Teman jenis bangang. Teman genetik Melayu yang bengap. Pelajaran tak tinggi. Tak seperti bloggers lain yang terlalu bijak mungkin kerana genetiknya berasal dari mahkluk Planet Marikh.
Oleh yang demikian tak hairanlah , teman banyak merapu. Tak tahu menganalis sesuatu perkara seperti politik semasa dan hal-hal lain terutama ' subject matters' yang berat.
Dan teman mengaku tak tahu apa ke bendanya 'tactical', 'falsafah', 'perancangan strategik', 'pemikiran lateral' dan yang seumpama dengannya. Bengap betul temankan?
Teman juga tak pernah membaca buku 'the arts of war :Sun Tze', 'Attilla: The arts of War', ' The Prince karya Machiavelli','What Would Machiavelli Do? The Ends Justify the Meanness' dan beberapa buku yang mengandungi perihal tactikal dan strategi peperangan yang dikatakan boleh diaplikasikan dalam arena politik dan bisness pada bila-bila masa.
Jadi kompemlah teman jenis bangang , tahap langit ketujuh.
Walaupun demikian, teman sewaktu muda boleh dikatakan rajin mengaji kat surau-surau dan masjid.
Seorang Tok guru yang paling teman sayang pada masa itu, selalu berpesan jangan sekali menghina Ulama' yang jelas memperjuangkan Islam. Tok Guru teman kata, para ulamak yang sebenarnya ( bukan ulama suk dan ulamak jadi-jadian), bukanlah insan maksum. Dan Tok Guru teman yang amal ibadatnya dari segi lahiriahnya , memang teman kagumi, juga telah berpesan pada teman bahawa ulama' yang baik perlu dihormati kerana ilmu dan amalnya. Kalau ulama' buat silap, bukan tak boleh ditegur, tapi biarlah dengan cara yang cukup beradab.
Masih teman ingat lagi, pada suatu malam di sebuah surau kat Jalan Batak Rabit Teluk Intan , Tok Guru teman itu , telah mengarahkan teman supaya teman pecahkan gitar yang berada dibilik tidur rumah teman. Katanya, tak boleh simpan gitar kerana ianya adalah alat muzik yang bertali.
Lalu, bila balik saja ke rumah , tanpa banyak fikir , teman telah menghempuk gitar yang teman sayangi di pokok rambutan bantut dihalaman rumah teman. Pecah berderai gitar teman. Bapak teman , menepuk dahi melihat perbuatan teman ditengah malam buta.
Bila dah tua nih, teman membaca sebuah buku Sheikh Dr Yusuf Qardawi mengenai hukum hiburan dan alat muzik . Ulama' bertaraf mujtahid tersebut , lebih kurang menyatakan bahawa harus hukumnya bermain alat muzik yang bertali berdasarkan dalil naqli dan aqli dengan beberapa syarat.
Dan bila teman dah tak bekerja dengan sebuah syarikat GLC kerana menerima tawaran VSS, teman pun membeli sebuah gitar eletrik dan gitar accoustik . Teman kembali belajar bermain. Maklumlah lebih 30 tahun tak pegang dan main gitar.
Adakah teman memekik dan mencelakakan Tok Guru teman dulu yang pernah mengarahkan supaya memecahkan gitar kesayangan teman?. Jawapannya tidak sama sekali.
Tok Guru teman dulu(sekarang dah meninggal dunia: semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah), memberi arahan tersebut berdasarkan kitab-kitab yang telah dipelajarinya di Makkah selama 23 tahun.
Oleh itu bila ada bloggers yang berani mencelakakan peribadi Tuan Guru Haji Abdul Hadi , seorang ulama' kerana isu-isu tertentu , teman meminta Allah supaya melindungi teman dari melakukan perbuatan yang sama. Teman tak mahu berhujah dengan mana-mana bloggers mengenai betapa tidak beradabnya mencelakakan ulama' seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang banyak jasanya dalam melonjak kebangkitan Islam dan Parti Pas umumnya, sejak pertengahan tahun 1970an lagi.
Mengapa teman tak mahu berhujah dengan bloggers yang telah mencelakakan ulamak seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi?. Sebabnya, teman ni berasal dari genetik Melayu yang bengap dan tonggong!!!
Secara peribadi teman pun tak bersetuju dengan pendapat Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengenai UG dan beberapa hal yang lain. Dan teman, dua tiga hari yang lepas telah menulis supaya beliau berehat sekejab. Mungkin beliau dah letih berjuang dan memerlukan masa untuk berehat.
Dan hari ini Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah melantik Cikgu Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung Pas .Sekali lagi teman mengeleng kepala dan hati teman bertanya: "Dah tak ada orang lain yang lebih berwibawa ke lagi dalam Pas ini?".
Walaupun teman tak bersetuju dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, teman kali ini tak mahu tulis apa-apa tentang perlantikan Cikgu Mustafa Ali. Jauh sekali untuk mencelakakan Tuan Guru Presiden Parti Pas, parti yang teman sertai sejak tahun 1979. Dan jauh disudut hati teman, Tuan Guru Abdul Haji Abdul Hadi tetap teman sayangi walaupun teman lebih sayang pada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas.
Dan cinta mutlak teman hanya pada Allah dan Rasul. Teman mengharapkan keredaanNya , bukannya keredhaan manusia.
Friday, June 12, 2009
Sheikh Teluk Intan : Tak baik bantah cakap ulamak ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
renung renungkan lah.
ReplyDeletetercipta sejarah dalam islam apabila ali berperang dengan muawiah.
apa hakikat sebenar.
apa hikmat sebenar TUHAN nak tunjuk kepada kita.
ALI ISLAM.
MUAWIAH ISLAM.
WALLAH HUA'ALAM.
Yeop, teman nak minta pendapat sikit boleh tak?
ReplyDeleteNabi Muhammad SAW saoarang yang maksum.- Tapi kenapa agaknya di wafatkan pada umur yang kita rase muda +-60an? Ape gaknye yang cuba di sampaikan oleh Bos kita sebgai pengajaran?
Berhati-hati pada yang tiga..kuasa,wang dan perempuan....menjatuhkan manusia!!!
ReplyDelete