Wednesday, June 10, 2009

Demi UMNO, PAS berkorban dan dikorbankan

Teman dimintak oleh seorang kenalan untuk mengulas tentang pembentukan kerajaan perpaduan di Malaysia. Dan teman mengaku bahawa teman pernah dan selalu menulis di blog ini tentang sokongan teman terhadap idea ini. Pendirian teman masih sama, teman hanya menyokong kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh DSAI pada 16 September 2008. Bukannya kerajaan perpaduan ala PAS.

Ada dua bentuk kerajaan perpaduan yang teman paham. Pertama kerajaan perpaduan yang disokong oleh 82 AP PR dan lebih 30 lagi AP BN termasuklah AP UMNO. Kerajaan perpaduan ini diketuai oleh DSAI yang telah meletakkan sasarannya boleh dilaksanakan pada 16 September 2008. Tetapi PAS menolak idea ini kerana jumlah AP Melayu kurang berbanding AP bukan Melayu. Hasrat kerajaan perpaduan ilham DSAI dan mungkin juga Kuli telah gagal dilaksanakan angkara hilangnya sokongan pimpinan utama ulamak PAS. Sebab itulah DSAI kelihatan tidak bersungguh-sungguh ketika membantah penolakan usul undi tidak percaya kepada Pak Lah di parlimen.

Kedua, kerajaan perpaduan yang diketuai oleh pimpinan utama UMNO dengan kerjasama PAS. UMNO telah berjaya mempengaruhi PAS kerana ahli-ahli parti ini adalah Melayu dan Islam. Lagipun PAS tidak mungkin mampu mengIslamkan perjuangan DAP dan PKR. Pada waktu yang sama parti-parti komponen BN telah mula berani mempersoalkan kewibawaan UMNO. Hanya dengan kerjasama PAS sahaja, Melayu dan Islam boleh kembali menjadi ‘tuan’ di negara ini.

Bukankah sebaik sahaja selesainya PRU 12 pada 8 Mac 2008, UMNO telah mula merisik dan meminang PAS? Yang merisik tidak mungkin mengenakan syarat. Yang merisik mesti bersedia menerima apa sahaja syarat yang diminta. Hatta jawatan MBpun boleh diserahkan kepada PAS. Begitu juga dengan beberapa kementerian akan dipimpin oleh PAS. Tawaran yang paling menarik ialah segala urusan agama dan dakwah Islam diserahkan bulat-bulat kepada PAS. Memang inilah perjuangan PAS iaitu mendaulatkan Islam melalui al-quran, hadis dan qisas. Dan peluang untuk membuktikannya telah terhidang. Jikalau kekal bersama DAP dan PKR, amat sukar untuk PAS melaksanakannya. PAS tidak yakin yang DAP akan menyokong kehendaknya. PAS masih meragui dan berprasangka buruk terhadap rakan pakatannya.

Teman sendiri sebagai orang Melayu dan beragama Islam langsung tidak percaya dengan niat ‘murni’ UMNO. PAS mungkin mahu berdamai dengan UMNO, tetapi UMNO tetap UMNO. Membantu UMNO seumpama melepaskan anjing yang tersepit. Meraung minta ditolong. Takkan Melayu dan Islam PAS tak tolong UMNO. Bukankah Islam itu bersaudara? Sakitnya UMNO, sakit juga PAS. Lupakanlah kisah silam. Yang telah berlalu biarkan berlalu. Melayu dan Islam mesti diperkasakan di bumi ini. UMNO dan PAS mesti memulakan politik baru. Cantik dan indahnya susunan ayat-ayat bicara janji manis UMNO pada PAS.

Sebagai rakyat marhaen, teman mengharapkan UMNO dapat dimatikan secepat yang mungkin. Peluang untuk mematikan UMNO begitu cerah pada PRU 13 nanti. UMNOpun sedar yang ia akan mati jikalau PAS memberi komitmen terbaiknya kepada PR. Tetapi sayang PAS masih ada sisa simpati pada lawannya UMNO. PAS tidak sanggup membunuh lawan yang selalu berhelah dan memukulnya. PAS sentiasa berkorban demi UMNO walaupun PAS juga sedar bahawa PAS pernah terkorban oleh UMNO.

