Saturday, October 24, 2009

PR Perak tipu penyokong ...

Perak adalah negeri kelahiran teman. Emak bapak dan nenek moyang temanpun diberanakkan di negeri ini.Bahkan binipun berasal usui Perak. Keme cukup hormat kerajaan Perak. Dulu UMNO. Ler ni PR. Sebagai rakyat Perak, teman takler marah sangat jikalau yang nipu tu bukan orang Perak. Dan lagi tak marah kalo yang nipu itu orang UMNO. Tak kiraler UMNO Perak ker atau UMNO luar. Memang UMNO tu kojernye menipu rakyat. Kerajaan Perakpun dikatanye UMNO yang punya. Memang penipu. Tapi nak heran mende, memang itu kojer UMNO. Tak abih-abih nipu.

Tapi yang peliknya, PR Perakpun menipu rakyat Perak. Kesemua 28 ADUN PR Perak dalam setiap programnya mesti bertemakan “Bubar DUN Perak”. Bulan Februari dan Mac 2009 elok jer. PR Perak tak nipu rakyat. Baguih. PR Perak mintak Sultan bubarkan DUN Perak. Tapi Sultan buat tak gheti jer.

Masuk jer April hingga ke hari ini udah terbalik pulak. Setiap program PR memintak dan mendesak MB DPulau membubarkan DUN Perak. Apeker jadahnya. Dulu beria kata yang MB DPulau ni MB Perak yang haram. Bahkan hingga ke hari inipun kata MB DPulau tu MB haram. Tak kiraler MB haram jadah ker atau MB haram tak ikut hukum. Takkanler semua 28 ADUN PR tu tak tahu yang boleh mintak Sultan bubar DUN ialah MB Perak yang sah jer. MB NIzar masih MB Perak yang sah. PM 1Malaysiapun udah ngaku bahawa di Perak ada mende-mende perundangan yang belum selesai termasukler tatacara melantik MB DPulau sebagai MB Perak.

Memang benar MB Nizar udah mintak Sultan bubarkan DUN Perak. Permohonan MB Nizar itu tetap on dan masih sah. Cuma Sultan jer belum atau tidak perkenan. Dan menjadi satu kesalahan kepada MB DPulau sekiranya dia yang jumpa Sultan untuk bubarkan DUN Perak. Takkan PR Perak tak paham undang-undang. Dalam ceramah duk ulang-ulang kata yang UMNO kalopun salah tetap betui pada mahkamah. PR pulak walaupun betui tetap salah pada mahkamah.

Ade sorang YB PR kata macam ni dan boleh dikatakan semua YB PR bercakap bende yang sama, “Perak ada dua MB. Satu MB yang sah, satu lagi MB yang haram. MB yang sah ialah MB Nizar yang dipilih oleh rakyat melalui PRU yang sah dan jawatannya disahkan oleh DUN Perak. MB haram pula ialah MB DPulau yang belum disahkan lagi statusnya oleh DUN Perak”.

Kemudian deme sambung lagi, “Sekiranya UMNO dan MB DPulau sayangkan negeri dan rakyat negeri ini, kembalikan kuasa memilih kerajaan kepada rakyat. Bubar DUN Perak. Kembalikan hak rakyat”.

Mula-mula kata MB DPulau tu MB haram. Kemudian mengaku pulak yang MB DPulau MB yang sah. Hanya MB yang sah sajer yang boleh mintak supaya DUN Perak di bubarkan. Idup-idup teman dan rakyat Perak ditipu oleh PR. Binawe punye PR. Menipu tu dosa. Nak buat benda baik kena buat dosa dulu. Strategi macam itu, dosa wehh. Baikler tak payah. Lebih baik tunggu jer DUN Perak terbubar dengan sendirinya selepas 7 Mac 2013.

Sepatutnya PR buat program untuk menambahkan kekuatan PR, bukannya menjanjikan harapan yang belum pasti kepada penyokong. Takkanler tetiap hari sembang pasai DUN bubar. Sembangler macam mane nak tambahkan income. Sembangler macam mane nak buat tusyen free atau separuh bayaran kepada bebudak yang nak ambik peksa UPSR,PMR, SPM dan STPM. Gunakan markaz untuk kelas-kelas tusyen. Baruler markas berseri-seri. Ade ler program tetiap hari. Ini idak, asyik-asyik ceramah. Program tarbiyahpun udah tak tentu hala. Baruler pengundi macam teman dan pengundi ataih pagor tak lepe. Seolah-olahnye pimpinan PAS atau PKR Perak hanya gheti mintak supaya DUN Perak dibubarkan.

Kalo teman kata kome tu tengin, kome marah. Kome suruh teman masuk tarbiyah. Kat Parit dan Kuale ni, dimana tempat tarbiyahnye. Kat markas? Nak mampuih pegi sesiang hari. Elok-elok teman boleh menyumbang sekupang dua kepada PR, langsung tak boleh lepaih tu. Ade sorang kawan teman kena buang kojer pasai pegang jawatan parti. Pernah jadi Pengarah Pilihanraya DUN di Perak ni. Bila kawan tu udah kena buang kojer, PASpun tak pedulikan dia. Jengukpun idak. Maklumler dia udah tak berduit. Apabila diungkit kepada pimpinan kawasan, kawan teman itu pulak yang dipersalahkan. Mulaler mencipta pelbagai alasan walaupun alasan itu tipu semata-mata. Ngancuk wak kome...

Kepada pimpinan dan ADUN PR Perak, janganler tipu keme. Kalo nak nipu juge, janganler dinampakkan sangat.

Cukupler motivator di Selangor jer yang nipu ...

5 comments:

  1. kih kih aje dengan ye, deme pun udah mole letih gamaknye berlawan dgn MB Haram he he

    ReplyDelete
  2. Abang mamamat, teman nengok lain macam tulisan mike kali ni?????

    ReplyDelete
  3. Attee!!!..awak pun ngikut penin sama!!kt kampong lagi terok!!..sampai ada 2 ketua kampong!!!..mana satu nak diikut pun tak tau!!..naik tengin dibuat nye!!!..budak2 makin ramai merempit dan ngisap dadah!!!..ini le rupanye asyik berpolitik aje...tak pecaya ,jengok tempat teman,..dari Bagan Datoh sampai Telok Anson...lintang pukang dibuatnye!!!..simpang perenang,jadi nye...haii..entah nak jadi apa Perak tanah ayorku...

    ReplyDelete
  4. emm..x sampai ke mana perjuangan PR nampaknya..perjuangan yg x bermodalkan melayu, xkan buleh menang. terlalu banyak yg boleh dimanipulasi oleh umno. mmg kita belum boleh duduk semeja dgn DAP. org melayu x suka. PAS pun x suka. kita kena belajar terima hakikat kot...

    ReplyDelete
  5. awat komeni???!!!!!!semue dah berubah ke???kalau umno nengok komen dan tulisan " dango" ni, melompat seronok le deme...kepada semua harap bertenang!!!!!!jgn menggelabah..jangan tulis benda yang menimbulkan fitnah!!!!!

    ReplyDelete