Tak abih2 lagi lagi dengan citer Kerajaan Perpaduan. Betui kata TGNA. Kalo udah gatai dan tak dan2 nak jadi menteri, baik keluar jer dari PAS. UMNO Cheras siap offer lagi. Apa lagi yang ditunggu, keluar ler. Buat aper lagi duduk tercogok dalam PAS. Baikler berambus. Baikler jadi ustaz UMNO.
Sebenornye teman baru jer chek nama teman dalam PAS. Memang teman ahli PAS. Teman ahli tiga parti. Ahli UMNO, PAS dan PKR. Teman tak tahu macam mana tetiba teman jadi ahli UMNO. Lantaknye ler. Teman memang isi borang PAS tetapi tak tahu di mana ditala di deme akan teman ni. Oleh kerana PAS tak serius nak terima teman, temanpun isi borang PKR. Tapi teman pelikler dengan PAS. Adaker ditalanye teman ke cawangan yang jauh daripada alamat teman. Lainler kalo tempat teman ni takde cawangan PAS. Udahler ditalanye entah kemana, tak berkhabor pulak tu. Setelah lebih 10 tahun, baruler teman tahu yang teman ni ahli PAS di cawangan..… Itupun sebab teman mencari. Kalo idak, sampai ke sudah teman tak tahu akan status keahlian teman.
Oleh kerana teman juga adalah ahli PAS, maka teman berhak menulis pasai PAS. Kepada pemimpin PAS yang nombor satu dan nombor dua serta SUnya, teman nak bagitahu yang mulut kome tu telah menyusahkan ahli PAS macam teman ni. Yang nak beradap dan berkempen face to face dengan pengundi, adalah orang macam teman ni. Kome tu tahu ceramah jer. Kome tu tahu nak jadi calon jer. Abih ceramah, kome balik. Yang kulu kelo ke darat ke baroh berkawan dengan pengundi, orang macam teman ini ler. Masa, tenaga dan duit yang abih usah citer ler. Sebab itu teman katakan tadi yang kome ni bukan nyenangkan ahli PAS, tapi menyusahkan . Takkan kome tak tahu yang PAS udah elok pakatnya dengan PKR dan DAP . DAPpun udah mula boleh baca dan paham al-quran. Lim Guan Engpun selalu nyebut nak tiru pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pasai si Karpal Singh tu, lantaknyer ler. Dalam tempoh DAP udah mula berjinak dan cuba memahami PAS, tetiba kome pulak buat hal nak berkawan dengan UMNO. Pelik teman. PAS yang mengEsakan Allah tetiba nak percaya dengan UMNO yang lebih percayakan bomoh daripada Allah.
TGNA memang ada buat silap. Silap kerana mempertaruhkan Ibrahim Ali di Pasir Mas. DSAI juga selalu buat silap. Silap kerana percayakan Saiful. Silap kerana terlalu yakin akan 916. Silap kerana melantik Hj Othman mengemudi PKR Perak. Begitu juga dengan Karpal Singh yang buat silap pertikaikan hudud. Tetapi silap deme takdeler sampai nyusahkan parti. Parti masih kukuh. Sokongan masih bertambah.
Tetapi silap TGHA dan kumpulannya boleh menghancurkan PAS dan PR. UMNOpun tahu yang UMNO tidak lagi boleh bertahan pada PRU13. Walaupun pengundi Melayu kampung masih bersama UMNO, jumlah pengundi Melayu yang mengundi UMNO semakin berkurangan. Sokongan bukan Melayu kepada PR pula telah bertambah dengan begitu ketara. Beberapa siri PRK termasuk PRK Bukit Gantang adalah buktinya. Dengan kata lain peluang PR memerintah Malaysia pada PRU13 lebih cerah berbanding UMNO. Sebab itulah UMNO memuji UG Presiden PAS. Najib kata PAS ikhlas. Kome ingat senangker UMNO nak muji PAS kalo takde udang di sebalik mee.
Tadi si SU PAS dengan bangganya mengatakan bahawa perbincangan dengan UMNO mesti melibatkan PKR dan DAP. Kenapa hari ni baru nak konar macam tu. Sebelum ni gah bebenor dengan UG. Siap dengan dalil lagi. Allah suruh kita berdamai. Jangan bergaduh. Berdamailer dengan UMNO. Tak payahler ungkit2 lagi pasai Altantuya. Tak payahler ungkit2 lagi pasai bomoh. Kata UMNO, bimbingler UMNO ke jalan yang benar.
Sepatutnya pimpinan utama PAS bantu MB Nizar di Perak.Sepatutnya PAS bersama PKR dan DAP memikirkan beberapa langkah proaktif ke arah memahamkan rakyat kampung tentang isu rampasan kuasa di Perak. Tetapi PAS tetap dengan ceramah risalah, ceramah risalah, ceramah risalah tanda tangan. Takdeker mende lain yang lebih berpekdah dan berkesan yang kome boleh buat. Buatler Futsal Piala Nizar atau Speaker. Buatler Kuiz Merampas Perak peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan. Hakim2 peringkat negeri dan kebangsaan mesti terdiri daripada ADUN PR. Ate ngape, payah bebenorker nak buat yang lain selain daripada ceramah?