Biarlah PAS hilang sokongan pengundi asalkan UMNO boleh terus memerintah Malaysia. Terima kasih PAS.

7 comments:

  1. Berkorban apa saja...harta atau pun nyawa tapi bukan pada UMNgok. kalau buat juga memang tengin.....Jenis ngencing jangan dibuat baik, dulu dah putih mata, jangan putih tulang pulak!!

    ReplyDelete
  2. la.. berkorban ke apanya? dah sendiri cari nahas join pakatan rakyat, pastuh bile bukan Islam lebih banyak nak bentuk kerajaan dah takut pulak. kalau tak berani dilanda ombak janganlah berumah di tepi pantai.

    ni sendiri create masalah, sendiri selesaikan, pastuh paksa orang declare dia hero dan kononnya berkorban. kesimpulan, sendiri masuk tong, angkat tong dan baling tong ke laut.

    ReplyDelete
  3. Macam citer bawang putih bawang merah versi baru lak. Satu bodoh bendul dan asyik kena buli. Satu banyak ide nak membuli. PKR dan DAP putera raja penyelamat dari dua negara yang berbeza. Tapi asyik terhalang je. Apekah kesudahannya?

    ReplyDelete
  4. Antara Janda dan Anak Dara..

    UBN janda lama main baik...mana mungkin di lupa..

    PR Anak Dara baru belajar..main x pandai...
    Tempat jatuh lagi di kenang ini kan pula teman se gomoi....Buatlah apa yang patut,rakyat bukan bodoh lagi...kita tengok sapa yang kena...

    ReplyDelete
  5. Kekadang ana pun pelik juga bila TGHH sebut soal kerajaan perpaduan semua orang melatah boleh dikatakan blog2 yang ana lihat banyak menyatakan kerajaan perpaduan itu PAS dan UMNO akan bergabung, cuba kita teliti lebih mendalam apa yang dimaksudkan perpaduan itu sebenarnya, bagi ana perpaduan itu merangkumi semua parti2 dalam negara kita samada PKR,DAP,UMNO,MCA,GERAKAN,MIC dan lain kalau di antara PAS dan UMNO saja tidak dinamakan perpaduan itu namanya penggabungan, ana harap kita semua faham dulu apa itu perpaduan sebelum kita menghentam Pemimpin kita, sekian

    ReplyDelete
  6. Salam Aduka,

    Tak perlu rasanya berpadu-paduan dengan UBN ni. Tumpukan je kepada agenda Pakatan bagi PRU13. Cina dah benamkan MCA, India dah benamkan MIC. Melayu bila lagi nak benamkan UMNO ni.. Cukuplah ngan UMNGok ni...Jangan dok mereka benda yang tak akan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  7. sebenarnya isu kerjaan perpaduaan ni dh lama timbul di negara-negara maju cuma malaysia agak kebelakang dlm soal2 politik dan pentadbiran tapi kalau dalam soal hiburan malaysia mmg lebih kehadapan berbanding2 dengan negara2 barat...

    bila sesuatu yang baru yang diluat tabi'i pemikiran rakyat malaysia maka tak mustahil ada yang cpt melatah dan timbul riaksi negatif. Sbb itulah budaya yang telah diterapkan dalam nilai kita sejak dulu lagi.. tak habis2 nak kekal status qua.

    Tapi cabaran buat TGHH utk menubuhkan kerajaan perpaduaan adalah UMNO itu sendiri. bersediakan UMNO utk bekerjasama dengan PAS.. UMNO ada sejarah manis menikam PAS dari belakang. UMNO ni umpama harimau yang lapar, PAS jangan ngada2 nak jadi Ayam Jantan terbang dlm sangkar Harimau tu... tak pasal2 kene baham..last2 PAS berkubur....

    apepun idea kerajaan perpaduaan adalah gambaran kerajaan rakyat...

    ReplyDelete