Friday, June 12, 2009

Hee Yit Fong hero dan heroin Melayu

Teman tak tahuler adeker kome berkenan dengan tajuk di atas. Tak banyak tulisan yang menyentuh tentang ADUN Jelapang yang melompat ni. Si Osman dan Si Jamal memang udah diagak akan menyebelahi UMNO kerana deme tension tak gheti buat kojer. Maklumler tetiba jer jadi exco. Itupun masih tak puas hati sebab ada hajat nak jadi MB. Maka berkokokler deme yang deme nyebelah UMNO kerana Ngeh dan Nga sedang dan telah membonekakan MB Nizar. Banyak tanah di Perak telah diberi kepada Cina. Lama pulak tu, 999 tahun.

Hee Yit Fongpun kata camtu juga. Aku lompat bukan kerana duit. Gaji akupun banyak. Aku kanker Timbalan Speaker DUN Perak. Aku lompat kerana kesian kat MB NIzar yang dikaldaikan oleh Ngeh dan Nga. Aku tak sampai hati nengak bangsa aku Cina mengagih-agihkan tanah di Perak ni. Aku kesian pada Melayu sebab tak dapat tanah. Sebab ituler aku nyebelah UMNO. Sultanpun udah paham ngaper aku keluar PR. Takkan kome yang taraf rakyat macam aku tak boleh nak paham.

Tahniah teman kepada Hee Yit Fong. Tahun depan boleh dapat anugerah Tokoh Maal Hijrah. Kepada orang Melayu, iniler satu-satunya orang Cina yang tak sayangkan Cina. Iniler orang Cina yang lebih sayangkan Melayu. Kome jangan nak pertikaikan. Jangan nak derhaka pada kedaulatan tuanku. Karang kena tulah. Tapi kalo kome sanggup minum ayor basuh kaki, kome bolehler derhaka macam Hang Jebat. Kalo idak, jadiler macam Hang Tuah. Hang Tuah tu hero Melayu. Hee Yit Fong ini pulak adalah lebih lagi tarafnya berbanding Hang Tuah.

Hang Tuah terkenal dengan lima bersaudaranya. Hee Yit Fong pula terkenal dengan tiga bersaudara. Hang Tuah memerlukan empat lagi saudaranya untuk membolehkan dia jadi hero. Tapi Hee cukup dengan dua jer saudaranye. Hee ada Hang Behrang dan Hang Jering. Dengan bantuan Hee tiga bersaudara, maka tumbangler kerajaan rakyat pilihan rakyat di Perak. Hee tiga bersaudara telah membantu kebangkitan kerajaan UMNO di Perak. Hee Yit Fong adalah hero merangkap heroin sebenar kepada kewujudan kerajaan UMNO. Hee Yit Fong telah mendaulatkan kerajaan tuanku yang juga kerajaan UMNO walaupun terpaksa menderhaka kepada 54% rakyat Perak. Hee yang berbangsa Cina telah menongkah arus apabila berpegang kepada prinsip yang hebat iaitu, UMNO didahulukan manakala rakyat dikemudiankan.

Kome yang mengundi Hee di DUN Jelapang, tak rasa banggaker mempunyai wakil rakyat yang jiwanya adalah Melayu? Melayu UMNOpun tak macam Hee.



5 comments:

  1. Dia memang pun heroin kpd Umno dan kaum kerabat....cuma penderhaka kepada rakyat Perak aje....

    Kalau zaman dulu,rasa abu dah kena diikat kat depan pasar kena baling tahi lembu dan batu...

    Hee bukan saja memalukan orang Cina,malah semua rakyat Malaysia.Kasi Tokol Maal Hijrah kat dia tahun ni jugak.Pastu,kasi plak pangkat Tun ke, Tan Sri ke,Dato ke...pasal dia sayang kat Raja-Raja Melayu...Hang Tuah punya hikayat,kita takya bnak ajak generasi akan datang.

    Pasal Hee lagi hebat dari Hang Tuah.Muhiydin ada power tukar dari Hikayat Hang Tuah kepada Hikayat Hang Hee....

    ReplyDelete
  2. wasotiah?? ada ka org paham benda nie..
    http://colourluna.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Tapi ada betui jugak kata depa tu..! Bagi tanah sampai 999 tahun. Bukan sikit tu. Sepuluh keturunan. Takkan sampai begitu sekali. Itu salah satu yang Sultan marah. Tanah bagi Cina buta-buta. Bagi la Melayu. Melayu yang banyak duduk setinggan sekitar Ipoh, apa pasal tak dengor cerita. Banyak melayu yang mohon pasal apa tak bagi dulu.

    ReplyDelete
  4. Anugerah heroin Melayu...Tun Hee...he..he.he

    ReplyDelete
  5. Irtu semua cakap kosong. Yang jelasnya mereka sudah dapat makan bersuap!

    ReplyDelete