Thursday, August 27, 2009

82 .. 81 .. 82 .. 81 .. 82?

Kejayaan terbesar PR dalam PRU12 ialah berjaya menghantar 82 APnya ke Parlimen Malaysia. PR menang bergaya di WP. Rakyat di lima negeri memberi amanah pemerintahan kepada PR. Maka buat pertama kalinya lima YB DUN PR dilantik sebagai MB atau KM. Sedikit menghairankan apabila PR gagal di Terengganu.

Sebaik melangkah ke parlimen, PR kehilangan seorang AP. AP Pasir Mas malu mengistiharkan dirinya sebagai AP PAS walaupun AP tersebut menang atas tiket keluarga PR. AP Pasir Mas telah mempermainkan amanah rakyat dan kepercayaan Mursyidul Am PAS, TGNA. Walaupun peringkat awal tidak begitu ketara yang AP Pasir Mas ini membelakangkan PR, tetapi hari ini AP Pasir Mas semakin selesa dengan UMNO. Duda UMNO ini mahu kembali kepada UMNO.

Tindakan AP Pasir Mas telah mengurangkan satu kerusi PR di parlimen. PR tinggal 81 kerusi. PRK Kuala Terengganu yang dimenangi oleh PAS telah mengembalikan jumlah asal iaitu 82 kerusi. Kehilangan kerusi PR angkara permainan AP Pasir Mas telah berganti. Allah menggantikan Pasir Mas dengan Kuala Terengganu.

Di Perak, kelaku tiga ADUN PR yang menyokong UMNO telah menyumbang kepada perlanggaran Undang-Undang Tubuh Perak dan juga perlanggaran Perlembagaan Malaysia. Istana telah dipergunakan sebaik mungkin oleh UMNO untuk merealisasikan impian bakal PM 1Malaysia ketika itu. Sehingga ke hari ini MB DPulau masih dilabel oleh rakyat sebagai MB Perak yang haram walaupun perlantikannya dengan perkenan istana. Ini kerana UMNO telah menidakkan kuasa rakyat. Majoriti rakyat di DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang masih setia dengan PR. Ini dibuktikan apabila rakyat masih mengundi dan memenangkan PR di DUN Changkat Jering melalui PRK Parlimen Bukit Gantang yang lalu.

Bahana Perak berterusan di Kedah. Secara kebetulan Pos Malaysia menerima aibnya. Ini kerana ADUN Behrang di Perak dan ADUN Lunas di Kedah memulakan kerjaya mereka di Pos Malaysia. Mereka berdua bertaraf exco. Walaupun pendapatan mereka telah berganda, tetapi mereka mahukan yang lebih berganda lagi walaupun terpaksa meninggalkan PR dan derhaka kepada pengundi mereka. Sumpah seranah pengundi mereka tidak dipedulikan. Mereka tidak langsung memikirkan apakah tindakan mereka ini selaras dengan kehendak agama? Apakah tindakan mereka ini di berkati Allah? Wallahualam. Tepuk dada tanya selera.

Dalam kekalutan Lunas, muncul pula pembelaan AP Kulim Bandar Baharu. ADUN Lunas dibela. ADUN Lunas yang menyokong PM 1Malaysia dibela oleh AP ini. Sah dan terang PR telah hilang seorang lagi APnya. Ini bukanlah pertama kali AP Kulim Bandar Baharu mengecewakan PR dan pengundinya. AP ini sering ingkar kehendak partinya PKR. Cuma AP ini kelihatan lebih PAS daripada PAS. Dan tindakan AP ini seolah-olah meyakinkan kita bahawa tindakan ADUN Lunas adalah atas nasihat guaman AP Kulim Bandar Baharu sendiri.

Kesannya, kerusi PR di parlimen telah merosot menjadi 81. Mungkin selepas ini akan ada kerusi UMNO yang beralih kepada PR untuk menjadikannya kembali kepada jumlah asal iaitu 82. Mungkin akan adanya PRK baru di peringkat parlimen. Tindak tanduk Pasir Mas yang tidak bersama PR telah menyebabkan UMNO kehilangan Kuala Terengganu. Dan cerita lama kembali berulang. Kulim Bandar Baharu akan berganti. Cuma kita tidak tahu kerusi mana yang akan dipertaruhkan.

Teringin benor teman nak ngundi dalam PRK. Tak peghonah teman ngundi dalam PRK. Ngundi dalam PRU udah selalu. Kuala Kangsar kut?

1 comment:

  1. Mungkin kot yeop seronok ler mika kalu PRK kat kuala tu..hehehe

    ReplyDelete