Monday, June 29, 2009

Perak : BN telah mati ..

Secara congak mudahnya, BN telah lenyap di Perak. BN telah pupus di Perak. BN yang selama ini begitu bangga dengan sokongan padu UMNO, MCA, Gerakan dan MIC telah sepi sesepi-sepinya. UMNO sahaja yang masih tercogok di Perak. Nasib baiklah ada seorang MCA yang sudi menemani UMNO. Entah-entah MCA itupun sedang berkira-kira mahu meninggalkan UMNO. Ini kerana BN telah tidak lagi relevan di Perak. Pimpinan MCA, Gerakan dan MIC sedar bahawa parti mereka hancur kerana kerenah kekauman melampau UMNO.

Komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu di Perak hampir sama banyak. Jikalau tidakpun 50-50, komposisi pengundi Melayu tetap tidak melepasi angka 51. Angka-angka ini amat memeritkan pengekalan kuasa oleh UMNO. UMNO mesti melakukan sesuatu. UMNO telah terdesak. Tembolok kroni mesti dibantu isi. Ini kerana UMNO tidak boleh hidup tanpa kuasa dan rasuah. Kuasa dan rasuah adalah prinsip yang mendasari UMNO semenjak Tun Madey menjadi PM lagi.

PRK Bukit Gantang telah membuktikan bahawa 85% pengundi bukan Melayu tidak lagi memberikan undi mereka kepada UMNO. Walaupun UMNO masih berbangga kerana berjaya menambahkan sedikit majoriti di DUN Trong, namun UMNO tetap kecewa kerana tidak ada pertambahan undi kepada UMNO. UMNO bernasib baik kerana pengundi muda yang bekerja di luar tidak balik mengundi. Tetapi harus diingat bahawa mereka akan pulang mengundi sebaik sahaja semboyan PRU 13 atau PRU Perak dibunyikan.

UMNO yang menang di 27 DUN begitu gelisah untuk mengekalkan kemenangan. Dengan semangat jentera dan petugas mereka yang merudum, UMNO begitu ngeri untuk memulangkan kuasa kepada rakyat. Dahulu kroni yang berwang sanggup menabur RM walaupun berhutang demi menaja kempen UMNO. Hari ini mereka tidak lagi berani menabur atau menyumbang wang untuk UMNO. UMNO hanya bergantung kepada wang rasuah induk sahaja. Dan wang itu pula sangkut dan lenyap dalam perjalanan. Wang tidak sampai ke akar umbi.

Tidak hairanlah berita yang memberitahu ada beberapa cawangan UMNO mencapai kata sepakat agar MB DPulau tidak membubarkan DUN Perak sebelum tempohnya berakhir pada PRU 13 nanti. Cawangan-cawangan UMNO menghadapi masalah mengumpulkan jentera dan petugas parti. Ahli-ahli UMNO begitu malu dengan tindak tanduk pimpinan UMNO pusat dan negeri yang bertindak secara betina. Mereka malu kerana UMNO tidak lagi bertelor. Ahli UMNO sedar dan faham bahawa UMNO telah merampas kuasa dengan menghalalkan yang haram. Begitu sukar pemimpin cawangan dan bahagian UMNO mengembalikan akan semangat dan yakin diri kepada anak buah mereka. Mereka hanya nampak kekalahan sahaja.

Tempoh edah kuasa hanya tinggal tiga tahun lagi. Dalam tempoh ini PR Perak tidak berdiam diri. MB Nizar masih terus menguji sistem kehakiman Malaysia. Perlanggaran Perlembagaan Malaysia oleh UMNO hanya menambahkan lagi simpati pengundi kepada PR. UMNO pula semakin dibenci. Ahli UMNOpun benci dengan UMNO. ADUN PR pula mempunyai masa yang cukup untuk menerangkan hal sebenar kepada rakyat. MB DPulau pula jenuh mencari salah silap MB Nizar sepanjang 10 bulan MB Nizar diamanahkan sebagai MB Perak. Sebaliknya kenyataan dan tindakan MB DPulau hanya menambahkan lagi bencinya rakyat Perak kepada beliau. MB DPulau hanya meneruskan idea dan kerja-kerja MB Nizar. MB DPulau mendakwa bahawa semua itu idea dan ilhamnya. Memang muka tak tahu malu. Tapi pimpinan UMNO mana tahu malu? Istilah malu hanya ada pada PR dan rakyat sahaja.

