Wednesday, June 24, 2009

Tok Iskandar : Import Guru BI nak bodek London

tok iskandar

Pesuruhjaya Tinggi British telah mula bersuara mendesak DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan di Perak.

Bagi mereka yang dangkal fikirannya,kenyataan pesuruhjaya tinggi British ini sebagai keterlaluan,celupar dan cuba mencampuri urusan negara lain.

Bagi mereka yang rasional,kenyataan ini bakal merudumkan lagi ekonomi negara dan keraguan akan timbul sehingga pelabur asing menarik diri melabur di negara ini.

Kenapa pemimpin UMNO sekarang tidak berfikir dahulu sebelum bertindak dan akibatnya kesilapan yang dilakukan sukar untuk diperbaiki.Inilah pandangan majoriti rakyat Malaysia.Kegilaan dan kerakusan terhadap kuasa menjadikan pemimpin UMNO mula lupa diri dan hilang akal.

Ramai rakyat Malaysia sudah mula mempersoalkan kredibiliti Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran.

Kenyataan beliau agar subjek SPM dikurangkan kepada 10 dan nak import guru BI menjadi bahan gelak ketawa warga pendidik.Apakah hanya ini sahaja masalah besar di dalam kementerian pelajaran.

Ketika negara menghadapi kegawatan ekonomi dan masalah pengangguran yang semakin meningkat,Muhyiddin tergamak mengeluarkan kenyataan nak import guru BI.

Ini bukan sahaja merendah-rendahkan kebolehan para guru tetapi juga menidakkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Pembangkang sekali lagi mendapat political mileage untuk berkempen di Manek Urai.

Masalah besar Kementerian Pelajaran bukan sahaja berkisar kepada isu PPSMI tetapi juga reformasi menyeluruh perlu dilakukan terhadap kementerian pelajaran dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat kementerian kerana sebahagian daripada mereka ini menerima kenaikan pangkat kerana menjadi ahli UMNO atau penyokong kuat UMNO sedangkan kebolehan dan prestasi macam hampas.

Inilah yang perlu dititikberatkan oleh menteri pelajaran yang juga TPM.Jika TPM boleh keluarkan kenyataan yang tidak sensitif dan prihatin terhadap nasib rakyat,apa lagi perlunya UMNO kepada mereka.

Lain kali fikirlah dulu sebelum berkata-kata.Kelak diri sendiri yang akan mendapat malu

1 comment:

  1. Muhyiddin kering idea kot.. maklumlah dah tua.. kalau nak import guru bi dari london, aku rasa membazir ja... bayaq mahai pastu prestasi guru tak berubah.. camano... nanti jadi macam pemain bola liga malaysia lak. Dok takuk tu ja...

    ReplyDelete