Sunday, June 7, 2009

Ampun MSK .. CERIA hanyut ke Teluk Intan

Teman udah menulih secara nyambei2 di alam maya ni sejak era reformasi DSAI. Teman nukilkan pengalaman teman ketika berada di tapak2 demontrasi. Pelbagai nick name telah teman guna sehinggaler nick name terbaru teman, Mamamat. Kalo takde sape yang ngocah teman, lamaler Mamamat ni bertahan. Mamamat ni pemalu ..

Teman tertarik dengan blog Mat Saman Kati atau MSK. Teman tertarik dengan Kati. Teman dilahirkan di Kati. Tetapi teman tidak dibesarkan di Kati. Teman tidak dibesarkan dengan adik beradik teman. Teman dibesarkan dengan adik beradik orang lain. Kehidupan teman begitu daif di zaman kekanak. Cikgu selalu marah kerana baju teman busuk dan kotor.Tapi nak buat camne, itu jer selai yang ada. Pernah teman curi2 balik Kati, padahnye berselirat badan teman diseliat rotan belah empat. Teman rindukan Kati.

Melayari blog Mat Saman Kati, sedikit sebanyak telah menghilangkan rindu teman pada Kati. Ditambah lagi lagi dengan bahasa bersahaja yang digunakan oleh MSK dalam tulisannya. Teman cukup sukakan stail penulisan MSK. Mula2 teman sajer suka2 melakarkan komentar di blognya. Oleh kerana teman ni telah biasa menulih, kekadang komentar jadi panjang berjela. Kena tegur dengan MSK. Kemudian MSK ajak join Kerajaan Maya yang diilhamkan oleh Dr. Abd Wahab Arbain. Pemaya Kerajaan Maya iaitu MSK telah menyusun beberapa strategi untuk membantu dan menambahkan kekuatan kerajaan PR Perak. Antara strateginya ialah CERIA. Dan teman telah menggarap idea CERIA melalui imaginasi Menjelajah Sungai Perak yang mengandugi 10 siri tanpa gambar.

Dalam keadaan tidak bersedia, teman dipertanggungjawabkan menerajui CERIA. Teman yakin CERIA mampu direalisasikan berpandukan hubungan baik teman dengan Ustaz Zul dan exco lompat dari Behrang. Maklumlah ketika itu si lompat adalah exco pertanian. Teman nak mintak kerajaan negeri menyumbang RM1k sebulan untuk kos2 penyelenggaraan dan bayaran saguhati untuk seorang pekerja. Teman dan MSK serta Dr. Abd Wahab akan selalu memantau dan melaporkan perkembangan CERIA kepada kerajaan PR Perak. Pada waktu yang sama juga CERIA akan memperkenalkan tanaman anggur dan kiwi. Semua ini untuk Perak. Tetapi kerajaan telah bertukar .. CERIA hampir hilang ceria. Teman telah gagal menerajuinya.

Ketika teman di Melaka, teman telah berkenalan dengan Anak Pak Utuh pemilik blog http://pengeluarantanaman.blogspot.com/. Dia tertarik dengan blog temperate Dr. Abd Wahab Arbain. Anak Pak Utuh ada bersama teman ketika teman meminta jasa baik Dr. Abd Wahab untuk mengeluarkan gambar teman di blognya. Anak Pak Utuh meminta nombor hp Dr. Abd Wahab, tapi teman tak bagi. Teman cadangkan dia berhubung di dalam blog. Memang Anak Pak Utuh serius untuk mempelajari ilmu2 pertanian daripada Pengasas.

Oleh kerana teman menerajui CERIA melalui blog, biarlah teman mengundur melalui blog. Sudilah kiranya Dr. Abd Wahab Arbain mengamanahkan CERIA kepada Anak Pak Utuh. Sementelah pula Anak Pak Utuh bachelor dalam ilmu pertanian. Teman takat sekolah atap jer. Bolehkan?



2 comments:

  1. DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

    ReplyDelete
  2. Salam Mamamat,
    Sebak saya membaca tulisan ini. Kenapalah nak mengundur diri? Gagal menerajuinya? Manakah kegagalannya? Saya belum nampak kegagalan. Saya juga faham, kita hanya sambilan. Kita bergerak tanpa modal. Kita tak ada tenaga pekerja. Kita bergerak setakat yang termampu.
    Insya Allah, kita akan berbincang dari semasa ke semasa. Insya Allah, akhir Jun nanti saya akan ziarah dan berbincang. Saya masih yakin pada pilihan MSK supaya Mamamat menerajui CERIA. Tapi dia juga sebok.

    ReplyDelete