Banyak hikmahnya kepada PR apabila UMNO bertindak menghalalkan yang haram. UMNO melalui Satu Malaysia sebenarnya telah membantu usaha PR mempercepatkan UMNO berkubur pada PRU 13 sebagaimana rakan BNnya yang telah dikapankan pada PRU 12.

Semakin lewat dibubarkan DUN Perak, semakin cerahlah peluang PR untuk menang. Walaupun MB DPulau mendakwa bahawa beliau adalah MB Perak, kroni dan suku sakat UMNO masih mengemis mencari dan mencipta projek. Pegawai-pegawai kerajaan mula berani menyanggah kehendak UMNO yang secara jelas melanggari piawaian perkhidmatan mereka. Pegawai-pegawai kerajaan tidak sanggup turun naik mahkamah apabila UMNO tidak lagi berkuasa. Biarlah mereka dikenakan tindakan ditukar tempat kerja asalkan mereka selamat daripada menghuni penjara.

Senang cerita, hanya UMNO sahaja yang berdendang bahawa UMNO akan menang besar sedangkan madunya dalam BN mengatakan sebaliknya . Tepuk dada tanya selera.



Cerita balik kampung jer ..

Cukup seminggu teman tak menulih pasai politik dan siasahnya. Nak start balik udah tak berapa gheti. Mata pedih, mulut menguap. Otakpun malaih nak pikio yang agak berat. PRK Manik Urai, MB Nizar yang gagal mendapatkan penghakiman 11 hakim, Satu Malaysia yang dapat bercakap 20 minit dengan Obama, Satu Malaysia yang takut berdebat dengan TGNA dan kematian Jacko adalah beberapa siri isu yang boleh dikupas dan diulas secara siasah.

Malam ini teman nak relaks. Binipun udah mengholoh. Letih kerana sari suntuk ngikut teman balik kampung. Balik ke Kati. Emak teman suruh balik. Deghoyan udah luruh. Rembutan tak berkait. Maka temanpun balikler. Bukan balik kerana bebuah tadi. Tapi balik sebab emak suruh balik. Lagipun minggu lepaih memang nampak deghoyan baru belajor muang buruk. Rembutan baru kero2. MInggu ini mesti udah banyak luruhnya.

Teman teringat pada tahun 1985, teman ambik benih deghoyan dan rambutan tu di Pusat Pertanian Manong. Free jer masa tu. Maklumler teman peronah kojer banci selama tiga bulan di situ. Terbekenanler teman dengan kerani di situ. Anak Jawa dari Selekoh, Ngatirah. Ngatirahler yang magi anak2 benih deghoyan dan rambutan dari jenih D24 dan Budak Sekolah. Teman angkut ke Kati dengan motor. Bubuh dalam raga motor. Masa itu teman pakai motor posmen, Kawasaki Honey warna merah. Ituler harta teman yang pertama ataih nama teman. Harta yang teman beli dari duit kojer buat highway antara gotak Menora ke terowong. Arwah Pak Tahir Rambai Tujuh adalah mandor teman. Arwah ada anak dara. Hitam manis. Isk, mudah bebenor teman jatuh hati …

Teman tak berapa suka makan deghoyan. Teman melah jer. Bini teman cukup suka. Lagipun teman udah puas makan deghoyan masa kecik2 dulu. Ada sorang jer anak teman yang suka makan deghoyan. Dialer yang neman emaknya makan. Lagi empat tu, tak disior di deme makan deghoyan. Deme nampe rembutan jer. Ngait rambutanpun deme tak berapa gheti. Abih dipukuinye jambak. Jenuhler pulak deme ngutip balik yang getak tu.

