Monday, June 15, 2009

Dango CERIA & Pepohonan Sutera

Dango CERIA
-->
Dua minggu sekolah cuti. Dua minggu berebut laptop dengan anak. Bergilio-gilioler penggunaan laptop antara lima anak dan bapak deme. Bahan untuk siapkan kojer sekolahpun kene cari dalam internet. Itu yang bapak deme ni kene beralah. Semalam deme udak balik ke asrama. Harap-harap deme boleh belajor dan menjadi lebih baik serta lebih alim dari teman.
Gambor di atas tu adalah gambor Dango CERIA yang sedang didirikan. Gambor tu teman tangkap pagi tadi. Pagi Isnin, 15 Jun 2009. Di belakang dango ini teman udah tanam dengan beberapa pokok sutera. Udah berbuahpun. Dango ini menggunakan sumber ayor bawah tanah yang dipam pada kedalaman 54’. Ayornye memang jernih tapi bertukar kekuningan selepas terdedah semalaman. Sesuai untuk mandi tapi belum boleh digunakan untuk minum.Kene taruh tawas dulu.
Dango CERIA adalah ilham dan idea Pengasas. Dango ini menggunakan bahan kayu daripada rumah kayu lama. Kayu yang boleh digunakan, teman guna. Yang udah reput, teman buang. Kalo guna juga buat lantai, takut nanti kaki terseroloh. Dango ni berukuran 18’ x 30’. Ada beranda. Ada bilik ayor. Ade dapur tungku atas tanah. Takde bilik khas untuk tidor. Kalo nak tidor atau nak nyalin sependa, kene disediakan dulu tirai langsir macam di hospital.
Buah sutera
-->
Cecadang teman nak guna atap rembia. Tapi sape nak nyematnye. Selain emak ADUN Bota yang gheti nyemat atap, temanpun gheti. Yang payahnya nak nyediakan bahan-bahan nak buat atap tu. Kene cari buluh minyak yang besor dan cukup matang . Miang usah citerler. Kemudian belah lapan. Seriat bagi licin empulurnye. Jemur barang seminggu. Cari rotan dalam hutan. Rotan tu belah empat. Buang empulur supaya rotan lebih lembut. Tapi tak guna rotanpun takper. Boleh guna tali rapia.
Udah siap semua bahan tadi, baru pegi potong pelepah rembia. Satu hal lagi, kena sediakan galah yang diikat dengan pisau yang tajam untuk memotong pelepah rembia. Kemudian raut daun rembia. Sisip dan ikat sebelum dikandor bawak balik. Atap mesti disemat semasa daunnya masih segar. Kalo daunnya udah kering, payahler nak disemat. Itu tak campur lagi dengan risiko kena duri rembia. Tapi lega, ade atap alternatif .. ade zing.
Semua kos bahan binaan dan upah didahulukan oleh Ude Kenang. Tima kasihler Ude kerana begitu percaya pada teman. Kalo ade rezeki lebih, teman akan langsaikan hutang tanpa pekdah ni secepat yang mungkin. Andaikata teman diambikNya ketika masih dalam berhutang, dango dan tapak dango ini adalah milik Ude. Jangan tuntut hutang pada keluarga teman. Nanti payah deme nak bayor. Tanah yang selebihnya, teman amanahkan pada mike untuk diwakafkan. Kalo tak jadi untuk diwakaf, mike bayor ajer ler sebanyak yang teman udah bayor pada mike kepada keluarga teman.
Semakin hitam semakin meghelip semakin manis
-->
Apabila dango ini udah siap, Pengasas, MSK dan sekutunya akan dijemput untuk bersantai di dango ini. Al Banjari tahu akan lokasinya. Manjung Mari boleh berkelah bersama keluarganya. Boleh memancing di tali ayor depan dango. Ade bocat, keli dan puyu. Jelawat entahler. Tapi pari memang takde. Pari-pari mungkin ade. Pengasas pernah menukilkan mahu bermalam dengan hanya menggunakan cahaya pelita minyak tanah tanpa elektrik. Pengasas begitu merindui kehidupan silam di kampung. Silakan pengasas.
Betapa indahnye Dango CERIA yang dikelilingi oleh pepohonan sutera …


7 comments:

  1. Salam Mamamat,
    Hebat, hebat, hebat. Sungguh hebat dan amat berjaya. Sapa yang kata tak hebat, teman kerat lidahnya. Sapa kata tak berjaya, teman sumbat buah sutera mulutnya.
    Insya Allah, 23 Jun saya ada appointment dengan doktor. Lepas tu, nak jumpa Mamamat. Kalau ada MSK dan ManjungMari lagi elok. Kita boleh bincang banyak hal.
    Tahniah dan teruskan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Mamamat, dah kira berjayalah projek tu...
    Jangan lupa BumiPerak teringin juge tapi tak tahu lokasi nye di mana.

    ReplyDelete
  3. Salam Mamamat,

    Tahniah..., akhirnya tercapai juga matlamat ceria, walau kita tak pernah bersua... tetapi teman selalu mendapat info dari Pengasas.

    Kembali ke zaman kekampungan adalah impian teman, dengan muka tak malunya teman ni... kalau tiba hari perasmian nanti... jemputlah teman sekali... teringin bebenor... teman nak bermalam di situ... mandi air perigi... ishhhh nostalgianya...

    Salam perjuangan dari teman.
    Isa.

    ReplyDelete
  4. Bestnya teman pun nak join sekali...boleh le kita baca doa selamat nanti. Idak ke nak ajak teman sekali?

    Try la tanam buluh madu dan nangka madu sekali kat tepi-tepi tali air tu.

    ReplyDelete
  5. Boleh cite sikit pasal buah sutera ni? Saintifiknya dan cara cara menanam...boleh di tanam sebagai pokok hiasan dalam pasu atau macam pokok cili..kesesuaian tanah pHnya dan baja NPKnya?

    ReplyDelete
  6. Salam semua
    Pengasas .. Mungkin kita boleh bincang ataih dango
    Bumi Perak .. Watak2 Cereka Bersiri Jelajah Sungai Perak akan dijemput sekiranya ada majlis di dango
    Isa .. datangler. Telaga takde. Tali ayor ada. Nanti kita mandi pam ayor bawah tanah
    APU .. mike sedekahkanler sepokok dua anak buluh madu pada teman. Tapi teman ghiso kalo ular bersarang dalam perdunya
    HBR .. mike tanya pengasas pasai sutera tu. Kalo malu nak tanya pengasas, mike tanya pada APU. Kalo tanya teman, teman jawab macam ni .. teman main cucuk jer.

    ReplyDelete
  7. buah sutera ke namanya? sedap mmg sedap, belakang umah saya ada gak tanam. tapi kalo tak silap nama omputihnya mulberry. kalo sembelit makan buah ni mmg lawas la... hehehe

    ReplyDelete