. Ekonomi Amerika teruk. Malaysiapun teruk.

Pasai ape ekonomi Malaysia jatuh? Teman mula menyoal.

Pasai itu kerajaan ikat Malaysia punya duit, jawabnya.

Bukan sudah lepas ker?

Betui sudah lepas. Tapi selagi Malaysia meniaga guna Dollar Amerika, selagi itulah ekonomi Malaysia jatuh. Malaysia kena tunggu Amerika ok, baru Malaysia ok. Itu Jepunpun jatuh sebab meniaga guna Dollar Amerika.

China macam mane? Teman soal lagi.

China guna duit dia. China tak guna Dollar Amerika. Europepun tiru China. Itu sebab ekonomi China ok.

Abih, Malaysia kena guna ringgitler, celah teman.

Malaysia tak boleh guna ringgit. Malaysia negara kecil. Indonesia, Thailand, Filipina lagi power. Itu Bambang lagi power. First round menang. Tak payah tunggu second round. Itupun Indonesia tak boleh guna rupiah. Kalau Indonesia yang lagi power tidak boleh guna rupiah, ringgit lagi tidak boleh guna . Patut ikut cakap Madey, negara Islam kena guna Dinar Emas. Buat macam Europe sana. Pak Lah tak buat. Patut Najib buat. Tapi Najib diam.

Bini teman diam. Masih tunduk mace surat khabo. Sekurang-kurang bini teman jadi saksi perbualan kami. Teman yakin bini teman dengor akan labun kami.

Agak-agak youler, ini Malaysia punya ekonomi ada kaitker dengan Malaysia punya politik?

Mestila ada, jawabnya.

bersambung ...

1 comment:

  1. Salam. Cina percaya dinar mas ke? Biar betul brother.Ada tape ucapan dia ka? Nanti plastik jadi palestin bikin susah la....

    ReplyDelete