Lepaih asar, teman mawak anak jantan teman ngail seluang. Teman terjumpa ada joran celah gelegor. Joran anak kakak teman. Mata aluih. Sesuai untuk ngail seluang atau sia. Malaih nak korek cacing. Teman uli jer tepung dengan kunyit. Campur sikit belacan. Teman duduk ataih tunggui kayu. Tengak anak ngail. Dapatler anak baung. Dapat anak baungpun ngekek. Dedulu teman ngail kerana memang nak cari lauk. Ler ni ngail hanya hobi jer. Tak dapat ikanpun takpe, janji ade ikan yang nyagut umpan.

Anak yang tak suka deghoyan mula merungut dalam keter. Menget jer bau deghoyan. Emaknye pulak sendawa. Lagi ler deme ngutuk sakan. Ituler ghupernye anak2 hari ini. Dua tiga hariler berbau keter ni. Sampai rumah, teman potong segenggam daun pandan. Ramas dan tabur dalam keter. Kalo ade arang lagi baguih. Tapi arang tak mandang. Petua orang tua, kalo nak hilangkan bau deghoyan, taruh arang kayu dua tiga ketui dalam bonet.

Bini teman ni memang hantu deghoyan. Tadi rumah mertua dia macam segan nak makan. Bila balik abih licin sebiji deghoyan. Satu pangsa ada dua atau tiga ulas. Beso pulak ulasnye tu. Sebiji deghoyan ade lima pangsa. Lebih sepuluh ulas ditampe oleh bini teman. Abih makan, teman tuangkan ayor mati dalam pangsa yang udah kosong. Teman suruh bini teman minum. Deghoyan ni panas. Nak sejukkan badan, kena minum ayor dalam pangsanya.

Teman nak mengholoh.

Saturday, June 27, 2009

Dango CERIA hampir siap

Dango CERIA yang belum diceriakan
Petang Sabtu 27 Jun 2009, teman berkesempatan menjenguk Dango CERIA. Dango hampir siap. Isnin ini teman akan ke pejabat TNB untuk mohon masuk api. Wiring udah siap dengan lima lampu, tiga plug dan satu kipas siling. Teman nak mintak tolong kengkawan untuk mencadangkan kaler ape yang boleh menyerlahkan keceriaan dango ini. Mungkin ada kengkawan yang pakar dalam memilih kaler yang sesuai. Bolehler cadangkan.

Dango Ude Kenang
Ini pulak Dango Ude Kenang. Lagi besor. Ade kolam mandi panjang 20 kaki dalam rumah. Sambil mandi, boleh ngago bocat dan keli. Ataih bumbung akan dicatkan beberapa bulatan besar dengan kaler putih. Sah orang bulan si Ude ni.

Ayor bawah tanah sedalam 54 kaki berjaya dipam keluar
Kedua2 dango akan menggunakan sumber ayor bawah tanah. Ayornye sejuk dan jernih. Takde bau. Bestnye mandi. Ayor ini telah diuji pada badan anak2 Ude. Berejam2 deme berendam mandi. Dua tiga kali udah deme ngetes mandi ayor ni. Elok jer badan deme. Takde pun yang garu gatai2. Cuma teman jer yang terasa gatai nak mandi. Buat minum nanti dulu, sebab ayor ini belum diuji di makmal.

Wednesday, June 24, 2009

Tok Iskandar : Import Guru BI nak bodek London

tok iskandar

Pesuruhjaya Tinggi British telah mula bersuara mendesak DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan di Perak.

Bagi mereka yang dangkal fikirannya,kenyataan pesuruhjaya tinggi British ini sebagai keterlaluan,celupar dan cuba mencampuri urusan negara lain.

Bagi mereka yang rasional,kenyataan ini bakal merudumkan lagi ekonomi negara dan keraguan akan timbul sehingga pelabur asing menarik diri melabur di negara ini.

Kenapa pemimpin UMNO sekarang tidak berfikir dahulu sebelum bertindak dan akibatnya kesilapan yang dilakukan sukar untuk diperbaiki.Inilah pandangan majoriti rakyat Malaysia.Kegilaan dan kerakusan terhadap kuasa menjadikan pemimpin UMNO mula lupa diri dan hilang akal.

