Wednesday, October 21, 2009

PAS baik punya olang, tapi akai talak cukup baik.

Lebih kurang pukui enam petang tadi, teman terserempak dengan Cina yang renovate rumah teman lima tahun yang lalu. Teman ajak minum di kedai mamak yang berdekatan. Dia setuju. Biasanya Cina ni payah nak ajak minum. Kalo nak minumpun dia yang ajak. Agaknya sebab dia udah kenai teman dan teman pulak kenai dia, maka diapun setujuler duduk minum. Ataupun mungkin dia harapkan teman renovate rumah lagi.

“Tokeh, boleh saya tanya ka?”

“Boleh, boleh”, Cina tu angguk-angguk.

“Itu Sivakumar sudah lama tak nampak”.

“Ada, itu Sivakumar manyak sibuk ooo. Ini cukup bulan mahu masuk itu dewan. Tak taula boleh masuk ka atau tak boleh masuk”.

“Pasai apa tak boleh masuk?”

“Itu Najib mesti talak kasi punya. Macam-macam Najib boleh bikin. Tangkap ka, lokap ka”.

“Satu lagi tokeh, pasai apa itu Cina Bagan Pinang sudah sokong sama UMNO?”

“Itu saja bagi syok sama UMNO. Lagipun duit lapat. Tapi kalo Perak ada election, itu Cina talak sokong BN punya. Mesti sokong itu Anwar”.

“Dengar citer orang Cina marah sama PAS. Betui ka?”

“Susah mahu jawab ooo”.

“Dengan sayapun tokeh tak mahu jawab ka?”

“Haiyaa .. Lu sulah tanya. Wa tanya lu la. Apasat itu PAS sudah jadi macam UMNO? Itu PAS talak paham ka UMNO tipu punya olang”.

“Itu PAS baik punya olang tokeh. PAS tak pernah tipu orang. UMNO yang selalu tipu PAS. Tapi PAS kata itu antara PAS dan UMNO yang dulu”.

“Itu la, olang Cinapun tak paham sama ini PAS. Susah la ini macam”.

“Tadi saya sudah kata, PAS tak pandai tipu. Sebab PAS tak pandai tipu la, PAS tak tahu yang UMNO sedang tipu PAS. PAS cuma tahu tipu yang nampak. PAS tak pandai baca tipu UMNO. Sebab itu UMNO senang tipu PAS”.

“Oooo itu macam ka? Baikpun talak guna. Ala baik tapi akai talak cukup baik”.

“Tokeh, itu Lim Guang Eng Penang ada bagut ka?”

“Itu Guang Eng manyak bagut. Talak lasuah. Gaji ngam-ngam lima enam libu sulah cukup”.

“Pasai apa Cina takde terima rasuah?”

“Olang Cina tak telima lasuah. Olang Cina bagi lasuah. Olang Cina yang telima lasuah, itu Cina talak guna. Mati lagi bagut”.

“Tak bolehker Cina tak bagi rasuah?”

“Meniaga dengan UMNO kena bagi lasuah. Kalo talak lasuah, olang Cina tak boleh cari makan. Olang Cina tak lapat pelojek gomen. Tapi Melayupun talak kaya. Kalo kayapun hidup talak syok. Itu tuhan Alla kata talak belekat ”.

Teman tunduk. Cinapun tahu pasai berkat ...

1 comment:

  1. Ada butut la apa itu cina cakap.. dia pun ada tahu pasai belekat. Apa pasat melayu tada tahu aa???

    ReplyDelete