Lima hari kaki teman tak pijak tanah Perak. Lima hari jugaler teman tak menulih di sini. Tulih untuk mende lain jer. Terdengor dan terbace di tv dan paper akan nasib malang yang menimpa rakyat dan pemimpin sah negeri teman di sepeninggalan teman selama lima hari tu.
Kem 1Malaysia
1. Kejadian di SK Kuala Dipang telah mengorbankan nyawa 3D (Dina, Davadharshin dan Diryasree). Ketiga-tiga mereka adalah pelajar perempuan di sekolah rendah di daerah baru, Daerah Kampar. Takziah kepada keluarga mereka.
2. Melihatkan kepada gambor, gotak yang digunakan untuk menyeberang Sg. Kampar telah terbongkeh tiangnya. Pembinaanya hanya untuk sekadar siap.
3. Semua pihak berlepas tangan. Guru Besar SK Kuala Dipang seolah-olah dipersalahkan akan kejadian ini.
4. Pengarah baru Jabatan Pelajaran Perak, Hj. Mohd Radzi memberitahu bahawa jambatan itu dibina oleh individu yang memberi sumbangan. Namun beliau merahsiakan nama individu tersebut.
5. Teman tak menyalahkan Guru Besar. Teman tidak menyalahkan PPD. Teman juga tidak menyalahkan pengarah negeri. Yang bersalah ialah dasar-dasar di Kementerian Pelajaran Malaysia.
6. Setiap negeri, PPD dan sekolah wajib menyelesaikan hampir 400 aktiviti kokurikulum sepanjang tahun. Setahun hanya ada 365 hari. Jumlah hari persekolahan pula ialah 200 hari setahun. KPI mesti dijayakan.
7. Zaman teman sekolah dulu, aktiviti kokurikulum hanya takat penggal satu jer. Kesannya bola sepak Malaysia layak juge ke Olimpik Moscow. Sekarang kokurikulum sepanjang tahun tapi mutu bola sepak Malaysia lebih rendah dari Filipina.
8. KPM akan menyalahkan negeri jikalau tidak buat program. Negeri akan salahkan PPD jikalau tidak buat aktiviti. PPD pula memaksa sekolah untuk penuhkan jadual tahunan kokurikulum. Hanya paksa buat tapi bajet cari sendiri. Bajet KPM tidak sampai sepenuhnya ke sasaran. JPN catu. PPD catu. Sekolah kena cari kut2 ade yang nak sponsor.
9. Dalam kes Kuala Dipang, kalo betuiler ade sponsor, sponsor itu pulak dipersalahkan. Baguih punya JPN/PPD.
10. Ungkapan mudah untuk menzahirkan dilema guru dan sekolah ialah, tak buat salah, buatpun salah. Tak buat kena, bila buat dan jadi camtu, lagiler kene. Semua pegawai atasan pakat menyalahkan yang di bawah.
11. Cadangan teman, patutnya aktiviti kokurikulum ini bagi pada kementerian belia kerana deme ade kepakaran. PPD dan sekolah susun jadual jer. Antor jer pelajar pada deme. Cukup masa ambik. Ini idak, cikgu yang patutnya mengajor di kelas disuruh menjaga makan minum dan keselamatan bebudak di luar waktu sekolah.
12. Seorang Cina, Soon Loong ada cakap. Olang Cina kalo ada lagi itu ploglam 1Malaysia, talak ikut punya. Itu 1Malaysia manyak soi. Ini PM soi sama 1Malaysia ...
Teman akan sambung lagi. Citer lain pulak. Tapi tak janji ...
salam
ReplyDeleteala butui juga
11. Cadangan teman, patutnya aktiviti kokurikulum ini bagi pada kementerian belia kerana deme ade kepakaran. PPD dan sekolah susun jadual jer. Antor jer pelajar pada deme. Cukup masa ambik. Ini idak, cikgu yang patutnya mengajor di kelas disuruh menjaga makan minum dan keselamatan bebudak di luar waktu sekolah.
ReplyDeleteCadangan yang ni amat baik... boleh diusulkan kepada kem pel malaysia.. sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban guru yang sememangnya terbeban. Tahniah tuan...
Mereka sebenarnya cuba propaganda 1Malaysia dan memburuk burukkan Pakatan Rakyat dalam program tu.Allah Maha BerKuasa.
ReplyDeleteYang jadi mangsa adalah budak budak yang tak berdosa tu.Memang betul UMNO ni "sui"
Salam Tuan
ReplyDeleteInilah padahnya kalau manusia yang membuat polisi tidak pernah pakai otak. Pastu pulak kalau derma tu mesti ada sebabnya. Ada ambil dan pasti ada beri