Ramai rakyat Malaysia sudah mula mempersoalkan kredibiliti Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran.

Kenyataan beliau agar subjek SPM dikurangkan kepada 10 dan nak import guru BI menjadi bahan gelak ketawa warga pendidik.Apakah hanya ini sahaja masalah besar di dalam kementerian pelajaran.

Ketika negara menghadapi kegawatan ekonomi dan masalah pengangguran yang semakin meningkat,Muhyiddin tergamak mengeluarkan kenyataan nak import guru BI.

Ini bukan sahaja merendah-rendahkan kebolehan para guru tetapi juga menidakkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Pembangkang sekali lagi mendapat political mileage untuk berkempen di Manek Urai.

Masalah besar Kementerian Pelajaran bukan sahaja berkisar kepada isu PPSMI tetapi juga reformasi menyeluruh perlu dilakukan terhadap kementerian pelajaran dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat kementerian kerana sebahagian daripada mereka ini menerima kenaikan pangkat kerana menjadi ahli UMNO atau penyokong kuat UMNO sedangkan kebolehan dan prestasi macam hampas.

Inilah yang perlu dititikberatkan oleh menteri pelajaran yang juga TPM.Jika TPM boleh keluarkan kenyataan yang tidak sensitif dan prihatin terhadap nasib rakyat,apa lagi perlunya UMNO kepada mereka.

Lain kali fikirlah dulu sebelum berkata-kata.Kelak diri sendiri yang akan mendapat malu

Tuesday, June 23, 2009

Macam kenai jer ..

Tapi sape yer? Teringin nak tengak gambo YB Nash macam ni dengan TGNA

Monday, June 22, 2009

Ba bai UG ... ba bai UMNO

Kepada YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, teman mintak maaf kerana turut mengentam YB. Ituler YB, cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang. Sedikit sebanyak pandangan YB itu telah menyusahkan teman dan kengkawan untuk mempertahankan kredibiliti PR di hati rakyat.
Tapi takpeler .. kita boleh perkemaskan semula kekuatan dan kesepaduan PR.

Ingat YB, jangan buat hal macam ini lagi.

Cerita UG ditutup.

Y.B. Nash ... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ...

Tahniah UMNO kerana berjaya memerangkap pimpinan PAS dalam isu Kerajaan Perpaduan. Walaupun PAS telah mengumumkan akan terus memegang janji setianya bersama PR, UMNO tetap berjaya. UMNO berjaya menyelamatkan pengundinya daripada menyeberang ke PR pada PRU 13 nanti. Pada waktu yang sama juga PAS terpaksa menambah kerja yang sia-sia memperjelaskan isu UG kepada pengundinya. Program-program PAS tidak banyak lagi yang berbentuk kebajikan dan amal. Program PAS telah menjadi konsert ceramah berkaitan UG sahaja. Buang masa.

UMNO sedar yang kekuatan dan keangkuhannya semakin terhakis. Pengundi Melayu telah berubah secara perlahan-lahan mengundi PR. Melayu yang tidak alimpun mengundi PAS. Bukan Islampun selesa mengundi PAS. UMNO juga sedar bahawa UMNO adalah parti tua untuk orang tua sahaja. UMNO mesti melakukan sesuatu. Berkawan dengan PKR tidak mungkin kerana selagi ada DSAI, selagi itulah UMNO akan diterajang oleh PKR. Berkawan dengan DAP hanya akan menjauhkan UMNO daripada pengundinya. Oleh itu PASlah yang menjadi harapan UMNO untuk UMNO. Lagipun PAS berjiwa Islam, memaafkan adalah satu pahala.

Sebaik sahaja UMNO kalah di Selangor dan Perak dalam PRU 12, UMNO telah berjaya menerobos pintu PAS dalam gelap. UMNO hampir berjaya memujuk PAS, tetapi mujurlah ada jiwa Erdogan dalam PAS yang menentang keras.

