Terima kasih kepada Radzhi Salleh dan 200 pengikutnya . Terima kasih kerana membantu membersihkan PKR dan PR daripada sampah politik 1Malaysia. Terima kasih kerana menarik diri daripada terus menganiayai 17k pengundi di Lunas. Terima kasih tidak terhingga. Halal haram rezeki kalian hanya Allah yang tentukan. Tetapi garis panduan akan halal haramnya rezeki kita telah Allah firmankan dalam Al-Quran. Terpulangler hendak ke syurga atau ke neraka. Jikalau yang harampun boleh dihalalkan, bermakna bulan Ramadhan yang mulia ini telah dihina oleh mereka yang berkenaan.
Jikalau Saifuddin Nasution memenangi DUN Lunas untuk PKR pada 1Ramadhan 1422/2001, Radzhi Salleh pula mengumumkan keluar daripada PKR pada 2 Ramadhan 1430/2009. Penyokong PR gembira terkejut menyambut kemenangan Saifuddin pada malam 2 Ramadhan tahun 2001. Dan pada pagi 2 Ramadhan tahun 2009, penyokong PR amat gembira kerana talah sah dan terbukti bahawa khabar-khabar angin perihal Radzhi Salleh tidak selesa dengan PR adalah benar. Lega PKR kerana musuh dalam selimutnya telah keluar memperkenalkan diri.
Radzhi Salleh yang menyertai regu tiga jaguh lompat Perak akan terus memegang jawatan ADUN sehinggalah DUN Kedah dibubarkan. Segala rezeki politik yang dia dan tiga lompat Perak dapat untuk menyara diri dan keluarga adalah haram pada pandangan Islam. Mereka menang atas tiket PR. Pengundi mengundi mereka kerana mereka bertanding atas tiket PR. Pengundi tidak mengundi mereka sekiranya mereka adalah bebas. Besar sungguh jasa mereka pada UMNO walaupun jasanya sehingga terpaksa menganiayai pengundi yang memberi mereka rezeki melimpah ruah.
Walaupun mereka sedar yang janji UMNO sekadar janji, tetapi apakan daya mereka telah termakan umpan UMNO. Seperti Jamaludin di Perak, Radzhi Sallehpun dirasakan begitu. Gelap mata dan ghairah melihat umpan lazat terhidang depan mata. Perasaan tamak hakap haloba gelojoh menguasai diri untuk menyambar umpan. Selepas umpan disambar, barulah sedar yang disambar itu umpan UMNO. Terlalu sukar untuk melepaskan diri. Jikalau tidak ikut perintah UMNO, akan adalah kes yang akan disabitkan. Bermakna mereka akan dituduh dan diheret ke mahkamah untuk dipenjarakan jikalau terus degil untuk kekal dalam keluarga PR. Kes Fairuz di Penanti dibuka semula walaupun telah tidak lagi bergelar YB. Maknanya letak jawatan ataupun kosongkan kerusi tanpa restu UMNO tetap akan dikenakan tuduhan dan hukuman.
UMNO terdesak. PRK Permatang Pasir dijangka akan menambahkan majoriti PAS. Isu peribadi seleweng guna RM161k wang koperasi getah dijangka akan menidakkan sokongan pengundi lelaki kepada UMNO. Serangan ‘Pak Mertua Mohd Ali’ juga akan membuatkan pengundi wanita yang selama ini begitu tegar menyokong UMNO akan beralih undi kepada PAS atau mungkin mereka tidak keluar mengundi. Kemenangan PAS yang mungkin melepasai majoriti 6k akan memadamkan segera kegembiraan UMNO di Manek Urai.
Status ADUN Kota Seputeh juga memeningkan UMNO. SPRpun tidak mampu menyediakan hujah untuk mengelak PRK di Kota Seputeh. Kerana Kota Seputehlah, SPR terpaksa meminta khidmat nasihat dan menyerahkan kuasa membuat keputusan kepada Peguam Negara.
Pengumuman yang dibuat oleh Radzhi Salleh secara terburu-buru adalah untuk menghalang PAS daripada menang besar dalam PRK di Permatang Pasir pada hari Selasa, 25 Ogos 2009. Tetapi UMNO terlupa yang PR khususnya PKR amat gembira dan lega dengan tindakan keluar PKR oleh Radzi Salleh bersama 200 orang pengikutnya.
Kepada 17k pengundi di Lunas, walaupun anda dalam keadaan geram, banyakkan bersabar. Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan. Akan ada balasan yang setimpal daripada Allah untuk mereka yang menganiayai amanah rakyat. Kepada penyokong PR di DUN Kota Seputeh, bersedialah untuk satu lagi PRK. Dan kepada semua pengundi di PRK Permatang Pasir, selamat mengundi.
Tindakan keluar Parti Radzhi Salleh khianati pengundi Lunas. Lebih memalukan Pengkhianat masih nak pegang jawatan EXCO Kedah... Malu sungguh!
ReplyDelete200 orang pengikutnya hanyalah terdiri dari anak beranak, adik beradik, anak sedara dan pak2 sedara jer..dan sedikit sebelah mertua sulong.!
ReplyDeletemamat ni muka iras2 yg belot d perak tu mat bundle..macam mana boleh ikut parti yg pernah bunuh seorang ustaz d memali tanpa belas ehsan...tergamak mamat ni sekonggkol...maka termasuk dia dlm golongan yg merugikan diri sendiri kawan dgn pencuri penyamun harta rakyat..secara batil...lepaih tu bagi makan anak bini...tahniah d bulan puasa pula tu.
ReplyDelete