Pemimpin2 utama PAS hari ni seolah2 udah jadi seperti perumpamaan, Gajah depan mata yang begitu besor tak berapa nampak, tapi hama yang nun jauh di Putrajaya nampak bebenor.
alahai yop... kenapa lah skaptikal sangat kamu nie.. dh arr sultan kita buat salah... jangan kita sbg rakyatnya pun buat salah.....
ReplyDeletebagi aku jgn terpengaruh dengan apa yang dickp kat berita baik malaysiakini, apa lagi mcm utusan tu..... pernah ke yop dengor sendiri apa yang tuan guru haji hadi cakap pasal kerajaan perpaduaan dengan telinga sendiri. pernah ke yop dengor ustaz nasarudiin cakap pasal kerajaan perpaduaan dengan telinga kanan dan kiri sendiri dan pernah ke dengar dan lihat dgn mata sendiri apa yang tuan guru nik aziz ckp..
yop..kita sama2 sygkan pas... sama2 berjuang dlm pas... tapi bagi aku jgn mudah percaya dan melatah dengan media2 ni.. ingat tak sejarah perang pertama umat islam antara saidina ali dengan muawiyah yang disokong aishah isteri nabi.. kerana mereka terpercaya dengan hasutan dan fitnah golongan2 fasik yang berada dikeliling mereka... akhirnya islam itu juga yang kecundang...
sama juga mcm isu kerajaan perpaduaan, yang gembar gemburkan isu ini adalah media2 UMNO.... bagi aku...jadikan sejarah silam sebagai pengajaran umat islam.. dan ingat musuh kita tak kira umno atau sebagainya akan sentiasa berusaha selangkah kehadapan melebihi kita.... oleh itu jgn kita melatah dan tak bersabar...
sabar itu ubat segala-galanya...
TAKBIR!!
Mungkin ramai yang belum/tidak memahami apakah Kerajaan Perpaduan (bukan parti perpaduan). Tuan Guru Presiden menawarkan kerajaan perpaduan apabila PAS mampu memerintah (cek semula ucapan TG.Presiden di muktamar). artinya bukanya sekarang. Penjelasan Ust Harun Taib (lihat Sinar Harian Edisi Timur 18 jun 09 atau http://www.youtube.com/watch?v=ipqc_jq-uaw ) mengenai UG adalah jelas dan selari dengan pandangan TGNA. (UG bukannya perpaduan dgn umno tetapi melibatkan semua parti-parti politik di malaysia dalam membentuk kerajaan).
ReplyDeleteSaya raya respon TGNA terhadap Ust. Nasa perlu dilihat semula. Adakah hanya kerana U. Nasa ingin membawa apa yg dinyatakan oleh PM Najib di parlimen kepada TG Presiden dan mesyuarat parti dan parti akan menentukan keputusannya, menjadi satu kesalahan besar?.
TGNA bebas menyatakan pandangan supaya U. Nasa meletak jawatan jika dirasakan itu dapat menyelesaikan polemik dan mengukuhkan parti. Samalah dgn org lain juga boleh mempertahankan U. Nasa supaya tidak meletak jawatan.
Adapun cadangan supaya U. Nasa masuk UMNO adalah satu nasihat yang tidak boleh diikuti langsung. Adakah keluar dari jemaah Islam dan menyertai parti sekular dibenarkan oleh syarak. Kalau boleh, tidak ada gunanya kita berkempen & dakwah supaya masyarakat kembali kepada Islam dan bersama dengan PAS, sedangkan yg ada seorang /dua itu pun disuruh keluar parti. Bahkan kita berkerja keras juga supaya masyarakat bukan Islam turut bersama dengan PAS.
Apa salahnya, jika betul tindakan U.Nasa satu kesalahan, perkara itu dibincangkan dan dinasihatkan sahaja.
Apakah pernah Rasulullah saw. menyuruh sahabat keluar dari Islam kerana melakukan kesalahan. Sahabat yg membocorkan rahsia perjalanan tentera Islam dlm peristiwa Fath Makkah, kes Kaab bin Malik dan rakan-rakan yg tidak ikut serta dalam peperangan, peristiwa hadith al ifq dan lain konflik dengan sahabat, tidak pernah pun Rasulullah saw. menyuruh mereka keluar dari Islam . Hatta orang-orang munafiq yg sememangnya diketahui oleh RAsulullah saw. juga tidak disuruh keluar dari Islam.
PAS For All
Itulah akibatnya kalo dah ngelenyor...langsung tak pikior buruk baiknya. Ini dipikior gian dia je...
ReplyDeleteabang wali,
ReplyDeleteteman cakap banyak tak nak le...nasa penipu nasa penipu nasa penipu macam mahathir jugak. kalau pemimpin menipu terang2 memang temn tak sior...
getik teman org mcm tu. lantak le nasa nak borak apa pun pasai ug tu memang teman tak percaya sbb nasa penipu nasa penipu nasa penipu.
maaf teman double posting. nak tambah sikit. pada yg ghairah sangat kat ug tu tolong paham hubungan kerajaan perseketuan dgn kerajan negeri. tolong paham sepaham-pahamnya.
ReplyDeletelepas tu korang cuba tengok hubungan federal dgn kerajaan kelantan. apa yg korang nampak? bagaimana layanan federal terhadap kerajaan kelantan?
jadi apa yg korang ghairah sangat dgn ug tu? kerajaan kelantan tu bukan islam melayu ke? kalau perlembagaan perseketuan pun federal tak nak ikut rentikan le angan2 membentuk ug. itu mimpi2 bodoh belaka.