Kerajaan Perpaduan 916 ala DSAI yang tidak melibatkan penyertaan organisasi UMNO telah tidak diberkenan oleh pimpinan PAS. DSAI akhirnya senyap kerana menghormati kehendak PAS. Lagipun PAS adalah parti lama yang banyak pengalamannya. DSAI mengalah tetapi tetap bersama memikirkan kaedah dan pendekatan lain untuk PR menang PRU 13. Dalam tempoh menunggu PRU 13, satu demi satu UMNO kalah dalam semua siri PRK di Semenanjung Malaysia. UMNO terdampar lesu di kerusinya Kuala Terengganu. Manek Urai pula menunggu.

Setelah berlangsungnya perjumpaan gelap PAS dengan UMNO dan setelah 916 gagal direalisasikan oleh DSAI, PR mengorak langkah gagah memperkemaskan strategi memantapkan parti masing-masing. Setiap program PR mestilah melibatkan pimpinan dan penyokong setiap parti. Kemesraan keluarga PR ini dilihat semakin mantap dan ini telah dibuktikan dalam siri-siri PRK yang lalu. Ini menakutkan UMNO. Ketakutan ini mungkin memungkinkan ada lagi perjumpaan gelap antara PAS dan UMNO.

Ribut tidak melanda dan laut belum bergelora. Tetiba pimpinan utama PAS menyentuh tentang UG dalam sidang akhbarnya. Apa lagi UMNOpun berkokok siang malam dengan penuh emosi merendah diri. Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata terimalah padahnya. Tidak sayangkah pimpinan PAS pada kami yang beria-ia menyokong, mengempen dan mengundi PR dalam PRU yang lalu?

Nah, sekarang telah terbukti memang ada pimpinan tertinggi PAS yang ghairah dengan umpan UMNO. Hanya UMNO sahaja yang boleh mempercepatkan pengrealisasian perjuangan PAS. PAS berdilema, UMNO tersengeh. Pimpinan PAS seolah-olah tidak sedar bahawa UMNO hanya mempermainkan PAS untuk memastikan pengundinya tetap mengundi UMNO dalam PRU 13. UMNO tahu PKR dan DAP tidak boleh menang tanpa sokongan PAS. UMNOpun tahu yang UMNO tidak akan dapat meraih undi penyokong PR. Tetapi UMNO yakin beberapa kerat penyokong tegar dan petugas tegar PR akan bosan dengan pimpinan PAS. Akibatnya mereka tidak lagi menjadi petugas dan tidak keluar mengundi. Akhirnya undi PR akan merosot.

Jikalau PAS masih terus gagal memanafaatkan peluang untuk membolehkan PR menang dalam PRU 13, eloklah …. (tak sanggup teman nak nulihnye)

Friday, June 19, 2009

Tahniah & Syabas MB Nizar

Akhirnya pada petang tadi Jumaat 19 Jun 2009, MB Nizar memfailkan juga permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk menggantung jawatan MB DPulau sebagai MB Perak. Dalam tulisan saya yang terdahulu, keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mestilah selaras dengan kehendak kerajaan UMNO. Usaha MB Nizar ke Mahkamah Persekutuan adalah untuk melengkapkan prosedur perundangan sahaja. Agak sukar untuk MB Nizar memperolehi pengistiharan sebagai MB Perak kecualilah PM Satu Malaysia berubah fikiran memulangkan semula Perak kepada PR. Tambahan pula keputusan istana mesti diperakui betul walaupun tatasusilanya tidak betul sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Cara terbaik pada ketika ini ialah MB DPulau memohon perkenan pembubaran DUN Perak sebelum Mahkamah Persekutuan terpaksa meraba-raba mencipta alasan untuk menghalalkan kuasa yang haram.

Tahniah dan syabas kepada MB Nizar. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi kekuatan fizikal dan mental kepada MB Nizar. Segala ruang dan kesempatan telah digunakan oleh MB Nizar untuk mengherdik dan menyindir akan perlanggaran perlembagaan oleh UMNO. Pada awal minggu ini iaitu hari Isnin 15 Jun 2009, MB Nizar secara spontan telah melaungkan ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Bubar DUN Perak’ sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Selama ini laungan seperti itu hanya kedengaran di jalan raya atau di majlis anjuran PR sahaja. MB NIzar telah berjaya memperdengarkan laungan keramat itu terus ke telinga PM Satu Malaysia. Inilah pertama kalinya laungan rasmi PR berkumandang di sidang parlimen.

Akibatnya MB Nizar dan beberapa AP PR telah digantung hadir sidang selama dua hari. MB Nizar tunduk hormat dan menurut perintah speaker. Soalnya siapakah yang lebih kurang ajar? Siapakah yang lebih degil? Siapakah yang melanggar peraturan? Pada 7 Mei 2009 di Sidang DUN Perak, speaker telah menggantung kehadiran MB DPulau dan enam exconya daripada menghadiri sidang DUN. MB DPulau dan Enam Jahanamnya amat degil dan kurang ajar. Bentara langsung tidak mempedulikan arahan dan keputusan mutlak speaker. Sebaliknya speaker pula yang diangkat dan diusung paksa keluar sehingga pecah pasu bunga. Jikalau tidak puas hati dengan keputusan speaker, saman sahaja speaker di mahkamah. Mohon supaya mahkamah mengistiharkan bahawa keputusan dan kuasa speaker adalah tidak sah, bukannya sekadar pengistiharan membatalkan keputusan penggantungan sahaja.

Sebagai rakyat marhaen, saya berpendapat telah berlakunya amalan ‘double standard’ dalam Perlembagaan Malaysia. UMNO terus kebal dan terus dilindungi walaupun kesalahannya begitu terserlah. PR tetap bersalah walaupun sentiasa mematuhi perundangan bertulis. MB Nizar walaupun jawatannya telah dirampas, telah berjaya membuka pekong bernanah UMNO. MB Nizar telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat kepada PR. MB Nizar telah menarik simpati pengundi UMNO walaupun mereka masih berkira-kira untuk mengundi PR. Pengundi UMNO mula berdilema, nak undi UMNO atau PR dalam PRU13 nanti?

Entah di mana silapnya ketika PR begitu gagah, ketika PR yakin menang dalam PRU13, tetiba nakhoda PAS mula bersimpati akan nasib UMNO. Pimpinan PAS mulai terpengaruh dengan pujukan UMNO bahawa Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan. Jikalau dipisahkan, pincanglah akidah. UMNO dengan merendah diri telah menadahkan pejabat menteri di Putrajaya. UMNO menerima PAS tanpa syarat tetapi PAS boleh menetapkan syarat-syaratnya asalkan UMNO dan PAS boleh membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Lupakan sengketa lama”. Ini ayat yang diucapkan oleh TPM Satu Malaysia sebentar tadi. Walaupun pimpinan PAS akan menarik balik salam perdamaian dengan UMNO atau memohon maaf kepada penyokong PR, ianya telah merencatkan sokongan pengundi UMNO kepada PR. Dengan ayat ‘lupakan sengketa lama’ itu, pimpinan UMNO akan kembali disokong oleh pengundi yang berdilema tadi. Kesudahannya UMNO akan terus menguasai undi Melayu kampung. PAS akan dipersalahkan oleh UMNO kerana tidak mahu memaafkan UMNO.

Pimpinan PAS hanya sibuk dan melatah dengan isu UG sahaja. Ketika MB Nizar di mahkamah tadi, tidak ternampak akan kelibat YB Nash. Tidak ternampak juga kelibat dewan pemudanya. Seolah-olah susah payah MB Nizar mengharungi krisis ini tidak dikongsi oleh pimpinan utama PAS. Mungkin ada benarnya dakwaan pelompat Behrang yang MB Nizar hanya dikelilingi oleh Ngeh dan Nga sahaja. Ketidakhadiran tokoh-tokoh pimpinan utama PAS di mahkamah untuk memberikan sokongan moral, telah memperlihatkan mereka tidak menghormati sokongan dan undi tertinggi yang diterima oleh MB Nizar dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Saya ingatkan panas hingga ke petang, tapi nampaknya macam nak hujan di tengah hari. Harap-harap tak jadilah hujan. Entahlah.